Alangkah ramainya orang yang baik meninggal dunia... Ustaz Asri dah pergi... Sahabat yang dahulu pernah mengikuti Kem Ihya' Ramadhan - Ustaz Saufie sudah kembali... Sahabat forumer Puan Aryna juga sudah menemui Illahi..
Ya Allah.. semoga aku juga selalu mengingati mati yang pasti hadir...
Pernah suatu hari kami bergotong royong membersihkan kuburan bersama rakan sejawatan. Tempat yang sunyi pada zahirnya, hakikatnya pelbagai keadaan yang dihadapi oleh para penghuninya.
Sebelum pulang rakan saya bertanya sambil matanya melirik melihat kuburan yang ada " sheikh (hanya panggilan semata-mata) kat mana ya kubur kita nanti...". Kelu lidah saya untuk menjawabnya, siapalah saya untuk menentukan di mana tempat akhir persemadian dan bagaimana pula keadaan ketika berada diperut bumi itu nanti. Cuma diri ini amat berharap, biarlah kesudahan dalam keadaan yang baik, dan perjuangan di alam kebangkitan berjalan dengan baik dan natijah yang terbaik. ALlah jualah yang menentukan.
Jika dia adalah aku...
Dia yang dimandikan dengan air mutlak bercampur kapur barus, dibasuh dengan tangan, disela-sela celahan jari jemari. Rambut digosok perlahan, badan dilumur dengan air sabun. Dibaringkan ke kanan dan kiri. Ditekan-tekan perut lalu dibersihkan dubur dan qubulnya. Sesudah dimandi wajib dan diambilkan air wudhuknya. Lalu dikeringkan air dengan kain batik lepas. Untuk dikafankan.
Dia dibaringkan lalu dikafankan dengan kain putih dan seluruh tubuhnya juga ditutupi dengan kapas. Matanya dicelakkan, Ketika itu terdengar di kiri kanan ahli keluarganya yang menangisi keadaannya. Bukankah dia itu sebelumnya dapat melihat, bergelak ketawa, bergurau senda, makan dan minum bersama-sama. Kini telah matanya rapat, tangannya diqiam terbujur kaku!
Dia diletakkan di hadapan imam. Di bahagian kepalanya imam berdiri tegak, bersama-sama makmum untuk disolatkan. Dan seusai solat, doa pun dipanjatkan :
Ya ALlah! Ampunilah dan rahmatilah dia. Afiatkanlah dia dan ampunkanlah dia. Muliakanlah tempat persinggahannya dan luaskanlah tempat masuknya. Basuhkanlah dia dengan air, salji dan embun. Sucikanlah dia daripada segala kesalahan sebagaimana disucikan pakaian putih daripada segala kekotoran. Gantikanlah rumahnya dengan rumah yang lebih baik, ahli keluarganya dengan ahli keluarga yang lebih baik dan pasangannya dengan pasangan yang lebih baik. Masukkanlah dia ke dalam syurga dan peliharalah dia daripada fitnah kubur dan azab neraka.
Di akhir perjalanan proses perpisahan dari alam dunia menuju ke alam baqa'. Wajahnya dibuka untuk tatapan terakhir. Sebelum dibawa pula ke perut bumi, alam persinggahan sementara menunggu hari pengadilan.. Menitis lagi air mata, dengan teriak tangis kaum keluarga. Sudah berpisah dia dengan hartanya, anak isterinya dan segala kesenangan dunia.
Tubuhnya pun diangkat beramai-ramai, diletakkan di dalam 'kenderaan akhir'. Disambut pula oleh penggali kuburan untuk di'simpan' di kediaman yang baharu. Dengan hati-hati jasadnya diturunkan ke liang lahad lalu diletakkan gumpalan tanah agar badannya mengiring dan wajah menghadap kiblat. Papan demi papan diletak bersusun di atasnya. Berderap bunyi tanah untuk menimbus tubuh yang kaku itu. Hinggalah sampai masanya batu nisan dipacakkan.
Kini dia keseorangan, mungkin di dalam kegelapan atau bersama-sama cahaya. Dia tidur tenang atau diseksa..Sementara menunggu-nunggu hari dihisab pula..
Jika dia adalah aku.... (sedangkan aku tidak tahu dimana tempat dan amalan yang dapat dibawa pergi bersama-sama untuk bersemadi)
Ya ALlah, berikanlah kami didunia ini dengan segala kebaikan, dan di akhirat nanti dengan segala kebaikan, dan jauhkanlah kami dari api neraka.. Aminn Ya ALlah..
Rata-rata umat Islam dan ilmuwan agama telah bangkit mempertahankan melalui pelbagai medium samada mengadakan laporan polis, penulisan dalam akhbar, blog dan sebagainya agar kalimah ALlah ini tidak digunakan/dihentikan/dilarang memandangkan ia amat berkait rapat dengan isu aqidah dan bukan masalah perebutan nama.
Isu ini juga mendapat perhatian dari sahabat saya yang meminta untuk menulis mengenainya. Sebenarnya isu ini telah saya ulas sejak bulan Mei 2008 ketika Dr Asri menyetujui kalimah ALlah ini digunakan oleh pihak Kristian (mungkin sebelum itu beliau tidak tahu/menyelidik mengenai masalah besar yang akan timbul akibat dari penggunaan kalimah Allah mahupun istilah kalimah Islam yang lain di dalam bible di Malaysia) apatah lagi sekiranya digunakan secara meluas dalam situasi lain contohnya nama gereja at Taqwa (siapa tahu!)
Di bawah ini saya hanya menyertakan link artikel yang telah diterbitkan sebelum ini dengan penambahan link dari ilmuwan agama yang lain untuk kefahaman yang lebih jelas :
Erdogan dan Obama Desak Assad Berundur
-
Presiden AS Barack Obama dan Perdana Menteri Turki Recep Tayyip Erdogan
telah berjanji untuk meningkatkan tekanan terhadap Presiden Syria Bashar
al-Assad...
Kelebihan Bulan Rejab
-
Antara kelebihan Bulan Rejab
1. Jawapan dari Ustaz Salman Maskuri :
Daripada Usama bin Zaid ra, beliau berkata:
ولم يكن يصوم من الشهور ما يصوم من شعبان ق...
Seminggu yang lalu
Jom Bersama-sama Membantu
Assalamu'alaikum warahmatuLLahi wa barokatuh
Sahabat saya (Ustaz Insani a.k.a Ustaz Abdul Ghani di TKO) telah membuat projek pembangunan masjid sekaligus sebagai madrasah.
Sebarang sumbangan boleh dibank-in ke akaun berikut :
Agro Bank No. Akaun : 2006363000013125 Atas nama : Tabung Al Madrasah Al Insaniyah
atau
2.BIMB No. akaun BIMB : 13017020483845 Atas nama Abdul Ghani bin Muda (mudir madrasah)
3.Maybank No. akaun Maybank : 163019432797 Atas nama Abdul Ghani Bin Muda (mudir madrasah)
Mohon agar dimaklumkan kepada beliau ditalian 019 9380765
Untuk sebarang maklumat boleh menghubungi :
Setiausaha AJK al Madrasah al Insaaniyyah Saudara Ya bin Ibrahim013 9225524
atau
Mudir Madrasah Ustaz Abdul Ghani bin Muda019 9380765
Pembinaan Dapur Asrama Dan Dewan Makan
-
Pembinaan Dapur Asrama Dan Dewan Makan
Assalaamu`alaikum
BismiLLaahirRahmaanirRahiim
Untuk pengambilan pelajar tinggal diasrama madrasah perlukan dapur dan ...
Apa Yang Masyarakat Tidak Diberitahu
-
Apa yang masyarakat tahu: MSG ialah bahan perisa makanan yang buat makanan
jadi sedap
Apa yang masyarakat tak tahu: MSG ialah sejenis excitotoxin - bahan ya...
Hikmah Dalam Menjawab
-
Membelek-belek kitab *Majmu` Mawaa’idz wa Kalam* al-Imam al-‘Allamah
al-Habib Ahmad bin ‘Umar BinSumaith رحمه الله تعالى. Maka terpanggil al-fagir
untuk...
Mutlak Hanya Allah al-Hadi .......
-
Hidayah yang menyuluh kita ke arah jalan yang lurus benar menuju keredhaan
Allah SWT adalah sesuatu anugerah Allah yang tiada taranya. Setiap kali
membaca ...
Kelebihan Selawat
-
Assalamualaikum..
Di hari Jumaat yang barakah ini, penghulu segala hari di mana tidak akan
berlaku kecuali pada hari Jumaat marilah sama-sama kita me...
Debat .. Islamikkah Ia ?
-
Sudah lama saya tidak menulis di dalam laman ini. Ya, bukan sudah tapi
sangat lama. Menulis perlukan tumpuan.Jika ingin menulis tentang resepi
masakan p...
Ceramah Di Masjid Daerah Manjung Perak.
-
Pada 14 April 2012, Sabtu telah berlangsungnya siri ceramah Al-Fadhil Ustaz
Hj Zamihan al-Ghari di Masjid Daerah Manjung yang dihadiri oleh ribuan
jemaah....
Makna Sebuah Kehidupan
-
*
*
*Makna Sebuah Kehidupan...*
Ketika insan melihat ke langit,
Lalu bertanya kepada dirinya,
Adakah langit sebagai hujungnya,
Hujung bagi sebuah k...
HAJI WAN MUHAMMAD
-
*Mufti Sultan Perak Darul Ridzuan
*Oleh Wan Mohd. Shaghir Abdullah
ADA perkara yang aneh, bahawa ada tiga gambar yang serupa. Sebuah gambar
walaupun agak s...
Puasa Rajab
-
Bapak Ustad, saya mendapatkan informasi kalau puasa Rajab tanggal 1 akan
menghapus dosa selama 3 tahun, tanggal 2 akan menghapus dosa 2 tahun,
tanggal 3 ak...
Berlumba ke bawah
-
[post ini wujud folder draft. rupanya ia tidak terterbitkan] Isteri saya
memberitahu saya, ada orang menjual produk yang sama dengan produk kami,
tapi pada...
Terima Kasih Cikgu
-
Terima kasih kepada insan-insan yang telah mengajari aku secara rasmi atau
tidak rasmi dari kecil hingga dewasa. Semoga Allah memberi kabaikan yang
banyak ...
Motivasi Melakukan Amal Soleh
-
7.30 pi hantaq ke Program Keibubapaan di KKM. Ambik Cik lina kat rumah
hantaq pi Pusat Kesihatan untuk rawatan. Lepas tu balik rumah.
Tak sampai 30 minit,...
RUMAHTANGGA : JAUHI PENGHASUT DAN PENYIBUK [P&P]
-
*
*
*
*
*
*
*RUMAHTANGGA : JAUHI PENGHASUT DAN PENYIBUK [P&P]*
*
*
Punca utama perceraian apabila ramai disekeliling anda cuba menjadi jaguh
bicara. Ya, a...
kene ketok
-
Minggu ini
Menerima 2 berita kematian
Dari dua orang teman yang rapat dengan saya
hati yang teramat sayu
sungguh saya tidak kuat
andai saya ditempat mereka...
Konvensyen Super Parents~ Cool & Ohsem :)
-
Salam alaik, Masih cuba untuk menyusun kata, agar yang di tulis nanti elok
pada pandangan pembaca. Moga setiap yang di titipkan nanti, menjadi saham
untuk ...
Hello world!
-
Welcome to WordPress.com. After you read this, you should delete and write
your own post, with a new title above. Or hit Add New on the left (of the
admin ...
Perjuang Baru Bermula
-
Buat adik2 yg bakal berjuang dalam Peperiksaan SPM/ STPM
Selamat menduduki n menjalani exam dengan tenang, mg dimudahkan segala
urusan semasa menjawab exam...
'BACK TO SCHOOL'
-
*Sports and Family Day Comrade *
Alhamdulillah pada 18 julai 2010 (ahad) ahli Comrade bersama alumni Comrade
bersama-sama menjayakan Comrade Sports and Fa...
penggunaan kalimah "ALLAH"
-
bismillah hirrahmaannirrahiim...
selawat dan salam buat Nabi Muhammad SAW, keluarga serta para sahabat
baginda.
ada ke mereka (termasuk sorang bekas mufti...
SUARA DAN KEBERADAAN PMRAM
-
بسم الله الرحــمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله
وأصحابه أجمعين وأما بعد
Berkemungkinan, sebanyakan yang...
-
28feb 2009. kenangan manis.. dpt bersama sama dgn mereka semua dlm konsert
yg kami sendiri anjurkan.moga moga peristiwa ini juga kenangan manis buat
mereka...
Kepada sahabat yang hadir. Dipersilakan untuk mengambil artikel di sini dengan syarat disertakan dengan alamat blog ini sebagai tempat rujukan semula. Sekiranya untuk tujuan komersial, hendaklah meminta izin dari tuan blog.