Rabu, 28 Mei 2008

ALLah Tidak Sama Dengan Segala Yang Baharu (Mukhalafatuhu ta'ala lil hawadith)

Allah Ta'ala tidak sama dengan yang baharu pada sifatNya :

1. Sifat ALlah ta'ala memang sudah sedia ada bersamaNya.

2. Ta'aluq sifat ALlah menyeluruh, tetapi makhlukNya adalah terbatas pada setengah-setengah perkara.

ALlah Ta'ala tidak sama dengan yang baharu(makhlukNya) pada perbuatan :

1. Perbuatan ALlah ta'ala memberi kesan, manakala perbuatan makhluk tidak memberi apa-apa kesan ia adalah sekadar usaha sahaja.

2. Perbuatan ALlah ta'ala tidak berkehendak (tidak memerlukan) apa-apa perantaraan atau alat atau sebagainya.

3. Perbuatan ALlah ta'ala tidak memerlukan pembantu.

4. ALlah ta'ala tidak mengambil faedah daripada perbuatanNya.

5. Perbuatan ALlah Ta'ala tidak sia-sia.

Dalil aqli


Sekiranya ALlah sama atau serupa dengan yang baharu, maka ALlah ta'ala juga baharu. Logik akal tidak dapat menerima hakikat ini kerana ALlah ta'ala bersifat dengan sifat qidam (sedia) dan baqa' (kekal). Oleh itu, ALlah ta'ala tetap bersifat dengan Mukhalafatuhu ta'ala lil hawadith.

Dalil Naqli

Firman ALLah :

ۚ لَيۡسَ كَمِثۡلِهِۦ شَىۡءٌ۬
"Tiada sesuatupun yang sama (zat, sifat dan perbuatan) denganNya. (Surah As Syura :11)

1 ulasan:

boooopi berkata...

• Ilmu2 adalah ujud2, yang teragamnya diri zat dalam bentuk pemesongan pengertian diri zat itu sendiri.
• Bila dikatakan ujud maka tidaklah ianya zat kerana perkataan ujud itu sendiri adalah sangat berbezanya dengan ungkapan zat. Zat adalah zat dan ujud adalah ujud. Zat tidak bernama, bersifat, berbentuk…Tanpa huruf tanpa suara. Ujud bernama, bersifat, beragam2, berbentuk…..Dilapangan otak ujud tidak sekali2 dapat disifatkan kecuali rasa/ zatiah semata2.
• Dikala minda telah memanjat kemaqam zat/ Rasa maka tidak akan ada sebutan yang dapat diungkapan kerana keadaan zat adalah sejajar, satu pengertian tanpa perbezaan, Bila minda duduk dimaqam zat , maka tiada perkataan ada atau tiada yang dapat diungkapkan kepada keujudan zat.
• Sekiranya akal yang sentiasa kosong/ jerneh /lapang, yang tidak tersangkut padanya sampah2 ilmu yang terhasil dari longkang2 pancaindera lima, nescaya ia memanjat ketaraf keIllahiyatnya.