Semalam 26 Oktober 2009, saya mendapat mesej di telefon bimbit dari sahabat al Mukminun bahawa ibu mertuanya serta 3 adik iparnya telah meninggal dunia dalam satu kemalangan.
Berita mengenainya keluar di muka hadapan Berita Harian di sini : Bayi Empat Maut Dalam Kereta Bertembung
Ya ALlah... pahala dari bacaan Surah Al Fatihah ini kuberikan kepada mereka yang meninggal dunia itu. Berilah rahmat kepada mereka, berilah maghfirah kepada mereka, tempatkanlah mereka di kalangan orang-orang yang soleh dan solehah.
Ya ALlah.. berikanlah kesabaran kepada sahabat kami yang sedang rawan hatinya. Berilah kekuatan dan ketabahan pada ahli keluarganya dalam menerima dugaanMu ini.
Aminn Ya ALlah,,,
Lekuk Covid-19 mula landai, rakyat disaran terus patuh SOP
-
SHAH ALAM - Keputusan kerajaan melaksanakan Sekatan Pergerakan Penuh tepat
apabila lekuk graf jangkitan Covid-19 mula melandai dalam masa beberapa
hari s...
3 tahun yang lalu