Isnin, 21 November 2011

Harga Barang Tidak Boleh Dirasionalkan

Awal tahun depan, khabarnya penjawat awam akan naik gaji. Dan peruncit pun sudah bersedia untuk menaikkan harga.

Yang naik gaji melibatkan lebih kurang satu juta lebih penjawat awam. Yang belum naik gaji, gaji yang tidak naik-naik, yang baru mula hendak kenal alam pekerjaan terpinga-pinga mengeluh dengan harga barang yang semakin naik kerana peniaga/pembekal yang 'gila' mengejar keuntungan.

Tiket bas tak pernah lagi turun. Dari bas yang punya 'air cond', hingga yang sudah ada televisyen yang sebenarnya berbayar kerana ada pekhidmatan pengiklanan dalam program tv di bas. Rakyat yang berpendapatan rendah juga yang terasa bahang naiknya harga tiket bas.

Untuk mengatasi masalah peruncit, pembekal yang rakus ini, nampaknya kena buat pulak Kedai 1 Umat Islam (kedai 1 Malaysia pun ada yang kritik). Semua barangannya halal dan harganya berpatutan.. Untuk membantu pengguna kenderaan awam pula perlu ada syarikat di bawah seliaan kerajaan di seluruh Malaysia menyediakan perkhidmatan bas awam samada yang berhenti-henti mahupun bas ekspres.

Khamis, 1 September 2011

Hati seorang ayah



Ketika melihat wajah si mungil berteriakan menangis meminta susu
Hati ini pun bertanya : Mampukah untuk engkau menjadikan dia seorang anak yang solehah ?

Ketika melihat anak berlari-larian keriangan
Hati si ayah pun mendesah : wahai diri.. mampukah engkau menjadikan ia seorang anak yang taat pada Allah dan Rasul pada ibu dan ayah ?

Ketika melihat anak melakukan kesalahan
Hati pun menahan agar tidak pecah : wahai diri, mungkin itu cerminan atas dosa yang engkau lakukan. Adakah ia diwarisi oleh anakmu kerana kesalahan yang engkau lakukan itu ?

Pada waktu-waktu begitu... sang ayah melontarkan doa kepada Illahi.. Wahai Allah yang Maha Mengasihani, jadikanlah anak kami yang soleh dan solehah. Taat pada perintah Engkau dan utusanMu. Biar benar jalannya dalam meneruskan kehidupan di dunia ini, biar tegak jalannya menuju ke akhirat.. Aminn ya Robbal 'alamiinn..

Ahad, 31 Julai 2011

Peniaga 'Ramadhan'


Bila tiba bulan Ramadhan, kita tidak perlu hairan khemah-khemah bakal berceracakan di sana sini. Mereka yang tidak pernah berniaga, sudah lama berniaga, berniaga hanya pada Bulan Ramadhan akan mencuba nasib untuk mencari rezeki.

Dari hujung hingga ke hujung, sebermula menempah tapak jualan ada yang pandai juga bermain politik untuk mendapatkan tempat yang strategik.

Bermulalah 1 Ramadhan hingga Ramadhan terakhir. Sang peniaga akan berteriakan untuk melariskan perniagaannya. Dengan apa jua cara agar dapat untung walau sedikit cuma. Kita harus memuji serta menyokong pada peniaga yang benar-benar jujur dan ikhlas dalam berniaga. Jika darihal menjual makanan biasanya mereka :

1. akan menjual makanan yang benar-benar berkualiti.
2. sanggup mengembalikan wang kepada pembeli sekiranya makanan yang dijualnya itu basi atau masam airnya
3. tidak menipu dalam timbangan sukat atau kuantiti kuih yang dijual
4. mempunyai sifat ehsan, sanggup berlebih kurang dengan pembeli

Manakala peniaga yang tidak jujur :

1. asal boleh dibuat duit semuanya dijual walaupun tidak pernah dibuat makanan tersebut. Katanya baharu sahaja mencuba ?
2. ais lebih banyak dari air.
3. makanan. kuih muih yang dikitar semula untuk santapan umat Islam
4. katanya diskaun sedangkan harganya tetap sama apabila dicampur tolak dengan 'diskaun' yang diberi

Kita juga (mungkin) peniaga 'Ramadhan' ?

Saban tahun kita singgah di madrasah ini adakah masih berkira-kira untuk melakukan amal ibadah ? Adakah kita mengajar diri kita berpuasa semata-mata untuk imbuhan dan bukannya kerana ikhlas dan merebut redhaNya ?

Cuba tanyakan diri... kita gembira menyambut Ramadhan atau gembira kerana akan menyambut Aidilfitri semata-mata ?

Cubalah ajak muhasabah diri (ingatan untuk diri) - pakaianmu yang berganti saban tahun sudah penuh di almari. Tiadakah rasa diri untuk memberi sedekah kepada orang lain ?

Makananmu yang memenuhi perut ketika berbuka - adakah ia sebagai mengalas perut agar memberi tenaga dan dapat beribadah. Ataupun sehingga sulit untuk beribadah kepadaNya ?

Ya Allah.. ampunkanlah dosaku..

Jumaat, 8 Julai 2011

Nikmat Allah Amat Luas Untuk Mengatakan 'Bosan'

Acapkali juga kedengaran keluhan atau perkataaan "bosan", 'boring' dan yang sewaktu dengannya. Biasanya keluhan ini datang apabila diri tidak tahu nak berbuat sesuatu yang bermanfaat, tidak tahu kerja apa yang hendak dibuat, tiada aktiviti yang menarik dan sebagainya.

Yang lebih parah lagi apabila timbul dalam fikiran 'Aku sudah bosan dengan hidup!'

Aktifkan Akal Yang Positif

Allah menganugerahkan akal kepada manusia untuk berfikir dan digunakan dengan cara yang betul dan baik. Kurangnya penggunaan akal yang positif untuk berfikir mempengaruhi tubuh badan untuk bertindak pasif dan negatif.

Seharusnya kekuatan akal yang diberi dapat digunakan untuk mengatur kehidupan dengan lebih sistematik dan terancang. Biasanya mereka yang berfikiran positif mempunyai pelbagai perancangan dan alternatif bagi merancakkan suasana kehidupan agar hilang perkataan bosan dalam fikiran. Dan perkataan bosan biasanya tiada pada individu yang bijak mengatur jadual kehidupannya.

Antara Cadangan Menghilangkan Perasaan Bosan

1. Sedarlah bahawa jangkamasa kita hidup amatlah terhad

- usahakan untuk banyakkan memberi kepada orang lain dengan cara yang baik dan tujuan yang baik.
- cara pemberian itu bergantung kepada kebolehan. Setiap orang pastinya punya kelebihan/kepandaian masing-masing

2. Carilah hobi yang baharu

- Jika kita duduk mendiamkan diri sahaja atau rutin yang sama dilakukan. Apa kata cari hobi yang baharu yang tidak membosankan ? Berkebun, melukis, menulis, melancong melihat peninggalan sejarah para Nabi dan Rasul ?

3. Kita bosan disebabkan persekitaran ?

- Jika ia disebabkan oleh persekitaran. Ubah susun atur di rumah seperti perabot, pinggan mangkuk. Mewarnakan dinding rumah dengan warna yang ceria dan lembut, menggantungkan gambar-gambar pemandangan atau kata-kata motivasi agar kita mata dan minda segar melihatnya.


Rabu, 25 Mei 2011

Jika Ada Yang Masih Lagi Bertanya Mengapa Saya Membaca Yasin Untuk Orang Yang Sudah Meninggal ?



Hari itu berlalu jua, tiada lagi si dia yang bercermin mata tersenyum menyambut kedatangan aku, isteri dan anakku. Tiada lagi dia yang menciumi pipi si kecil itu. Biarlah dia beristirehat di persemadiannya setelah bergelut dengan penyakit yang menghuni di tubuhnya. Sungguh Allah telah memberi kerehatan yang abadi untuknya..

Ya Allah! pahala dari bacaan surah Al Fatihah ini kuhadiahkan kepada pakcikku yang telah meninggal dunia.. Amin Ya Robb.. Al Fatihah..

Hadith sahih kelebihan membaca yasin :


Ibn Hibban dalam kitab sahihnya meriwayatkan hadith Jundab bin AbdiLLah, RasuluLlah sallaLLahu 'alaihi wasallam bersabda yang bererti :

"Surah al Baqarah adalah tulang belakang al Quran, ia diturunkan oleh lapan puluh malaikat dengan membawa satu persatu ayat. Sedangkan ayat kursi diturunkan dari bawah Arsy'. kemudian ia dikumpulkan dengan ayat-ayat surah al Baqarah. Surah Yasin pula adalah hati al Quran, tidak ada orang yang membacanya dengan mengharap redha ALlah dan pahala akhirat melainkan dia akan mendapat ampunan dari-Nya. Bacalah surah Yasin untuk saudara-saudara kamu yang telah meninggal dunia."



(Ditakhrij oleh Ibn Hibban di dalam Kitab Sahihnya pada bab Fadhilat Surah al Baqarah. Demikian juga al Haithami meriwayatkannya di dalam kitab Mawarid al Dzam'an, (jilid V, h 397). Imam Ahmad juga meriwayatkannya di dalam al Musnad dari Ma'qal bin Yasar (jilid v h 26). Al Haithami mengulas hadith tersebut di dalam kitab Majma' al Zawaid, "Hadith tersebut diriwayatkan oleh Imam Ahmad, di dalamnya ada salah seorang perawi yang tidak disebut namanya, bagaimanapun perawi perawi lainnya adalah sahih (jilid VI h 311)

Sumber Rujukan : Prof Dr Sayyid Muhammad 'Alawi Al Maliki Al Hasani, Kajian Mendalam ke Atas Manfaat Amalan Orang Hidup Terhadap Arwah, Tahqiq al amal fi ma yan fa'u al mayyitu min al a'mal, Jahabersa, 2007, Johor

Rabu, 15 Disember 2010

Awalnya Pahit, Akhirnya Manis



Oleh
: Habib AbduLlah bin Alwi Al Haddad

Secara umum, pada awalnya kebaikan itu berat untuk dilakukan, tetapi akhirnya penuh dengan kenikmatan. Orang yang berbuat baik ibarat seorang pendaki gunung terjal. ia tidak akan merasa tenang sebelum sampai ke puncaknya.

Sedangkan keburukan awalnya manis dan akhirnya berat. Orang yang melakukan perbuatan buruk adalah ibarat seorang yang jatuh dari puncak gunung atau atap sebuah rumah. Ia baru akan merasa kesakitan setelah mendarat di tanah.

Sumber : Habib AbduLlah bin Alwi Al Haddad, Kitabul Hikam, Darul Hawi, cet 1, 1993, hal 15

Harga Yang Naik Dan Turun

Hari ini harga minyak naik lagi... peniaga kata harga barang akan dirasionalkan. Akhirnya harga barang tetap naik.

Dahulu pernah juga harga minyak turun.. tetapi harga barang tetap naik.

Pengangkutan awam masih juga ditakuk lama. Walupun sudah ada 'air cond', belum tentu sejuknya terasa sebab sudah ada bas yang puluhan tahun umurnya masih berjalan juga di jalanraya.

Akal orang awam susah hendak dirasionalkan, kerana semuanya itu membabitkan kos.

Turunlah.. turunlah lihat kesusahan rakyat.

Harga dari sudut nilai diri melambangkan pula maruah. Ada manusia yang sanggup harga dirinya diinjak-injak, dihenyak-henyak untuk 'survival hidup' katanya. Ada pula yang sanggup harga dirinya jatuh kerana mengikut gaya hidup. Akibat suka meniru tanpa memikir, suka mengikut kerana jahil (ketiadaan ilmu).

Ada pula insan yang ingin berubah ke arah kebaikan yang diredhai Allah. Orang seperti ini perlu dibantu, kerana ia sedang belajar meningkatkan harga dirinya. Jangan pula direndah-rendahkan keinginannya untuk berubah. kerana kemungkinan ia akan kembali kepada tabiat asalnya iaitu berbuat kerosakan. Seorang sahabat, kawan yang baik tentunya ingin melihat temannya menjadi baik.

Bayangkan jika ia menjadi semakin jahat, dan kita pula ada 'saham' yang mengembalikan dirinya kepada jalan kejahatan..





Khamis, 28 Oktober 2010

Cuba Sebut Mati

Ada satu modul :

Sebut mati sebanyak 100 kali ? ada atau tidak perubahan dalam minda atau hati ?

Cuba sebut mati dengan penghayatan : fikirkan masa/waktu/saat yang berlalu. Amalan/bekalan yang akan dibawa. Keadaan orang yang mati.

Cuba fikirkan mati dengan dikaitkan melalui penglihatan : melihat orang yang sudah meninggal dunia dan diambil pengajaran. Mengambil peringatan melalui talqin yang dibaca oleh imam di kubur.

Kesimpulan : orang yang bijak adalah yang banyak mengingati mati (tentu ada yang lebih tahu ucapan siapakah ini). Dan peluang yang patut diambil selagi ada nyawa..

Selasa, 3 Ogos 2010

Isnin, 5 Julai 2010

Ubat Penenang Jiwa



Lirik penuh nasyid ini dari laman web lirik http://www.islamiclyrics.net/sami-yusuf/asma-allah/ adalah seperti berikut:

Raheem, Kareemun, ‘Adheem, ‘Aleemun,
Haleem, Hakeemun, Mateen
(Merciful, Generous, Incomparably Great, All-Knowing
Forbearing, Wise, Firm)

Mannaan, Rahmaanun, Fattaah, Ghaffaarun
Tawwaab, Razzaaqun, Shaheed
(Bestower of blessings, Most Compassionate, Opener, Forgiver
Accepter of Repentance, Provider, Witness)

Allahumma salli ‘ala Muhammad, wa aali Muhammad
Ya Muslimeen sallou ‘alayh
(O my Lord send salutations upon Muhammad
And upon the Family of Muhammad
O Muslims, send salutations upon him)
Allahumma salli ‘ala Muhammad, wa sahbi Muhammad
Ya Mu’mineen sallou ‘alayh
(O my Lord send salutations upon Muhammad
And upon the Companions of Muhammad
O believers, send salutations upon him)

Lateef, Khabeerun, Samee’, Baseerun
Jaleel, Raqeebun, Mujeeb
(Gentle, All-Aware, All-Hearing, All-Seeing
Majestic, Watchful, Responsive)

Ghafur, Shakourun, Wadud, Qayyumun
Ra’uf, Saburun, Majeed
(Forgiving, Appreciative, Loving, Self-Existing by Whom all subsist
Most Kind, Patient, Most Glorious)

Allahumma salli ‘ala Muhammad, wa aali Muhammad
Ya Muslimeen sallou ‘alayh
(O my Lord send salutations upon Muhammad
And upon the Family of Muhammad
O Muslims, send salutations upon him)

Allahumma salli ‘ala Muhammad, wa sahbi Muhammad
Ya Mu’mineen sallou ‘alayh
(O my Lord send salutations upon Muhammad
And upon the Companions of Muhammad
O believers, send salutations upon him)

Allahu Akbar, Allahu Akbar,
La Ilaaha Illahu, Al Malikul Quddoos
(God is Greater, God is Greater
There is no god but Him, the King, the Most Holy)

Allahu Akbar, Allahu Akbar,
Ya Rahmanu irham dha’fana
(O Most Compassionate! Have compassion on our weakness)

Allahu Akbar, Allahu Akbar,
Ya Ghaffaaru ighfir thunoubana
(O Forgiver! Forgive our sins)

Allahu Akbar, Allahu Akbar,
Ya Sattaaru ostour ‘ouyoubana
(O Concealer! Conceal our defects)

Allahu Akbar, Allahu Akbar,
Ya Mu’izzu a’izza ummatana
(O Bestower of honour! Bestow honour on our Ummah)

Allahu Akbar, Allahu Akbar,
Ya Mujeebu ajib du’aa’ana
(O Responsive One! Answer our prayers)

Allahu Akbar, Allahu Akbar,
Ya Lateefu oltof binaa (x3)
(O Gentle One! Show gentleness to us)

Oltof binaa
(Show gentleness to us)