Rabu, 12 November 2008

Peringatan Ulamak Islam Tentang Golongan Pemecah Belah

Kitab ini merupakan risalah kecil yang ditulis dengan tujuan untuk menjelaskan pelbagai pemahaman. Ia terdiri dari kumpulan 100 pertanyaan yang telah meresahkan pemikiran khalayak ramai pada abad ke 14 Hijrah. Baik sengaja mahupun secara tidak sengaja. Kes-kes tersebut terus muncul sehingga menjadi kayu ukur untuk mengelompokkan kaum muslimin dan memecah belahkan mereka ke dalam pelbagai golongan.

Pada sebahagian golongan, persoalan-persoalan tersebut digembar-gemburkan sebagai perkara qot’ie yang tidak boleh ada perbezaan pendapat di dalamnya. Mereka ini berkeyakinan pendapat yang benar hanyalah pendapat mereka.

Sementara orang yang berpendapat di luar apa yang mereka katakan adalah orang yang keluar dari agama, fasiq, menyumpang atau sekurang-kurangnya tidak komitmen (taat) serta cenderung kepada memudahkan masalah. Ramai yang dituduh tidak mencintai RasuluLLah sallaLLahu ‘alaihi wasallam, berhati keras dan kepada batu seperti orang-orang Arab Badwi di masa lalu yang keras dan kasar. Malahan lebih daripada itu banyak yang dituduh munafiq, zindiq, dan musyrik.

Akhirnya kaum Muslimin pun memeraskan seluruh tenaga dan pemikirannya dengan persoalan-persoalan ini. Walaupun pada hakikatnya ia termasuk dalam lingkungan perbezaan pendapat serta setiap mazhab dan aliran mempunyai dalilnya masing-masing. Walau bagaimanapun jumlah masalah-masalahyang disepakati jauh lebih banyak daripada yang dipersilisihkan.

Jika dihitung masalah-masalah feqah yang berasal dari ulama’ terdahulu dengan segala bentuknya, terdapat lebih daripada sejuta masalah. Apabila dihitung peratusan perbezaan pendapat maka rasionalnya tidak lebih daripada satu masalah pada setiap 10,000 masalah. Jadi apakah logic (masuk akal) dan dapat diterima bahawa kita sepakat di dalam 10,000 masalah, lalu apabila kita berbeza pendapat, setiap daripada kalangan kita menyerang dengan ungkapan yang tajam terhadap temannya? Sehingga hal itu menjadi suatu jihad tanpa peperangan. Hal seperti ini jelas hanya menggambarkan kekosongan fikiran, malahan rendahnya penguasaan ilmu feqh dan pemahaman terhadap agama secara keseluruhan.

Sumber : Al Bayan – Al Qawin li Tashbih Ba’dhi al Mafahim, “Penjelasan Terhadap Masalah-masalah Khilafiah”. Prof Dr Ali Jum’ah, 2008, Penerbitan Dar Hakamah, Selangor

7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

salam Tuan IbnuNafis,

Islam asalnya dari Allah dan Rasul kemudian sampai kepada kita semua.

ada satu hasid (kalau salah hrp perbetulkan) ulamak pewaris nabi2, kalau mmg ulama' pewaris nabi2 tidak ada hak menyampaikan sesuatu yg tidak di tunjuki oleh Nabi saw.

apa yg sy dapat faham disini maksudnya apa2 yang tidak ada dizaman nabi saw dan para sahabatnya tetapi diajar dan dibawa dalam masyarakat kita hari,maka itulah sebenarnya golongan pemecahbelah.

wassalam

Admin berkata...

Wa'alaikumussalam wbth,

Apakah contoh yang dikatakan tiada di zaman Nabi sallaLLahu 'alaihi wasallam dan zaman sahabat yang diajar kemudian dibawa ke masyarakat kita?

Tanpa Nama berkata...

...dok baca qur'an pastu menepong tawar, makan2 lalu bersurai dan tok syikh dapat rm20.00......

Tanpa Nama berkata...

...tunggu kubor dan khatam qur'an pembaca dapar rm300.00 seorang...

Admin berkata...

Assalamu'alaikum Sudin.

Kat mana berlaku perkara tersebut Sudin? Jika tuan rumah yang nak beri sebagai sedekah berdosakah dia?

Menepung tawar? Anda dapat berita dari mana? Hasil selidikan? Tempat saya tidak berlaku perkara tersebut.

Sila buktikan. Terima kasih.

al-alief berkata...

Golongan pemecah belah adalah golongan yang kononnya membawa ajaran nabi sebenar dan mengaku di khalayak masyarakat serta memburuk2kan ulama2 kini malah ulama2 mujtahid juga diburuk2an. itulah ya sebenarnya ajaran nabi bagi gologan pemecah belah itu. Bidaah adalah perkataan yang wajib menjadi tutur kata mereka.

Setiap amalan yang masyarakat kita lakukan walaupun tidak dilakukan di zaman Nabi, kita bersandar pada hujah2 ulamak. Bukan mengikut otak sendiri. Tak ada satu pun ayat yang melarang Umat Islam sedekah bacaan quran kepda saudara yang telah pergi. Jadi kenapa saudara sudin dan Albad berasa gelisah??

ADMIN berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.