Selasa, 30 Oktober 2007

Kawan-kawan Kenapa Mau Lawan

Kawan-kawan
Kenapa mau lawan
Kitakan kawan
Dulu sama-sama
Kongsi teh secawan

Kawan-kawan
Kenapa mau lawan
Orang lain maju ke depan
Orang kita cari jalan
Jatuhkan kawan

Kawan-kawan
Kenapa mau lawan
Kanke cukup rezeki Tuhan
Buat kita ramai-ramai makan.

Kawan-kawan
Kita sama-sama cari makan
Bila fikir masa depan
Jangan tabur pasir
Dalam periuk nasi kawan

Kawan-kawan
Cuba dikaji orang tua pesan
Kawan jadi lawan
Lawan jadi kawan. (Nukilan Aie 99 - Aku dan Sesuatu)

Sahabat...Sabarlah di dalam perjuangan..5


Sabarlah menghadapi cubaan dunia. Sungguh di dalam menjalani penghidupan di dunia, kita diberi pelbagai mehnah dan dugaan bagi menguji tulenkah iman kita. Dia menguji samada kita berpangkat atau tidak, kaya atau miskin, sihat atau sakit. Terkadang Dia mengambil nikmat yang selama ini diberikan kepada kita, mata yang jelas menjadi semakin kabur, entah terkadang hilang pula deria rasa, terbakar pula harta benda. Kembali pula orang yang disayangi ke pangkuan ILlahi.

Terkadang hati kita disakiti, dicemuh, difitnah, dilontar dengan pelbagai kata nista. Diadu domba. Hati menjadi bertambah perit dan hanya air mata yang mampu menjawab kepayahan yang dihadapi..

Firman Allah yang bererti : IAitu, orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata : Sesungguhnya kami kepunyaan ALLah dan kepada ALlah jualah kami kembali. Mereka itu ialah orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmatNya; dan mereka itulah orang-orang yang dapat petunjuk
hidayahNya - Al Baqarah : 156-157

Kita disuruh menyelusuri sirah para leluhur yang terdahulu. Ikutilah kisah para nabi dan Rasul yang sabar. Bandingkan kesabaran itu dengan diri kita - Kesabaran Nabi Yaakub apabila terpisah dengan Yusof dan Bunyamin, kesabaran Nabi Nuh di dalam menghadapi kaumnya dan anaknya pula telah menjadi kafir. Kesabaran Nabi Adam menerima kematian
anaknya Habil.


Cubalah perhatikan kisah para sahabat di dalam perjuangan.. Nanti engkau akan faham..

Sahabat...Sabarlah di dalam perjuangan..4

Boleh jadi sangkaan dan dugaan dirasakan amat hebat oleh orang-orang yang beriman pada awal penyebaran Islam di Mekah, ada di antara mereka yang dibunuh, sekeluarga di seksa, ada yang diseret pada cahaya matahari yang terik ditambah pula dengan batu-batu besar. Pelbagai
musibah, cubaan dan azab dirasakan oleh mereka. Tiadakah jalan keluar untuk menghadapi seksaan yang amat memeritkan ini...

'Alif, Laam, Miim. Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata : "Kami beriman," sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? Dan Demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta. Al Ankabut: 1-3

dan di antara manusia yang menyembah ALlah dengan sikap dan pendirian yang tidak tetap; iaitu kalau ia beroleh kebaikan, senanglah hatinya dengan keadaan itu; dan kalau pula ia ditimpa fitnah kesusahan, berbaliklah ia semula (kepada kekufurannya). (dengan sikapnya) rugilah
ia akan dunia dan akhirat, itulah kerugian yang terang dan nyata. Al Hajj:11

Cubaan yang Allah berikan ke atas ahli-ahli dakwah adalah untuk membezakan antara golongan-golongan ini dengan golongan Mukmin yang lain. Juga untuk membuang segala golongan keji dan kotor dari barisan mereka sebagaimana kita membuang karat daripada besi.

Sahabat...Sabarlah di dalam perjuangan..3

dalam dugaan penentangan yang dibuat oleh mereka yang memusuhi Islam dan tidak suka akan kebenaran. Orang yang beriman yang melalui ujian di dalam dakwah akan juga menghadapi kata2 cacian. Apabila Ia ikhlas dalam usaha dakwahnya, tidak pernah mengikut hawa nafsu, tidak mencari keuntungan semata-mata memberi nasihat tetapi ia ditohmah.

Ia menyeru ke jalan Tuhan dengan cara baik, tetapi ditentang dengan kekuatan,

Ia mengingatkan dengan cara lemah lembut tetapi dibalas dengan kejahatan.

Berhujjah dengan cara yang halus tetapi dilawan dengan perkataan yang kesat.

telah dihuraikan kalimah yang hak, tetapi mereka tidak mendengarnya kecuali kalimah yang batil

Sabarlah para pejuang yang ikhlas...

"Demi sesungguhnya, kamu akan diuji pada harta benda dan diri kamu. Dan demi sesungguhnya, kamu akan mendengar dari orang-orang yang telah diberikan kitab dahulu daripada kamu dan orang-orang yang musyrik : banyak (tuduhan-tuduhan dan cacian) yang menyakitkan hati. Dalam pada itu, jika kamu bersabar dan bertaqwa maka sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki di ambil berat (melakukannya) - Surah Ali Imran : 186

ALlah menjelaskan kepada para rasul mengenai apa yang berlaku kepada nabi-nabi yang terdahulu dengan firmanNya yang bermaksud :

"Demi sesungguhnya, rasul-rasul sebelummu pernah juga didustakan, maka mereka bersabar terhadap perbuatan orang-orang yang mendustakan mereka dan menyakiti mereka, sehingga datanglah pertolongan Kami kepada mereka; dan sememangnyalah tiada sesiapapun yang dapat mengubah kalimah-kalimah ALLah (janji-janjiNya mempertahankan rasul2Nya) ; Surah Al An'Am ayat 34

Kita disuruh istiqomah dalam menentang kebatilan, manakala kebaikan kebenaran yang didakwahkan hendaknya diteruskan. Jangan diundurkan..

"Maka janganlah kamu berpaling undur dari menentang mereka.
- al Anfaal:15

"Dan jangalah kamu batalkan amal-amal kamu!"
- Surah Muhammad: 33


Janganlah berputus asa dengan ujian dan cabaran di dalam menjalani perjuangan.

"Dan mereka juga tidak lemah tenaga dan tidak pula mahu tunduk (kepada musuh). Dan (ingatlah), Allah sentiasa mengasihi orang-orang yang sabar." - Surah Ali Imran : 146.

Sahabat...Sabarlah di dalam perjuangan..2


'dan demikianlah Kami jadikan bagi tiap-tiap Nabi itu musuh dari
syaitan-syaitan manusia dan jin, setengahnya membisikkan kepada setengahnya yang lain kata-kata dusta yang indah-indah susunannya untuk memperdaya pendengarannya.
(Al An'aam : 12)

Janganlah orang menyangka bahawa jalan iman itu dipenuhi oleh
bunda-bungaan dan angin-angin yang dingin, maka sesungguhnya bermakna dia jahil tentang tabiat iman. Jalan pejuang Islam banyak pancaroba..

Berjuang di jalan ALlah realitinya adalah kesusahan dan kepayahan yang perlu dihadapi, banyak sudah contoh dan kisah yang boleh dijadikan pedoman. Untuk menjalankan ma'ruf akan ada sahaja mulut-mulut yang memberi bermacam dalih dan alasan.

akan ada tangan2 jahat yang ingin menghancurkan kebaikan, lidah-lidah yang mudah memberi kata nista sedangkan sudah jelas kebenaran yang dibawa. Sebab utamanya memang mereka suka kepada perkara-perkara yang mungkar.

ALlah telah menjelaskan bentuk kesusahan yang akan dihadapi antaranya berbentuk penentangan, bukanlah menjadi satu perkara yang amat berat terhadap diri pendakwah untuk menyeru dengan sepenuh hati, melaung setinggi suara, melainkan apa yang didapatinya hanyalah orang-orang yang memekakkan telinganya serta hati-hati yang lalai.

Cuba kita lihat sirah perjalanan dakwah nabi Nuh ketika bermunajat kepada Tuhannya yang bermaksud :

(Setelah puas menyeru mereka), Nabi Nuh berdoa dengan berkata : "Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku telah menyeru kaumku siang dan malam (supaya mereka beriman); Maka seruanku itu tidak memberikan mereka (sesuatu faedahpun) selain daripada menambahi mereka melarikan diri (dari kebenaran). Dan sesungguhnya aku, tiap-tiap kali menyeru mereka (beriman) supaya Engkau mengampunkan dosa-dosa mereka, - mereka
menyumbatkan telinganya dengan jari masing-masing, dan berselubung dengan pakaiannya, serta berdegil dengan keingkarannya, dan berlaku sombong, takbur dengan melampau-lampau
. : Nuh ayat 5-7

Kisah Nabi Hud dijadikan pengajaran.

Maksudnya : "Mereka berkara: Wahai Hud! Engkau tidak membawa kepada kami sebarang keterangan yang membuktikan kebenaranmu, dan kami tidak akan meninggalkan
penyembahan tuhan-tuhan kami dengan sebab kata-katamu itu! Dan kami tidak sekali-kali percaya kepadamu.
Surah Hud ayat 53

Junjungan besar Nabi Muhammad juga mengalami kesusahan, keperitan yang lebih dibandingkan dengan apa yang kita rasai...lalu disampaikan oleh ALlah.

Maksudnya : Dan bersabarlah (wahai Muhammad) terhadap perbuatan dan telatah golongan yang ingkar itu); dan tiadalah berhasil kesabaranmu melainkan dengan (memohon pertolongan) ALlah; dan janganlah engkau berdukacita terhadap kedegilan mereka. Surah An Nahl:127

Inilah yang dijawab oleh golongan yang beriman, ketika telah diugut akan dijatuhkan hukuman iaitu tangan dan kaki mereka akan dipotong secara bersilang kepada Firaun yang berleluasa menggandakan penindasan dan kezaliman ke atas mereka.

Maksudnya : Mereka menjawab : "sesungguhnya kami (tidak gentar) kerana kepada Tuhan kamilah kembalinya kami (dan kepadaNyalah kami mengharapkan keampunan dan rahmatNya). Dan tidaklah engkau (hai firaun) marah (dan bertindak menyeksa) kami melainkan kerana kami beriman kepada ayat-ayat Tuhan kami, ketika sampainya kepada kami. (Mereka berdoa) : Wahai Tuhan kami, limpahilah kesabaran kepada kami,
dan matikanlah kami dalam keadaan Islam (berserah bulat-bulat
kepadaMu)." Surah Al A'raf: 125-126

Sahabat...Sabarlah di dalam perjuangan..



"Demi sesungguhnya, kamu akan diuji pada harta benda dan diri kamu.
Dan demi sesungguhnya, kamu akan mendengar dari orang-orang yang telah
diberikan kitab dahulu daripada kamu dan orang-orang yang musyrik : banyak (tuduhan-tuduhan dan cacian) yang menyakitkan hati. Dalam pada itu, jika kamu bersabar dan bertaqwa maka sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki di ambil berat (melakukannya)
- Surah Ali Imran : 186

"Allah tidak sekali-kali akan membiarkan orang-orang yang beriman dalam keadaan yang kamu ada sekarang (bercampur aduk mu'min dan munafik, bahkan Ia tetap menguji kamu) sehingga Ia memisahkan yang buruk (munafik) daripada yang baik (beriman) - Surah Ali imran:179

Memang akan kedapatan di kalangan manusia yang mendakwa diri mereka adalah golongan orang-orang Mukminin, memakai pakaian orang Mukmin, bercakap sebagai orang Mukmin, tetapi apabila ditimpa sesuatu cubaan, bala, godaan dalam menjalani agamaNya maka lemah segala kekuatannya, terurailah ikatannya dan cuba melepaskan diri daripada perkara-perkara
yang dilakukannya sebelum ini.

Rujukan - Keindahan Sabar - Dr Yusof al Qardhawi
Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri.

Isnin, 29 Oktober 2007

Jom Ajak Mereka Solat!


Aku ada mengikuti beberapa program ihya' Ramadhan dan motivasi, terkadang mempunyai tugas untuk memberi tazkirah dan sedikit kuliah kepada peserta program tersebut. Biasanya soalan yang akan terbit dari bibirku adalah "Siapa sini yang cukup solat 5 waktu sehari semalam?". Adalah yang mengangkat tangan dua, tiga ketul, itupun takut-takut (tak yaqin?). Begitulah seterusnya, aku akan bertanyakan siapa yang bersolat 4,3,2,1 dan tak solat langsung kepada peserta program. Dan bilangan yang mengangkat tangan adalah melebihi mereka yang sempurna solatnya dalam sehari.

Sejarah Solat.


Solat merupakan ibadat yang telah disyariatkan oleh ALlah semenjak zaman dahulu lagi. Dan ALlah telah berfirman kepada Nabi Ismail yang bermaksud :

Dan dia menyuruh ahlinya bersembahyang dan menunaikan zakat dan dia adalah orang yang diredhai di sisi Tuhannya (Maryam :55)

Dalil Solat disyariatkan :

1. Di dalam surah ar Rum ayat 17-18 bererti : Maka bertasbihlah kepada ALlah di waktu kamu berada di petang hari dan waktu subuh dan bagiNya segala puji di langit dan di bumi dan di waktu kamu berada pada petang hari dan waktu zohor.

Ibn Abbas berkata : Maksud di petang hari ialah sembahyang Maghrib dan Isyak, waktu Subuh ialah sembahyang Subuh, petang hari ialah sembahyang Asar, dan waktu Zohor.

2. Firman ALlah dalam Surah an Nisa':103 yang bererti : Sesungguhnya sembahyang itu adalah kewajipan yang ditentukan waktunya ke atas orang-orang yang beriman.


Dalil daripada hadith ialah :

1. Hadith berkenaan dengan peristiwa Israk dan Mikraj sebagaimana yang telah disebut. Diriwayatkan oleh Bukhari (342) dan Muslim (163) bahawa RasuluLLah s.a.w telah bersabda yang bererti :

Telah dibuka atap rumahku, sedangkan aku ketika itu di Makkah. Lalu Jibril turun....kemudian ia memegang tanganku dan mengangkatku ke langit....Kemudian ALLah telah mewajibkan ke atas umatku dengan 50 waktu sembahyang ...Lalu aku berulang alik kepadanya. Kemudian ALLah berfirman : Ia hanya lima waktu (dari segi kewajipan menunaikannya) dan 50 waktu (dari segi pahala) tidak ditukar ganti lagi kata-kata di sisiKu.

Menurut pendapat yang sahih, peristiwa Israk Mikraj berlaku 18 bulan sebelum hijrah Nabi s.a.w ke Madinah. Dengan demikian sembahyang lima waktu yang diwajibkan itu telah memansuhkan sembahyang dua rakaat pada waktu pagi dan petang.

2. Hadith yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim daripada Ibnu Abbas r.a bahawa Nabi telah mengutuskan Muaz bin Jabal ke Yaman lalu bersabda kepadanya yang bererti :

Serulah mereka kepada pengakuan bahawa tiada Tuhan (yang wajib disembah) melainkan Allah dan bahawasanya aku adalah Muhammad Utusan ALLah. Sekiranya mereka mentaati perkara tersebut, maka ajarkanlah kepada mereka bahawa ALLah telah memfardhukan ke atas mereka sembahyang limwa waktu sehari semalam.


Mengapa kita perlu bersolat? Agaknya ada juga orang yang bertanyakan kelebihan bersolat. Berbeza sungguh dengan generasi sahabat dahulu, mereka dengar dan taat tanpa banyak cakap. Diri kita pula, sebelum mengerjakan ibadah kita lebih menumpukan apa yang kita dapat, apa ganjaran yang diterima. Sedangkan ALLah tidak pernah pula meminta kita apa-apa sebagai balasan dengan nikmat yang banyak telah Dia berikan. Dia hanya menyuruh kita menyembah Dia.

Seorang sahabat bertanya kepada RasuluLLah s.a.w, apakah amalan yang paling afdhal? Jawab RasuluLlah s.a.w : Sembahyang, Dia bertanya lagi Kemudian apa? Baginda menjawab : Sembahyang. Dia bertanya lagi : Kemudian apa? Baginda menjawab : Sembahyang (Riwayat Ibnu Hibban)

Apa kelebihan solat?

Dari riwayat Bukhari (505) meriwayatkan dari Abu Hurairah r.a bahawa Nabi s.a.w telah bersabda yang bererti : ALLah akan menghapuskan dosa-dosa dengan menunaikan sembahyang lima waktu.

Dan hadith riwayat Muslim (231) meriwayatkan daripada Othman r.a bahawa RasuluLLah s.a.w telah bersabda : "Barangsiapa yang menyempurnakan wudhuk sebagaimana yang diperintahkan ALlah, maka sembahyang limwa waktu yang diwajibkan itu akan menghapuskan dosa yang dilakukan antara waktu-waktu sembahyang tersebut".

Kita dibezakan sembahyang (dalam bahasa arabnya adalah solat) dengan agama-agama yang tidak diakui ALlah. Kita ada disiplin waktu untuk bertemu dengan ALlah. Apatah lagi sebagai hamba ALlah yang kerdil. Perkara yang pertama akan ditanya di hari perhitungan adalah SOLAT.

Sahabat, beritahulah kepada mereka bahawa solat itu wajib (bagi yang telah memenuhi syarat sebagai mukallaf).

RasuluLLah telah bersabda dalam hadith yang diriwayatkan oleh Muslim (668) daripada Jabir bin AbduLlah r.a dia berkata yang bererti :RasuluLLah telah bersabda :

Sembahyang lima waktu seumpama sungai yang mengalir dengan air yang begitu banyak di pintu rumah seseorang kamu. Setiap hari dia mandi sebanyak lima kali. Jabir menceritakan, al Hasan telah berkata : "Dan yang demikian itu tidaklah meninggalkan kotoran sedikitpun".

Sumber Rujukan : Kitab Fikah Mazhab Syafi'e - Bersuci dan Sembahyang oleh Dr Mustofa al Khin, Dr Mustofa al Bugho dan Ali Asy Syarbaji. Terbitan Pustaka Salam Sdn. Bhd

Ahad, 28 Oktober 2007

Bagaimana menyentuh hati ?


1.Proses pengenalan di mana sahaja kita berada, bila jumpa kawan yang baru, berusahalah menghafaz nama sahabat kita yang baru. Atau setidak-tidaknya nama panggilan manjanya. Cth : Fatimah - timah, Hafizah - pijah, Ridwan - max,

RasuluLlah s.a.w bersabda yang bererti : termasuk sifat angkuh adalah seorang yang masuk ke dalam rumah temannya, lalu dihidangkan kepadanya makanan, ia tidak mahu memakannya; dan seorang lelaki yang bersama-sama lelaki lain dalam perjalanan, tetapi ia tidak menanyakan namanya dan nama orang tuanya (riwayat ad Dailami)

2. Jika bertemu berilah salam, memberi salam itu sunnah. Akhir zaman ini, orang Islam memberi salam pada orang yang dikenalinya sahaja. Budaya memberi salam tidak lagi menjadi keutamaan, sedangkan di dalam ucapan salam itu mengandungi pelbagai hikmah dan kebaikan..

3. Jika teman sudah lama tidak kelihatan, maka ambil tahulah khabarnya. Untuk meningkatkan perasaan ukhuwwah, kita perlu mengambil sikap peduli kepada teman2 kita. Terkadang kedatangan dia kita perlu raikan - bertanyakan khabar (walaupun terkadang persoalan kita itu
dijawab dengan soalan menjengkelkan seperti : Kalau aku tak sihat takdalah aku kat sini). Apapun kita faham mengapa kita perlu mengambil berat. Sebab mencari sahabat yang baik itu susah, mencari musuh amatlah mudah.

4. Jika dia sakit, maka jenguklah. Sahabatku, antara yang menyebabkan kita akan selalu terkenangkan kebaikan seseorang itu adalah sikapnya yang suka menziarahi, apatah lagi sekiranya sakit. Walaupun sebenarnya dia tidak ingin sebarang pembalasan, kita harus faham berbasa basi.

Dari Abu Hurairah r.a RasuluLlah bersabda : Barangsiapa menjenguk orang sakit atau mengunjungi saudaranya sesama Muslim kerana Allah, maka malaikat akan berseru kepadanya, "kamu dalam keadaan baik dan baik pula tempat tujuanmu,kamu pun akan ditempatkan di syurga (riwayat Muslim)

Mati


Sabda Rasulullah: “Bersegeralah melakukan amal –amal soleh sebelum datangnya fitnah-fitnah seperti sepotong malam yang gelap gelita. Pada pagi hari seorang masih beriman, tiba-tiba pada petang harinya ia telah menjadi kafir dan ada yang pada petangnya masiih beriman, tiba-tiba pada pagi harinya menjadi kafir, ia menjual agamanya dengan kekayaan dunia. (Riwayat Muslim)
Semua orang rasa bangga dengan dosa, bila menyebut neraka tidak terasa akan gerunnya, bila menyebut syurga, tidak terasa akan nikmatnya, itu menunjukkan jiwa kita mati atau buta.

Bila ingat tentang kematian ia dapat melupakan segala jenis kelazatan hidup, bahkan menyebabkan orang yang tertawa menjadi terdiam sebentar, yang sedang enak makan berhenti menyuap, malahan tenggorokannya terasa perit, yang manis terasa pahit untuk ditelan, terkenang adakah selepas ini akan dapat merasa makanan yang lainnya. Masing-masing tertunduk sepi..

Bila ingat tentang kematian, terasa masa sungguh sempit, apa yang dipegang, dinikmati, segala pakaian baru, dan harta di tangan yang ada rupanya akan ditinggal pergi. Tiada apa lagi yang dapat dibangga dan digahkan. Tiada lagi perkara hendak dikisahkan, entah-entah esok dengan kain apa dikapankan, siapa yang menyembahyangkan, di bumi mana akan ditinggal bersendirian…sempatkah menyebut kalimah toyyibah..

Bila ingat tentang kematian, teringat tentang dosa-dosa lalu, wahai… hutang piutang yang masih belum jelas, jasa kepada mak dan abah, ajaran yang belum sempat disampai pada adik2 yang lain. Teringat dengan tingkah laku yang ditunjuk2 selama ini menjadi ikutan, dosa tangan, zina mata, segala jenis kata-kata yang keluar dari lidah.

Bila ingat tentang kematian, terasa mata sukar untuk dilelapkan, perlu kalam untuk menulis, sekurang-kurangnya pesanan terakhir. Meminta ampun dari setiap orang yang berkenaan, pada ibu dan ayah lagi, diminta halal segala peluh titik mengalir, ilmu yang diberi, susah payahnya, jerih tangisnya, makan dan minum yang diberi, kemarahan dan kesedihannya. Pada teman dan rakan, segala gurau-gurauan, umpatan dan cacian, segala rasa sakit di hati, dendam dan hasad dengki, buruknya sangkaan, usikan, janji dimungkir, kata dusta, takbur dan sombongnya… wahai, alangkah banyaknya dosa tindih menindih satu persatu yang akan disemak nanti..

Bila ingat tentang kematian, yang berdosa akan basahkah lidah untuk beristighfar? Lapangkah hati untuk memohon maaf ? Tergerakkah jiwa untuk berbuat kebaikan ? Masih panjangkah angan-angan untuk difikirkan? Lalu yang berdosa jarakmu dengan Tuhan sejauh mana? , sedang di tengah-tengah ada api neraka yang marak menyala..

Bila ingat tentang kematian, apalah nasibmu wahai diri? Dahulu disanjung orang, lidah ligat tidak pernah diam berkata itu dan ini, menjanjikan itu dan ini,. Anganmu selalu melangit tinggi, fikirmu esok dan akandatang membawa seribu erti yang ingin dipenuhi sedangkan engkau tidak tahu. Lalu taubat engkau tangguhkan lagi, dan jiwa dibiarkan kosong akibat terlalu sibuk menghias diri untuk mengejar dunia, takut dikata ‘ketinggalan’. Murka ALlah kian membayangi diri, tapi engkau tidak sedar lagi. Matamu tidak pernah pejam dalam perkara kemaksiatan, detik hati berkata ‘diri masih muda’, ‘esok masih ada’. Rupa-rupanya ALlah telah menjadikan engkau lupa akibat dosa yang engkau cari sendiri untuk dibalas dengan mati yang datang mengejut secara tiba-tiba..

Bila ingat mati, sedar jiwa di tangan Tuhan, hadirmu di alam tidak membawa apa-apa hanya sekadar hamba. Muka, tangan, telapak kaki, kulit, hati, rambut, kuku itu bukan engkau punya, tangan itu bukan milikmu, engkau memikul tanggungjawab dan amanah untuk menjaga ia dengan sebaiknya bukan mengkhianatinya.

Bila ingat mati, nantilah, bila pipi tersembam di tanah, mata tertutup rapat, lidah tidak berguna menjerit meminta tolong, mungkin baru teringat perbuatanmu selalu kufur dengan nikmat Tuhan. Engkau mengaku menyintai Allah melebihi makhluk lain, sedang solatmu dalam keadaan lalai, sujudmu dalam keadaan lalai. Entah-entah matimu pun dalam keadaan lalai…

Bila ingat mati, biarkan mata letih menangis kerana bertaubat, hati bergoncang takutkan Allah, alam ini bukan panjang lagi umurnya, apatah lagi dikira dengan nafas manusia yang kian ramai terdiam rupanya nyawanya sudah lama terbang direnggut pergi….

Sabtu, 27 Oktober 2007

Berhati-hati Dengan Ubat Gigi Ini, Belilah barangan buatan Islam.



Masa Aku hendak bersolat Jumaat di Masjid Jamek, ada risalah yang diletakkan. Lalu aku mengambil satu dan ia adalah dari PPIM (Persatuan Pengguna Islam Malaysia). Antara isi kandungannya agar membeli barangan yang halal, di bahagian dalamnya terdapat satu penjelasan mengenai ubat gigi colgate (Ubat Gigi Sugi buatan China serta Darlie) yang mempunyai isi kandungan beracun dan sudah ditarik balik di beberapa negara.

Sila rujuk di sini : http://www.muslimconsumer.org.my/ppim/main.php

Masa Dulu-dulu

Seketika berbual dengan rakan-rakan sejawatan mengenai kisah dahulu. Aku teringat juga perkara ini selepas membaca buku bertajuk JURING - karya rakan-rakan blog antaranya attoch.

Masa kecil dahulu, kami bukanlah orang yang senang untuk meminta itu dan ini lalu pasti dapat di tangan. Kami perlu berusaha untuk mendapatkannya. Hatta sehinggalah kepada permainan.

Aku teringat semasa kecil abangku dengan duit yang dikumpulnya, dia telah membeli coklat TAM TAM sebungkus besar, dan di situ terdapat satu 'list sticker' yang perlu diisikan sehingga penuh dan apabila ada cop maka boleh menebus permainan di kilang yang mengeluarkan coklat tersebut. Masa itu barang permainan berjenama MASK - RHINO, SKYHAWK, kami berjaya mendapatkannya. (Permainan tersebut dah rosak di telan masa).

Ibu dan bapa kami bukanlah senang untuk mengadakan apa sahaja permintaan anak-anaknya, mungkin di situlah hikmahnya kami kreatif mencipta permainan sendiri dengan akal yang diberi ALlah.

Polis Sentri, Main Sembunyi-sembunyi, Buluh panjang, Baling Selipar, Rhondes, Gasing, membuat layang-layang sendiri dan diterbangkan di padang dan pelbagai lagi adalah permainan masa lapang semasa bersama kawan-kawan. Adakalanya tin diisikan dengan air untuk main masak-masak dengan dinyalakan api di bawahnya. Adakalanya juga kami mencabut pokok ubi yang telah matang untuk diambil ubi di dalam tanah kemudian dibakar untuk disantap beramai-ramai.

Bila masa hujan, cepat-cepatlah kami membuat sampan dari kertas untuk dilayarkan di hadapan rumah sambil bertanding siapa yang paling laju. Adikku seorang yang rajin mereka permainan, digunting kotak ubat nyamuk menjadi empat segi dan dilipat untuk dibuat 'pemain bola' dan bola yang dibuat dari kapur (setelah dikikis hingga menjadi bulat)atau kertas tembaga dari rokok. Kemudian permainan bola dimulakan dengan dijentik ditengah-tengah 'pemain bola'.


Di sekolah ada permainan baru, ada kawan-kawan yang kreatif telah mengambil kulit duku yang tebal, kendian dibuat tembak-tembak dengan menggunakan batang pen yang kosong disentalkan dengan batang lidi. Berbintat-bintatlah kulit jika terkena tembakan. Ada juga yang lebih 'advance' mengambil 'biji buah gatal' untuk digeselkan ke kulit. Perghhhh!! gatal oooo siapa yang kena...

Pabila petang, jika ada musimnya kami akan membuat kapal terbang dari kertas, ada yang berbentuk roket, ada yang panjang, pendek, berputar-putar bila ditiup angin.

Lalu gegak gempita sebentar dengan hilaian tawa kami mengenangkan kisah dahulu. Dan secara spontan seorang rakan berkata "kanak-kanak sekarang tidak kreatif, tidak pandai bergaul pula dengan rakan-rakan sejiran. Hanya duduk di hadapan TV sambil bermain PS2 hanya menunggu games yang terbaru dari rekaan orang lain".

Lalu aku ingin bertanya, dimanakah peranan kita sekarang untuk menjadikan anak-anak menjadi kreatif?

Khamis, 25 Oktober 2007

Kita Dipandang kerana duit, Kita dihina kerana duit.


Benar bukan, apabila kocek penuh ada manusia menghampiri kita?. Kegembiraan dikongsi bersama. Malah apa sahaja yang kita percakapkan pasti akan dianggukkan jarang sekali ada salahnya. Diri kita bagaikan lauk yang dihurung oleh orang kiri dan kanan.

Duit, wang, money (apa sahaja yang dipanggil nilaian wang) di zaman mutakhir ini menjadi satu keperluan yang amat dirisaukan di dalam diri kita. Hari ini barang itu naik harganya, tepung, gula, minyak. Lalu masing-masing akan memikirkan bagaimana cara untuk mendapatkan duit.

Bermacam caralah yang akan dibuat untuk memperolehi wang samada dengan cara yang halal atau haram. Ada yang menggunakan kaedah MLM,ada yang mengikuti pertandingan sms, ada juga yang mengadakan cara yang kononnya islamik dengan mengadakan konsep bersedekah (padahal ia sama sahaja dengan sikap malas berusaha). Lalu digunakan segala macam dalil dan hujjah untuk menghalalkan perbuatan tersebut.

Dijaja ustaz dan ustazah itu sudah menceburi kaedah ini, jangan sangsi! Perniagaan ini halal!. Rupa-rupanya yang menentukan halal dan haram adalah dengan keberadaan ustaz dan ustazah di dalam sesuatu perniagaan. Yang menentukan halal dan haram adalah dengan meletakkan ayat - tolong menolong antara sesama Islam, tentang kelebihan bersedekah.

Lihat sahaja di masjid dan surau yang diletakkan risalah-risalah seperti ini. Modalnya adalah beberapa ringgit. Diletakkan pelbagai testimoni orang ini sudah mendapatkan duit dalam sehari tanpa perlu bekerja, terima kasih! Orang itu sudah dapat menyelesaikan hutangnya, dan kini sudah ada kenderaan baru dan mewah, alhamduliLlah! - Orang yang tidak berfikir panjang akan mengatakan "kenapa tak boleh?, kita mesti cuba. Alahhh.. berapa ringgit sangatlah hendak dilabur, tak rugi!". Akhirnya dalam tidak rugi katanya itu, yang mendapatkan duit atas angin tanpa usaha siapa? Akhirnya yang ditipu bulat-bulat siapa? Siapa panel syari'ahnya?

Aku memikirkan - perkara duit bukanlah perkara kecil anak, ia digunakan untuk membeli barangan, untuk membeli makanan. Dari situ secara tidak langsung ada hubungannya dengan manusia dan ALlah. Aku teringat hadith yang mafhumnya 'daging yang tumbuh dari sumber yang haram layak untuk api neraka'. Biarlah aku berusaha bersungguh-sungguh dengan caraku. Tiada daya melainkan untuk mendapatkan rezeki yang halal itu memang payah, untuk mendapatkan yang barokah itu susah. Biar tidak senang agar tidak pula banyak yang hendak dijawab di hadapan ALlah.

Lihatlah orang yang kaya di Malaysia ini seperti Syed Mokthar Bukhary dan Mohammad Ali Hassan (Al Ikhsan Sport) - adakah dengan tiba-tiba mereka menjadi kaya tanpa usaha berpenat lelah?

Wahai sahabatku : Dari Abu AbduLLah al Nu'man bin Basyir r.anhuma katanya : Aku dengar RasuluLLah s.a.w bersabda : Sesungguhnya yang halal itu nyata (terang) dan yang haram itu pun nyata (terang) dan di antara keduanya ada perkara-perkara yang kesamaran, yang tidak diketahuinya oleh kebanyakan manusia. Maka barangsiapa memelihara (dirinya dari) segala kesamaran, sesungguhnya ia memelihara agamanya dan kehormatannya. Dan barangsiapa jatuh ke dalam perkara kesamaran JATUHLAH IA KE DALAM YANG HARAM seperti seorang pengembala yang mengembala di sekeliling kawasan larangan, hampir sangat (ternaknya) di dalamnya.
Ketahuilah! Bahawa bagi tiap-tiap raja ada kawasan larangan, Ketahuilah! Bahawa larangan ALlah ialah segala yang haramnya. Ketahuilah! Bahawa di dalam badan ada seketul daging, apabila ia baik, baiklah badan seluruhnya dan apabila ia rosak, rosaklah sekaliannya.

Ketahuilah! Itulah yang dikatakan hati. - Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim
- Rujukan matan al arba'in li Imam Muhyiddin Abu Zakariyya Yahya bin Sharif al Nawawi (Imam An Nawawi)

Selasa, 23 Oktober 2007

Aku dan Diri II

Aku dan Diri II

Bila terpandang pada diri,

Rerambut di kepala yang gugur sehelai demi sehelai,

Kuku jejari yang kian memanjang,

Badan yang acapkali didera dengan kesakitan dan dilawati oleh penyakit yang tidak disuruh mendatang.

Terpandang pada masa, terasa kian singkat ia berlalu deras,

Tak terkejar untuk mengejar, sebab masa tiada masa untuk membuang masa

Terpandang pada akal..

Sejak akhir-akhir ini, sukar benar untuk mengingat,

Payah benar untuk berfikir dengan jalan waras,

Terkadang terlontar sebentar ke daerah kesesatan,

Terkadang diheret-heret untuk menari galak gembira sakan dibawa kelalaian.

Terpandang pada akhlak,

Wahai…. dirimu kian hari menjadi buruk dan hodoh,

Engkau ingin berada di kelompok ramai dan membiarkan mereka mencemarkan dirimu sambil engkau merelakan,

Terpandang pada ujian,

Setiap masa dan ketika beratur bergilir-gilir menghenyak hati sanubari,

Terasa tidak tertanggung, tidak terluah untuk menyampaikan,

Selalu benarlah ia mengetuk pintu kesabaran.

Lalu aku tertanya, sampai bila keadaan ini perlu berterusan,

Tiadakah sempadan mengelak ia dari terus berpanjangan….

Ambil pengajaran dari dia.

Pakcik yang kujumpa semalam, harini aku bertemu kembali. Dia menjual top up di belakang jubli intan, katanya dia tidak mahu menyusahkan orang lain. Hidup berdikari lebih baik dari meminta-minta .

Ceritanya lagi, ada juga manusia yang mengambil kesempatan di atas kekurangan dirinya ada yang mengadu kesusahan padanya. Padahal yang meminta tuh sempurna anggota badan, digunakan modal lidah untuk minta simpati. Dan satu cerita lain, ada seorang pemuda mengharapkan belas, katanya "ibunya baru meninggal dunia'. Lalu pakcik ini dengan kasih sayangnya memberikan duit sekadarnya. Dan boleh pulak datang sekali lagi pemuda yang sama (dia ingat pakcik tersebut tidak lupa suaranya) dan cakap lagi sambil menagih simpati dengan alasan yang sama "ibnunya baru meninggal'. Pakcik tersebut seraya memberitahuku "berapa kali ibunya meninggal dunia agaknya'.

Benar juga katanya, orang yang menipu akan lupa yang dia pernah menipu, dan akan menipu lagi. Dan pada fikirannya semua orang mudah ditipu.

Dia tak nampak, Tapi Kita lagi Buat-buat tak nampak..

Turun dari bas Causeway Link Nombor 77 di Pejabat Pos Besar depan Pantai Lido.. Ada seorang insan istimewa yang buta matanya, entah kenapa dia memegang haler sambil bercakap dan orang-orang di sekeliling buat tak tahu.

Aku menjadi penunggu sebentar (bas berlalu macam kura-kura atau kekurangan bas - tidak dapat dikenal pasti). Aku lihat insan itu masih tercegat menunggu ditepi penjuru menunggu sesuatu.

Gamaknya - dia sedang menunggu bas (dalam fikiran tengah terdetik), lalu aku bertanya kepadanya "Pakcik nak ke mana nih", dia jawab "nak ke stulang laut, kalau tak pun ke tiram".

Loh, baru aku sedar rupa-rupanya pakcik nih juga penunggu sementara seperti aku, tapi kasihannya orang di sekeliling macam tak nampak insan ni perlukan bantuan. AlhamduliLLah, lepas 10 minit ada bas nak ke Tiram, dan teruslah tanganku memegang tangan beliau untuk menaiki bas.

Banyak kemungkinan (jika sangka baik) pada orang yang buat-buat tak nampak tu. Pada sangkaan burukku, dah kalau lama insan itu tercegat, kenapa mulut berat untuk bertanya, tahulah untuk memberi bantuan. Kita hidup nih pun belum tentu dapat melihat selamanya...

Memahami Keutamaan IV

Dari Dr Yusof Al Qardhawi : - Sehinggakan kepada kaum minoriti dan para pendatang yang tinggal di sebelah negara Barat (Amerika, Kanada dan Eropah) ada di antara mereka yang sebahagian besar perhatiannya hanya tertumpu kepada masalah jam tangan di mana dia harus dikenakan, apakah di tangan kiri atau di tangan kanan?

Mengenakan pakaian putih sebagai anti daripada baju dan seluar, apakah ini wajib ataukah sunah hukumnya? Makan di atas meja sambil duduk di atas kerusi, dengan menggunakan sudu dan garpu adakah hal-hal seperti ini termasuk menyerupai tingkah laku orang-orang kafir ataupun bukan?

Dan masalah-masalah lainnya yang terlalu menghabiskan masa, serta lebih cenderung memecahbelahkan kesatuan umat Islam, menciptakan kebencian dan jurang permisahan di antara mereka, serta menghabiskan tenaga dengan sia-sia, kerana tenaga itu dihabiskan untuk sesuatu yang tanpa tujuan, dan perjuangan tanpa musuh.

Saya melihat beberapa orang pemuda yang bersungguh-sungguh melakukan ibadah, tetapi mereka memperlakukan bapa. ibu dan saudara-saudara mereka dengan secara yang keras dan kasar. Dengan alasan bahawa mereka semua adalah mereka yang telah melakukan kemaksiatan atau menyimpang daripada ajaran agama. Para pemuda itu telah lupa bahawasanya Allah s.w.t mewasiatkan kepada kita untuk berlaku baik terhadap kedua-dua ibu bapa kita walaupun kedua-dua mereka itu musryrik dan berusaha untuk membuat kita menjadi musyrik, serta membuat pelbagai fitnah terhadap agama Islam.

Ahad, 21 Oktober 2007

Belajarlah...jangan malas...V

kepada sahabat yang bekerja, sepatutnya bukan alasan kesibukan menyebabkan kita tiada ruang untuk menuntut ilmu. Lihatlah bagaimana orang yang bukan Islam, menjinjing buku sambil membaca ketika santai.

Hidup kita bukan di antara tempat kerja dan rumah hingga tidak ketahuan apa yang terjadi kepada alam sekeliling. Cubalah peruntukkan sedikit kewangan untuk membeli buku, majalah yang bermanfaat untuk akal.

Kewajipan menuntut ilmu itu bukan untuk pelajar sahaja..

Belajarlah sahabat, ramai antara kita hanya mengharapkan maklumat dari orang lain tanpa berusaha mencarinya.

Belajarlah memahami Al Quran setelah banyak kali mengkhatamkannya. Lihatlah orang-orang yang hanya pandai bertaranum semata-mata, atau tertarik dengan orang yang hafiz tetapi diri sendiri tidak mahu memperbaiki penghayatan kepada Al Quran.

Lihatlah, ada orang yang membaca al Quran tetapi auratnya tidak ditutup dengan sempurna. Bahkan ada yang tidak tahu langsung apa ertinya al fatihah yang dibaca sedangkan umurnya sudah meningkat tua pula.

Ketahuilah sahabat, keutamaan menuntut ilmu itu yang menjadikan tamadun Islam itu gemilang.

Memahami Keutamaan III

Lihatlah bagaimana para ulamak beradab di dalam mengeluarkan hukum :

Sumber ambilan : al Halal wal Haram li Yusof al Qardhawi

Para ahli fiqih sedikitpun tidak berwenang menetapkan hukum syara' ini boleh dan ini tidak boleh. Mereka, dalam kedudukannya sebagai imam ataupun mujtahid, pada menghindar dari fatwa, satu sama lain berusaha untuk tidak jatuh kepada kesalahan dalam menentukan halal dan haram (mengharamkan yang halal dan menghalalkan yang haram).

Imam Syafi'i dalam al-Um5 meriwayatkan, bahwa Qadhi Abu Yusuf, murid Abu Hanifah pernah mengatakan: "Saya jumpai guru-guru kami dari para ahli ilmu, bahwa mereka itu tidak suka berfatwa, sehingga mengatakan: ini halal dan ini haram, kecuali menurut apa yang terdapat dalam al-Quran dengan tegas tanpa memerlukan tafsiran.

Kata Imam Syafi'i selanjutnya, Ibnu Saib menceriterakan kepadaku dari ar-Rabi' bin Khaitsam --dia termasuk salah seorang tabi'in yang besar-- dia pernah berkata sebagai berikut: "Hati-hatilah kamu terhadap seorang laki-laki yang berkata: Sesungguhnya Allah telah menghalalkan ini atau meridhainya, kemudian Allah berkata kepadanya. Aku tidak menghalalkan ini dan tidak meridhainya. Atau dia juga berkata: Sesungguhnya Allah mengharamkan ini kemudian Allah akan berkata: "Dusta engkau. Aku samasekali tidak pernah mengharamkan dan tidak melarang dia."

Imam Syafi'i juga pernah berkata: Sebagian kawan-kawanku pernah menceriterakan dari Ibrahim an-Nakha'i --salah seorang ahli fiqih golongan tabi'in dari Kufah-- dia pernah menceriterakan tentang kawan-kawannya, bahwa mereka itu apabila berfatwa tentang sesuatu atau melarang sesuatu, mereka berkata: Ini makruh, dan ini tidak apa-apa. Adapun yang kalau kita katakan: Ini adalah halal dan ini haram, betapakah besarnya persoalan ini!

Demikianlah apa yang diriwayatkan oleh Abu Yusuf dari salafus saleh yang kemudian diambil juga oleh Imam Syafi'i dan diakuinya juga. Hal ini sama juga dengan apa yang diriwayatkan oleh Ibnu Muflih dari Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah: "Bahwa ulama-ulama salaf dulu tidak mahu mengatakan haram, kecuali setelah diketahuinya dengan pasti."6

Kami dapati juga imam Ahmad, misalnya, kalau beliau ditanya tentang sesuatu persoalan, maka ia menjawab. Aku tidak menyukainya, atau hal itu tidak menyenangkan aku, atau saya tidak senang atau saya tidak menganggap dia itu baik.

Cara seperti ini dilakukan juga oleh imam-imam yang lain seperti Imam Malik, Abu Hanifah dan lain-lain.7

Sumber ambilan : http://media.isnet.org/islam/Qardhawi/Halal/102.html

Memahami Keutamaan.II

Daripada pendapat Dr Yusof al Qardhawi :

Saya juga menyaksikan golongan kaum Muslimin yang lainnya yang setiap hari bertengkar untuk mempertahankan diri dalam masalah-masalah hanya'iyyah atau masalah-maslaah khilafiyyah; dan di sudut lain mereka melalaikan perjuangan Islam yang lebih besar dalam melawan musuh-musuhnya yang sangat dengki, benci, tamak, takut kepadanya dan sentiasa mengintainya.

pendapat saya :

Lihatlah apa yang berlaku di negara kita, terdapat golongan, yang sentiasa menyalahkan umat Islam yang mengikuti amalan warisan daripada mazhab syafi'e dan ulamak muktabar. Seboleh-bolehnya disuruh mencari dalil - sedangkan tugas mencari dalil itu jika diserahkan secara langsung kepada bukan yang pakar hanya mendatangkan kepada kerosakan dari kebaikan.

Apatah lagi sekiranya tidak mempunyai asas-asas ilmu yang mantap di dalam mengistinbatkan hukum.

Masalah yang berlaku pula - apabila golongan ini memberikan hujah ini -

"Mereka itu telah menjadikan para pastor dan pendetanya sebagai tuhan selain Allah; dan begitu juga Isa bin Maryam (telah dituhankan), padahal mereka tidak diperintah melainkan supaya hanya berbakti kepada Allah Tuhan yang Esa, tiada Tuhan melainkan Dia, maha suci Allah dari apa-apa yang mereka sekutukan." (at-Taubah: 31)

dan hadith ini.

Adi bin Hatim pada suatu ketika pernah datang ke tempat Rasulullah --pada waktu itu dia lebih dekat pada Nasrani sebelum ia masuk Islam-- setelah dia mendengar ayat tersebut, kemudian ia berkata: Ya Rasulullah Sesungguhnya mereka itu tidak menyembah para pastor dan pendeta itu.

Maka jawab Nabi s.a.w.:

"Betul! Tetapi mereka (para pastor dan pendeta) itu telah menetapkan haram terhadap sesuatu yang halal, dan menghalalkan sesuatu yang haram, kemudian mereka mengikutinya. Yang demikian itulah penyembahannya kepada mereka." (Riwayat Tarmizi)

"Memang mereka (ahli kitab) itu tidak menyernbah pendeta dan pastor, tetapi apabila pendeta dan pastor itu menghalalkan sesuatu, mereka pun ikut menghalalkan juga; dan apabila pendeta dan pastor itu mengharamkan sesuatu, mereka pun ikut mengharamkan juga."

Maka pada pendapat saya - cuba datangkan kepada saya, siapakah ulamak yang mereka perselisihkan ini adalah membawa kepercayaan kristian?

Sedangkan jelas bahawa ulamak yang mempunyai pendapat yang tidak sama dengan golongan ini mereka juga mengambil daripada al Quran dan hadith, serta ijmak ulamak. Maka itulah yang terjadi kepada umat Islam di Malaysia. Bila terdapat golongan yang tidak mencapai taraf mujtahid kemudiannya berani untuk menghukumkan ulamak ini silap, ulamak itu sesat. Na'uzubiLlahi min zalik.

Memahami Keutamaan.

Terjemahan : Tidaklah sama antara Mukmin yang duduk (yang tidak turut berperang) yang tidak mempunyai uzur dengan orang yang berjihad di jalan Allah dengan harta mereka dan jiwanya. ALlah melebihkan orang -orang yang berjihad dengan harta dan jiwanya melebihi orang-orang yang duduk, satu darjat. Kepada masing-masing mereka Allah menjanjikan pahala yang baik (syurga) dan ALlah melebihkan orang-orang yang berjihad atas orang yang duduk dengan pahala yang besar. (Iaitu) beberapa darjat daripadaNya, keampunan serta rahmat. Dan adalah ALlah s.w.t Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (Surah An Nisa' 4 : 95-96)

Ada umat Islam yang melebih2kan pergi haji ke Mekah, sehinggakan setiap tahu pergi ke Mekah tanpa keperluan. Sedangkan yang wajib hanya sekali seumur hidup (untuk yang berkemampuan). Sedangkan sepatutnya dapat digunakan untuk membangunkan ekonomi Umat Islam, dalam membantu perjalanan dakwah. Membantu para pelajar yang memerlukan bantuan pengajian. Lihatlah berapa ramai pelajar yang miskin tetapi tidak dapat melanjutkan pelajarannya, ada juga yang terpaksa meminjam.

Begitu juga dalam membangunkan kerja dakwah yang selama ini dipandang sepi - lihat sahaja peningkatan masalah sosial setiap tahun, jumlah yang murtad.


Ada umat Islam yang melakukan pembaziran setiap duitnya dengan menggunakan sms bagi mengundi artis tertentu berbanding menggunakan duitnya bagi tujuan bersedekah, membeli buku pelajaran dan yang bermanfaat.

ilmu adalah cahaya yang menjelaskan yang mana satu perlu diikuti, perbuatan yang baik dan mana yang perlu ditolak, perbuatan yang benar dan mana perbuatan yang salah.

Gunakanlah wang yang berlebihan di jalan yang sepatutnya demi pembangunan insan, untuk menerbitkan dan penterjemahan buku. Kedapatan hari ini kebanyakan kitab yang ada diterjemahkan kebanyakannya hanya dari ulamak saudi. Di manakah penterjemahan yang dilakukan dari pendapat ulamak -ulamak syria, jordan, maghribi dan sebagainya? Tiadakah usaha untuk mempelbagaikan lagi ilmu dari dunia Islam?

Imam al Ghazali tidak setuju dengan orang-orang yang hidup sezaman dengannya, di mana mereka hanya belajar fiqh dan perkara-perkara yang sejenis dengannya sahaja, padahal pada masa yang sama di negeri mereka tidak ada seorang doktor Yahudi atau Nasrani.

Begitulah yang kedapatan sekarang ini, apabila mereka yang sepatutnya mempunyai kepakaran di dalam bidang kritikal, menyibukkan diri dalam bidang feqah yang sepatutnya diserahkan kepada mereka yang pakar. Bukan bermakna tidak penting perkara hukum hakam. Tetapi sekiranya sehingga mengabaikan profesion yang sebenar. Maka siapakah yang akan mengisi kedudukan tersebut? Seringkali kita lupa mengenai tuntutan fardhu kifayah yang sekiranya diabaikan umat Islam akan menderita apabila tiada seorang pun yang ahli di dalam bidang tersebut.

Siapakah yang menguasai bidang ekonomi ketika ini? Yang berjaya mencipta fesyen membuka aurat yang dipakai oleh wanita Muslimah? Menguasai bidang telekomunikasi? Darihal pembuatan? Industri Halal dan Haram?

Antara Ustaz Dan Cikgu

Ada orang bila tahu seseorang tu mengajar di sekolah agama, paling kurang mengajar subjek agama, paling sikit pun belajar sekolah agama, pakai kopiah, suka bicara agama - mesti digelar ustaz.

Bukan apa - gelaran ustaz, ustazah memang le untuk gantinama guru atau cikgu. Tetapi budaya orang Melayu, gelaran ini amat tinggi nilainya. Maklumlah sebagai manusia biasa - aku pun tak lepas dari mendapat gelaran nih. Manusia pantang silap sikit, yang buruk itulah ditampalkan sampai bila-bila kat dahi, walaupun ada kebaikan. Oleh yang demikian bak kata Saidina Ali yang bererti - Aku lebih tahu keadaan diriku.

Oleh itu, kepada sahabat atau anak murid, atau sapa sahaja yang melawat blog nih, boleh la panggil diriku dengan gantinama bro, tak pun abang, tak pung cikgu, tak pun panggil nama je.

Segala kerjasama dari pihak tuan amatlah diharapkan. Toche2!

Di dalam satu liang lahad

Semalam.... abangku memberi satu mesej sedih tentang pemergian abang ipar kepada akak ipar ku yang telah terlibat dalam kemalangan jalanraya. Kendian dia menelefonku samada mahu pergi ke hospital Kulai atau tidak untuk menziarahi kak Andak (panggilan kepada kakak kandung kepada Kakak iparku). Katanya koma, pendarahan di kepala yang agak parah akibat dari kemalangan tersebut.

Lalu setelah meminta tolong dari ustazah sebelah bilik darjah untuk memberitahu guru besar (masa tu dia tiada dalam pejabatnya)- aku mengatakan ada saudaraku meninggal dunia, dan aku perlu meziarahinya.

Kami bergegas ke Hospital Kulai. Telah ada beberapa sahabat handai dan saudaranya sedang menunggu dan kakak iparku sedang menyeka air matanya sambil berpelukan dengan ibuku.

Katanya - kak Andak berada di dalam wad kecemasan... antara 50/50.. Dan kemudiannya aku,adik, abangku serta abang long (abang kandung kakak iparku), kami bergegas ke Hospital Kota Tinggi untuk menuntut jenazah suami kak Andak tersebut. Sementara anak Kak Andak yang seorang (dia mengikut kedua ibu dan ayahnya sekali) dihantar ke HSAJB untuk dibedah kerana pehanya telah patah pula akibat kemalangan tersebut (baru sebulan yang lepas ia terlibat dalam kemalangan, kakinya patah).

Tiba di Kota Tinggi, kami perlu membuat laporan polis, sambil aku pergi ke belakang balai melihat kenderaan mereka yang terlibat dengan perlanggaran dengan lori dari Felda Keledang Kota Tinggi.

Sementara menunggu maghrib... kira-kira 6.50 petang, abangku menerima panggilan telefon dengan esak tangis kakak iparku... Kak Andak sudah pergi dijemput ILlahi. Dada menjadi sebak, mungkin fikiran terfikir dugaan bertalu-talu - bahawa menunggu satu keputusan mengenai sesuatu yang akan terjadi, akhirnya terjadi juga dengan qada' dan qadarNya.

Mungkin agaknya ALlah memberikan lelaki agar tidak mudah menangis (atau sekurang-kurangnya dapat menahan tangisannya) demi untuk menjadi penguat kepada mereka yang dalam keadaan lemah, untuk memberi kalimah SABARLAH DENGAN UJIAN...

Sambil merenung bubur lambuk dan makan perlahan-lahan (walaupun perut terasa lapar) ketika berbuka puasa, akal masih menerawang memikir nasib anak-anak mereka yang berempat sekelip mata menerima perkataan YATIM dan PIATU..

Kami sempat menyembahyangkan Allahyarham di bilik mayat dan jenazahnya dijemput pulang dan tiba di Felda Sayong kira-kira jam 11.30 malam.

Mereka - suami isteri dikuburkan di dalam satu liang lahad pada jam 9.00-10.00 pagi hari ini.

Aku memikirkan.. .. Di Bulan Ramadhan ini... dalam kegembiraan menunggu hari bahagia, ada
sahaja yang sedang menderita. Dengan siapa yang ditinggalkan itu akan bersalaman, tentu ada ruang yang kosong di sudut-sudut tertentu meninggalkan kenangan.

Bahawa - ALLah itu Maha Berkuasa untuk mengambil siapa sahaja tanpa meminta izin kepada kita... dan kita harus bersedia...

p/s : Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas ruh Kak Andak dan Abang Din, serta mereka yang telah meninggal dunia. AL Fatihah..

Kenapa engkau menangis?

Menangis terkadang menunjukkan hati itu masih lembut, ada perasaan
kasih sayang.

Menangis yang bernilai bila takutkan Allah, menyesal atas perbuatan dosa.
Menangis juga bila mengingatkan kebesaran ALLah
Menangis juga bila mengingat akan kematian
Menangis bila - liku2 jalan perjuangan seolah2 sempit, banyak cabaran
nak dihadap. Tetapi jiwa besar untuk menghadapi dan meneruskan perjalanan.

Menangis kemanusiaan - bila melihat kesusahan, orang yang dihantar ke
perkuburan.

Menangis tak semestinya kelemahan - tetapi ia boleh jadi kekuatan.

Aku telah beritahu mereka tentang pemimpin…

Aku katakan kepada mereka, apabila menjadi pemimpin bila sudah besar nanti, jadilah seorang pemimpin Islam yang berjiwa besar.Takut kepada ALLah.. Jadilah seperti Umar bin Abdul Aziz, lihat pada zuhudnya bila keluar sahaja setelah dilantik menjadi khalifah. Bukan ia ketawa kegirangan, bukan disambut sorak sorai. Beliau keluar dari singgahsana pemerintah tanpa diiringi oleh pengawal dan dayang-dayang, tidak juga dengan pakaian kemegahan, atau kereta kuda untuk dibawanya pulang ke rumah.

Beliau menangis, ya… seorang amir al mukminin telah menangis kerana dipilih oleh pemerintah. Di hadapan isteri, air mata lelakinya mengalir deras. “Mengapa engkau menangis seperti ini?” lalu dijawab empunya diri “Oh! Malangnya wahai Fatimah, aku diberi tugas mengurus umat seperti ini. Yang mengganggu fikiranku adalah nasib si miskin yang kelaparan, orang yang merintih kesakitan, orang yang terasing dinegeri ini, tawanan, orang tua yang tidak berdaya, janda yang sendirian, orang-orang yang mempunyai tanggungan keluarga yang besar denan pendapatan yang kecil dan orang yang senasib dengan mereka di seluruh pelusuk negeri ini, baik di timur mahupun di barat, di utara ataupun di selatan!

Aku tahu…. Allah S.W.T akan meminta pertanggungjawaban kepadaku pada hari kiamat kelak.. sedangkan pembela-pembela mereka yang menjadi lawanku nanti adalah rasuluLLah S.A.W

Aku betul-betul takut tidak dapat mengemukakan jawaban di hadapanNya. Itulah sebabnya maka aku menangis!..Jelas Umar bin Abdul Aziz.

Aku telah memberitahu mereka, apabila menjadi pemimpin, di kiri kanan kamu sudah ada orang yang menunggu untuk menarik –narik di hari kiamat. Jika mereka dijatuhkan vonis ke dalam neraka sedangkan kamu sebelah kaki sudah berada di dalam syurga. Maka mereka akan memberitahu kepada Allah : “wahai Allah, mengapa kami dimasukkan ke dalam neraka dan orang ini dibiarkan masuk ke syurga. Dialah dahulu sebagai pemimpin bila melihat kejahatan kami tidak pernah menegur, kejahatan kami disimpannya”. Maka mungkin aku dan kamu akan bersama-sama mereka dicampak ke dalam api neraka yang amat pedih azabnya.

Aku beritahu lagi kepada mereka, jika kamu jadi pemimpin, jadilah pemimpin Islam yang tidak memandang harta. Kerana di dalam jiwa kamu sepatutnya bukan mementingkan perkara itu, jangan dibuka harta baitul mal sesuka hatimu. Jangan digunakan harta rakyat buat untuk kepuasan dan kesenangan diri. Bukankah kamu melihat pemimpin di zaman ini bagaimana mereka telah menyalahgunakan duit orang-orang yang fakir, janda-janda yang kehilangan suami, pelajar yang dahagakan ilmu memerlukan bantuan, orang-orang yang tidak berpakaian untuk membina mahligainya sendiri. Keretanya besar, lalu dibuat perkara yang dirancangnya yang hanya mengorbankan sekian besar harta milik rakyat tanpa berfikir terlebih dahulu.

Pada suatu hari, ada seorang ahli keluarga terdekat Umar bin Abdul Aziz dating mengunjunginya. Ditemuinya Umar bin Abdul Aziz di sudut rumahnya sedang berjemur di panas matahari, sedangkan seluruh tubuhnya diselimuti kain. Orang itu menyangkan bahawa amirul Mukminin sedang sakit. Oleh sebab itu ia bertanya :

“Kenapa engkau wahai Amirul Mukmini?” Oh tidak apa-apa, aku uma menunggu pakaianku yang sedang dijemur”, jawabnya tenang. “Pakaian engkau yang mana”. Kemeja, baju luar dan sarung” jawabnya lagi.

Mengapa tidak engkau ganti dengan pakaian yang lain? Lalu beliau menjawab “dulu, aku punya satu lagi, tapi kini sudah robek”. Ditanya lagi “mengapa tidak menggantikannya dengan yang lain pula”.

Sekali ini dijawab oleh beliau dengan menjawab dengan diselang selangi dengan tangisan sambil mengulang-ulang perkataan Allah…

Ertinya : Negeri akhirat (yang telah diterangkan nikmat-nikmatnya) itu, Kami berikan bagi orang-orang yang tidak bertujuan hendak mendapat pengaruh atau kelebihan di muka bumi, dan tidak ingat henda melakukan kerosakan, dan kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertaqwa.(surah al Qasas : 83)

Ya Allah… aku telah sampaikan kepada mereka…

Lelaki Vs Perempuan/Wanita

Perempuan lebih ramai dari lelaki di universiti
Perempuan lebih mudah sedar dan mempunyai motivasi diri ketika menghadiri kursus motivasi berbanding lelaki
Wanita suka bersaing untuk mendapat tempat yang terbaik, samada di dalam pelajaran, ekonomi.
Wanita kini sudah menududuki tempat yang lebih baik dari dahulu.
Wanita lebih cekal dan tabah untuk meneruskan kehidupan.
Perempuan semakin panjang akalnya berbanding lelaki kini.
Wanita lebih suka bertanya (untuk menambahkan pengetahuan)
Wanita semakin suka menunjukkan auratnya.
Wanita suka mengumpat dan menjatuhkan rakan-rakan perempuan yang lain.
Wanita mudah dipujuk rayu oleh lelaki (kebanyakan)
Wanita telah menunjukkan peningkatan untuk merokok sedari persekolahan.
Wanita terlalu strict dengan peraturan
Wanita cepat sekali terasa, dan amat payah untuk melupakan kesilapan orang lain walaupun kecil.

p/s : sekali ini banyak kelebihan yang ada pada wanita, tetapi biarlah wanita yang mempunyai kelebihan itu berkualiti luaran dan dalamannya - untuk menjadi wanita sejati.

Lelaki lebih ramai menutup aurat dan amat malu untuk menunjukkan auratnya berbanding wanita
Lelaki mempunyai minda 'asal boleh, 'asal siap', 'esok masih ada'
Lelaki mempunyai perasaan 'ego' yang tinggi apabila melibatkan perasaan - cth yang biasanya dilihat - ketika muhasabah diri, jarang lelaki menangis kerana di dalam mindanya - orang lelaki tidak mudah menangis dan akhirnya melupakan intipati utama iaitu untuk menyedarkan diri dan menggali potensi positif yang ada dalam diri lelaki.
Lelaki suka bermain-main dan tidak serius dalam belajar.
Pada pemikiran lelaki biasanya wanita terlebih dahulu didahulukan - mind setting - 'ladies first'.
Lelaki suka tolak menolak untuk menjadi imam
Lelaki apabila disuruh azan dan iqomah pun masih lagi bertolak-tolakan.
Lelaki kebanyakannya mudah diajak berunding/berbincang.
Lelaki tidak mudah terpengaruh dengan perasaan. Biasanya masalah yang ada tidak akan diperbesarkan.

p/s : takpelah sekali ini biarku dedahkan kelemahan lelaki yang banyak ini, moga yang bernama lelaki ini kian sedar. Jika dirimu kian pupus di medan ilmu - beritahu pada diri sendiri dan adik2 serta remaja lain, mereka perlu cepat sedar sebelum terlambat.

*Mungkin selepas ini, aku perlu beritahu yang kedua-duanya perlu bersatu-padu antara satu sama lain (dengan tidak membelakangkan peraturan Allah).

Anak_Pejuang
26 Sya'ban 1428 Hijrah

Kisah Kertas, Kebaikan dan Keburukan.

Seorang fasilitator mempamerkan sekeping kertas di hadapan anak buahnya sambil bertanyakan "apa yang kamu lihat pada kertas yang saya tunjukkan sekarang?" Ada yang menjawab "warna putih, dan kebanyakan di antara mereka menjawab demikian juga. Fasilitator itu mencoretkan satu titik hitam di tengah-tengah lalu bertanya "sekarang apa yang kamu lihat?" Dan mereka membalas "ada titik warna hitam di tengah-tengah kertas tersebut".

Realiti kehidupan

Berapa ramai di antara kita yang hanya memandang warna hitam itu adalah lebih besar daripada warna putih yang lebih banyak? Seringkali kekurangan, kelemahan, kesilapan, kejahatan yang sedikit telah memadamkan kebaikan serta kelebihan yang banyak. Semakin ramai yang terkorban akibat persepsi yang memandang setiap manusia itu perlu menjadi insan yang maksum.

Dahulu

Dia adalah tempat bergantung harap, dipinta pertolongan, diluahkan apa yang terbuku dihati, segala kerunsingan, kegelisahan, tempat kembali ketika kesusahan. Kerana dia adalah seorang yang tidak berkira dalam memberi.

Kini

Aku melarikan diri darinya. Dirinya tidak sekuat dahulu lagi setelah kelihatan terdapat bibit-bibit kesilapan yang dilakukannya. Dia telah menyakiti hatiku. Entah… untuk apa lagi menanggung biawak hidup. Jika Aku masih bersamanya lagi tentu bising suara yang lain di alam ini… oleh itu, aku harus menjauhkan diri darinya sejauh yang mungkin..

Lalu dari belakang, aku mencabik-cabik perihal dirinya. Dia perlu dijatuhkan tanpa dapat bangun untuk disambut. Dan segala kebaikan dibuatnya bagiku itu adalah kejahatan.

Natijah

Dia dan Aku, adakah kita yang pernah mengalaminya atau akan menghadapinya?.

Kita… fahamilah tentang tribulasi sebuah kehidupan. Jika menjadi Dia, maka bersedialah untuk berkorban, ditikam belakang, menjadi bahan fitnah dan dipinggirkan. Orang yang berjiwa besar tidak mudah melatah, sebab kemuliaan itu hanya akan dicapai bila diri semakin bertambah dugaan dan cabaran. Lalu dihadam dengan lumat dengan sabar dan senang hati kerana kita masih di alam permusafiran untuk bertemu Tuhan..

Jika menjadi Aku, ingatlah duduk dan berdirimu tidak akan bertapak lama. Sampai bila diri akan menjadi parasit yang hanya tahu mengambil keuntungan, yang hanya tahu menerima tanpa memberi. Jika tidak pandai mengambil pengajaran, percayalah suatu hari nanti engkau akan menjadi seperti Dia.

Di dalam kehidupan…

Jadilah sahabat yang baik, teman yang bermakna, kawan yang tahu mengenang budi. Sebab perkiraan kita bukan hanya di sini, tetapi sehingga di alam sana. Mudah-mudahan di sini kita bertemu untuk berkumpul di akhirat sana…Aminn

IbnuNafis

19 Sya'ban 1428 Hijrah

Kita tidak ada banyak masa..

Waktu yang semakin mendekat...
Hari semakin berganti..
Setiap jam, minit, saat (cuba lihat sudah berapa saat dihabiskan untuk
membaca dan membuka blog ni)

Demi waktu Asar,
Demi waktu fajar,
Demi waktu Dhuha,
Demi Malam,

Ada masa lagi untuk mecari perbalahan dibanding dengan perdamaian?
Jika umur kita sudah dijamin akan hidup pada hari-hari seterusnya
(tentu kita lebih bersedia) - tiada jaminan.

Belajarlah...jangan malas...IV

Ilmu pengetahuanlah yang menyebabkan rasa takut kepada ALlah, danvmendorong manusia kepada amal perbuatan.

ALLah telah berfirman yang bererti :

Sesungguhnya yang takut kepada ALlah di antara hamba-hambaNya, hanyalah ulama' (Surah Fatir 35 :28)

Mutiara kata hikmah Abu Darda

Hendaklah engkau menjadi orang berilmu atau yang belajar atau mendengar ilmu dan janganlah engkau menjadi orang keempat iaitu yang tidak termasuk salah seorang dari kelompok di atas agar engkau tidak binasa.

Ke mana harta yang banyak itu akan dibawa, pangkat yang manusia pandang, segala jenis perbendaharaan di bumi ini jika dipunyai sekalipun. Tanpa ada ilmu, maka hilanglah segalanya itu sekelip mata.

Berapa ramai manusia yang tertipu kerana jahilnya diri, terkadang hanya sebutir gula disangka mutiara permata, duitnya dihabiskan untuk mendapatkannya. Bila tersedar ia menangis, menyesal. Kerana apa jika tidak melainkan TIADANYA ILMU.

Sabtu, 20 Oktober 2007

Belajarlah...jangan malas...III

wahai muslimah - jadikan ilmu itu sebagai pendinding diri, untuk menjadikan diri sebagai muslimah sejati. Sungguh di zaman ini untuk mencari muslimah yang beradab kesan dari ilmunya amat sedikit.

Wahai Muslimah - Beritahulah kepada kaum Adam bahawa anda amat memerlukan pemimpin yang berilmu yang boleh mendidik dan membimbing diri.

Belajarlah sirah, sila selusuri mengenai kisah para sahabat, tabi'ien. Berapa ramai antara kita yang tahu tentang perjalanan sirah mereka yang terdahulu untuk dijadikan panduan dan tauladan. Berbanding dengan sejarah moden?

Apabila ditanya apakah yang berlaku dahulu kepada umat Islam? Kita geleng kepala tergaru-garu. Bila ditanya siapakah tokoh Islam yang berjaya memartabatkan kemuliaan Islam? Kita termangu-mangu..

Akhirnya jadilah diri kita orang yang tidak mengenang sejarah. Dan berapa ramai yang melupakan tauladan yang dahulu, lalu diulangi kesilapan yang sama...

Yang saya lihat - bila masuk topik sejarah, kurang umat Islam nak perhatikan. Bila lihat pelajar - ramai pulak yang menguap. Entah siapa yang ingat lagi siapakah anak-anak rasuluLLah. Apakah peristiwa yang berlaku ketika kelahiran rasuluLLah..

Apakah kisahnya baitul maqdis itu sehinggakan nasara dan yahudi inginkan tempat tersebut? Mengapa kita juga menyatakan tempat tersebut suci?

Siapakah pula sahabat yang digelar asaduLLah, yang diberi gelaran al faruq, yang diberi gelaran karamaLLahu wajhah?

Kembalilah selusuri sejarah leluhurmu, sejarah Islam perhatikan molek-molek...

Belajarlah...jangan malas...II

kepada sahabat yang lelaki, jika anda tergolong di kalangan pelajar universiti, teruskan belajar. Jika yang masih bersekolah jangan berhenti belajar.

Masa sekarang ni, entah berapa ramai remaja yang keciciran di dalam bidang ilmu. Berilah nasihat kepada mereka bahawa untuk mencari lelaki yang berilmu amat payah, untuk mencari lelaki yang boleh melaungkan azan dan iqomah pun bertolak-tolakan. Untuk mencari imam di kalangan lelaki pun ramai yang mengundur ke belakang.

INi belum lagi ditanya mengenai perkara asas fardhu ain..

begitulah, ada manusia memandang ilmu akademik itu penting, hingga lupa kepada praktikalnya. Lalu yang ia belajar selama ini sekadar ilmu teori yang ada di kepalanya tanpa dapat diaplikasi.

Ada manusia yang mempelajari ilmu dari apa yang ia lihat di sekeliling, ia alami melalui pengalaman untuk membentuk dirinya sebagai manusia.

Ada pula yang suka kepada majalah hiburan, yang santai-santai sahaja sebagai bahan riadah kepada akalnya. Apa yang kita suka baca, maka itulah yang membentuk diri kita.

Persoalan yang selalu bermain di minda den - mengapa ramai lelaki sekarang menjadi malas untuk meningkatkan ilmu pengetahuan? Jika dilihat di universiti pelajar lelaki bersikap 'asal siap', 'asal lulus sudahlah', dan belajar sambil lewa dan kurang bersaing untuk mendapatkan kualiti yang terbaik. - itu keadaan di kebanyakan kampus.

Di peringkat remaja - ramai pelajar lelaki keciciran dalam pelajaran, terlibat di dalam kegiatan gejala sosial dan juvana, penagihan dadah, merempit.

Di dalam kuliah ilmu, seminar, motivasi - nampaknya pelajar wanita lebih suka bertanya dan mempunyai perasaan ingin tahu yang lebih dan tidak malu untuk bertanya. Mereka juga lebih cepat untuk berubah dan suka bersaing antara satu sama lain. Jika dilihat pada sesi muhasabah
diri - peserta lelaki paling susah untuk mengalirkan air mata dan lebih suka tidur! (kecuali jika sesi muhasabah diri itu dibuat dengan tegas)

Di dalam bilik darjah - perkara yang sama berlaku, pelajar lelaki lebih suka bermain di belakang kelas, berbual. Berbanding pelajar perempuan.

Belajarlah...jangan malas...

Firman ALlah yang bererti : .. Dan ALLah meninggikan orang-orang beriman di antara kamu dan orang yang diberikan ilmu beberapa darjat (surah al Mujaadalah ayat 11)

Tholabul Ilm Faridotun "ala kulli Muslim - Menuntut ilmu adalah wajib bagi setiap individu Muslim

Seseorang yang keluar untuk menuntut ilmu, maka dia dikira berada di atas jalan menegakkan agama ALlah sehingga ia pulang (riwayat at Tirmizi)

Banyakkan ilmu sahabat, entah kengkadang otak kita ini bebal nak memahami sesuatu kerana kita pun tidak faham - sebab pertamanya dia tak reti nak bercakap, loghat bahasa tak sama, ilmu yang dia kata tinggi levelnya.

Orang kiri kanan mentertawakan, sebab kita tak tahu apa yang kita percakapkan. Ada terkadang kita ingin juga berkata tentang sesuatu tetapi tidak ada maklumat yang cukup. Lalu atas 'kecelakaan' itu, kita telah menyonsang dalam percakapan.

Firmn Allah yang bererti : Katakanlah lagi (kepadanya) : Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?... (surah az Zumar ayat 9)

Zaman ini, orang yang tiada ilmu maka dia ketinggalan, dirinya di dalam keadaan yang amat berbahaya sekali. Kesandung sedikit akan mendasar jauh kelemasan dalam kejahilan. Maklum zaman ini banyak putar belitnya - bukan kerana zaman, tapi orang yang melalui zaman.

Banyakkan ilmu sahabat, jika kamu orang Islam yang beriman - tauhid itu kena kenal, hayati, hadamkan, feqah itu perlu faham, akhlak dijadikan pakaian. Semuanya ini terangkum di dalam ilmu jua. Bidasan itu pedas, untuk menjawab bidasan perlu ada ilmu. Ilmu itu akan mengangkat darjat. Dipandang mulia oleh Allah - selagi ia berlandaskan Al Quran dan Sunnah serta ijmak.

Belajarlah! Takada bayi yang begitu lahir langsung menjadi ilmuan, dan tak sama antara ilmuwan dan orang bodoh. Sebesar apapun sebuah negara , ia akan bernilai kecil jika penduduknya tidak berilmu, apabila dibandingkan negara kecil yang banyak penduduknya berilmu. Sekecil apapun negara, akan lebih kuat bila penduduknya berilmu. Sesungguhnya negara itu besar jika dibandingkan dengan umumnya negara-negara lain.

Aku dan diri


Aku,

Adalah yang berada di dalam diri ini,

Yang selalu berperang dengan perasaan, hati, akal dan nafsu,

Aku yang duduk di dalam diri,

Menginap di dalam jasad yang satu ini,

Selagi ada aku, diri ini dapat bergerak mengikut apa mahuku,

Aku,

Biarlah menggunakan diri ini dengan sebaik-baiknya,

Menjaga tanggungjawab dan haknya,

Suatu masa engkau akan keluar sebentar,

Manalah tahu tika dikembalikan diseksa,

Syukurlah jika aman tempat persemadian,

Aku,

Selagi menumpang di jasad ini belajarlah berterima kasih,

Kerana tempat yang ditumpang akan ditinggal pergi,

Lalu kembali untuk bertemu Tuhan,

Entah bagaimana keadaannya ketika itu,

Gembira atau duka untuk menjawab dengan tenang,

Persoalan tentang diri….

Anak_Pejuang

8 Ramadhan 1426 Hijrah,

Kg Pandan Dalam