
ALlah tidaklah sama dengan segala makhlukNya bahkan dengan apa yang kita fikirkan samada dari segi sifat, zat dan perbuatan.
ALLah tidak sama dengan makhlukNya dari segi zat :
1. Zat ALlah bukan Jauhar - Benda yang halus yang boleh dibahagi seperti ruh dan angin
2. Zat ALlah bukan Jirim - Benda yang memerlukan ruang seperti manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan
3. Zat ALlah bukanlah Aradh - Iaitu sifat makhluk seperti besar dan kecil
4. Zat ALlah bukan berbentuk Juz'iyyah - Bahagian-bahagian yang membentuk sesuatu benda. Contohnya : Manusia mempunyai anggota badan seperti tangan, kaki, mata, tubuh badan yang membentuk diri mereka.
5. Zat ALlah tidak berjisim - iaitu benda nyata dan berbentuk seperti benda hidup dan benda mati.
6. Zat ALlah tidak berpihak - tidak berarah seperti hadapan, belakang, kiri dan kanan.
7. ALlah tidak bertempat - tidak memerlukan ruang tempat (jirim dan aradh)
8. Zat ALlah tidak bermasa - tidak memerlukan masa (jirim dan aradh)
Akan bersambung ..
1 ulasan:
Harap dapat meneruskan artikel tentang Tauhid Sifat 20. Saya kira pemahaman yang mendalam terhadap Sifat 20 adalah suatu yang fundamental dalam erti kata untuk mencantas serangan pemikiran neo-platonist zaman ini.
Saya pernah mengikuti pengajian Sifat 20 di pondok secara pendekatan falsafah. Cuma nak minta jasa baik penulis untuk menyambung penulisan sehingga tamat Sifat yang ke-20 sebagai refresh.
Catat Ulasan