Ahad, 21 Oktober 2007

Antara Ustaz Dan Cikgu

Ada orang bila tahu seseorang tu mengajar di sekolah agama, paling kurang mengajar subjek agama, paling sikit pun belajar sekolah agama, pakai kopiah, suka bicara agama - mesti digelar ustaz.

Bukan apa - gelaran ustaz, ustazah memang le untuk gantinama guru atau cikgu. Tetapi budaya orang Melayu, gelaran ini amat tinggi nilainya. Maklumlah sebagai manusia biasa - aku pun tak lepas dari mendapat gelaran nih. Manusia pantang silap sikit, yang buruk itulah ditampalkan sampai bila-bila kat dahi, walaupun ada kebaikan. Oleh yang demikian bak kata Saidina Ali yang bererti - Aku lebih tahu keadaan diriku.

Oleh itu, kepada sahabat atau anak murid, atau sapa sahaja yang melawat blog nih, boleh la panggil diriku dengan gantinama bro, tak pun abang, tak pung cikgu, tak pun panggil nama je.

Segala kerjasama dari pihak tuan amatlah diharapkan. Toche2!

Tiada ulasan: