Selasa, 10 Jun 2008

ALlah berdiri dengan sendirinya (Qiyamuhu Ta'ala bi nafsihi)


ALlah ta'ala Maha Hebat, Maha Berkuasa. ALlah ta'ala tidak berkehendak (tidak memerlukan) kepada zat yang lain.

ALlah tidak memerlukan kepada apapun. Hanya makhlukNya (yang bersifat baharu) memerlukan kepada ALlah.

Dalil Aqli :

Jika ALlah tidak berdiri dengan sendirinya, tentulah Ia memerlukan zat yang lain. Maka ia adalah mustahil bagi ALlah. Jika ALlah memerlukan kepada yang menjadikanNya, ini membawa erti ALlah adalah baharu. Tentulah ia tidak dapat diterima oleh akal. Maha Suci ALlah daripada perkara tersebut.

Dalil Naqli :

Firman ALlah :

وَٱللَّهُ ٱلۡغَنِىُّ وَأَنتُمُ ٱلۡفُقَرَآءُ

Ertinya : ALlah Maha Kaya (tidak berhajat kepada yang lain) dan kamu faqir. (Surah Muhammad : 38)

dan Firman ALlah lagi :

إِنَّ ٱللَّهَ لَغَنِىٌّ عَنِ ٱلۡعَـٰلَمِينَ (٦)


Ertinya : Sesungguhnya ALlah Maha Kaya (tidak berhajat apa-apa pun) daripada sekalian alam. (Surah al Ankabut: 6)

1 ulasan:

boooopi berkata...

• Maka siapa yang tiada tahu akan yang wajib dan jaiz dan mustahil maka iaitu tiada akal baginya. Maka tiap2 yang wajib itu thabit/ tetap pada akal adanya. Dan sesungguhnya tidaklah ada pada akal/ otak itu sesuatu jua daripada jirim2/ tubuh2, secara pasti.
• Tidak tergambar bahawa AlKuliat/ AlMaujudat itu adalah Rahsia Ketuhanan semata2. Tidak juga tergambar bahawa ujud adalah ghaib pada haqiqatnya. Tidak ada satu kejadian pun terjadi sekali2 pada hayat ini. Kalau sekiranya adapun ia hanyalah sangkaan2 sahaja.
• Sangatlah sempurna KebijaksanaanNya, keseolahan ujud/ gurisan itu terpisah, seolah2 terpisah dariNya kerana RahsiaNya. Ujud adalah zuqi ZatiahNya/ perasaan mesra zat semata2, tiada gurisan. Dan tidak ada bahasa yang sempurna untuk menilai kesempurnaan, kerana bahasa hanya satu bentuk dusta (Majaz) kerana pengrahsiaan ujud mutlaq. Tidak tergambar ujud mutlaqNya kerana pengrahsiaan.