Rabu, 11 Februari 2009

Isu Politik Perak... Menarik Rambut Di Dalam Tepung

Semenjak isu Sultan Perak memperkenankan tertubuhnya kerajaan baru BN tanpa mendapat mandat dari rakyat Perak sendiri, ramailah yang menzahirkan rasa tidak puas hati, marah dan sebagainya.

Mungkin pada pandangan kita tindakan baginda Sultan Perak adalah silap dan membelakangkan rakyat. Bahkan Mufti Perak juga sudah ditegur oleh Profesor Dr Haron Din kerana seolah-olah memperkenankan tindakan tersebut apatah lagi seorang mufti seharusnya tidak menyebelahi mana-mana parti politik. (Bagi saya sudah mencukupi seorang ulamak menegur mufti bahkan bahasa beliau juga adalah baik dan setaraf dengan yang ditegur)

Dan mungkin juga di dalam fikiran Sultan Perak lain fikirnya, di belakang Mb Ir Nizar adalah DAP, sebagaimana yang diketahui ada beberapa pemimpin di dalamnya sendiri tidak suka akan tertubuhnya negara Islam.(WaLLahua'lam)

Walaubagaimanapun, apa yang saya lihat di dalam forum politik tidak kurang juga portal ada yang menghina dan memaki hamun Sultan Perak dan Muftinya. Terkadang saya terfikir, mengapa bila sahaja soal politik seolah-olah kewarasan berfikir akan hilang ? Ammarah menguasai akal dan iman ?

Yang dihina itu adalah ketua agama Islam negeri Perak, yang dimaki hamun itu adalah antara Ahli Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan. Sehinggalah sampai mempersoalkan kedudukan raja-raja berperlembagaan di negara ini. Sehingga jika boleh hendak dicantas institusi raja. Tetapi sekali lagi harus diingat raja-raja adalah ketua agama Islam di negeri masing-masing. Mufti berperanan sebagai penasihat agama.

Adakah dengan jalan memaki hamun dan menghina akan selesai kemelut yang dihadapi? Apa pandangan mereka yang bersikap 'suka mengambil peluang' dan menangguk di air yang keruh? Katalah institusi raja dijatuhkan (kerana emosi yang melampau), siapakah pula yang di atas sebagai benteng terakhir dikala ketika ini masih ada yang memperjuangkan isu hak asasi manusia - kebebasan di dalam aqidah, murtad ? Sekiranya kita bersatu padu tidaklah terasa masalah sebegini.

Krisis aqidah, gejala sosial masih belum lagi dibereskan. Akhbar dan media pula hanya mengambil agama sebagai tempelan tetapi yang banyaknya adalah budaya hedonisme yang dikembangkan sehinggalah semakin membarah di dalam jiwa anak-anak muda. Dan banyak pula wartawan yang mengenepikan etika kewartawanan demi untuk keuntungan melalui penulisan. Apa sahaja berita yang kontroversi, menimbulkan reaksi rakyat walaupun ia menimbulkan huru hara dan kecelaruan tetap dipamerkan di helaian akhbar. Seolah-olah kurangnya tangan yang menapis terlebih dahulu mana baik dan buruknya sebelum disebarkan.

ALlah telahpun berfirman yang bererti :

Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu bersaudara, maka damaikanlah di antara kedua saudara (kamu yang bertelingkah) itu.(Surah Al-Hujurat: Ayat 10)

Jika hendak mengkritik gunakan akal yang rasional dan kena dengan caranya. Jangan sampai suatu hari nanti kita terbelit dengan tindakan sendiri. Walaubagaimanapun, apa yang berlaku kini terlalu banyak hikmahnya bagi mereka yang ingin berfikir dan mengambil pengajaran darinya.

Dalam kita disibukkan isu politik di Perak.. apa kisahnya tentang kebajikan rakyat yang sekian lama perlukan pembelaan? Surcaj tambang bas yang akan dinaikkan 30%, harga barang yang meningkat, harga makanan yang tidak pula nampaknya akan turun (walaupun harga minyak sudah turun). Lalu dimanakah keutamaan?

Jom fikir!

5 ulasan:

almukminun berkata...

Assalammualaikum
ana sependapat dan menyokong saudara seakidahku...

janganlah menjadikan politik sbg candu kpd ummah.

Beragamalh dgn perhiasan ilmu.
Lebih manis menegakkn akidah ummah drpd mujassimah,syiah dan liberal...

Bayangkn,selepas 10 thn dgn perjuangan kita dalm memantapkan akidah, mana mungkin lahir para pimpinan yg buta syarak seleps waktu itu...berbanding politik jatuh-menjatuh...ALLAHU ALLAH.

Lahirkan umat Islam berakidah Ahlus Sunnah Wal Jamaah yg sahih lebih mustahak dpd beremosi,mengeji,laknat dan segala cercaan lagi..Itulah politik...

BaBbliNg BaR0nNESs berkata...

Assalammualaikum

Reaksi yg keterlaluan, pd pmikirn ana..
Tetapi jika digunakan akal,
pasti dpt mrasakan yg nyata tidak terlalu nyata,
yg kabur tidaklah terlalu kabur
begitulah politik..
if u get my drift...

Tapi politik tetap penting
agar Islam dpt disebar dan diamalkan..

Tanpa Nama berkata...

saya juga kurang setuju emosi dijadikan landasan meluahkan rasa kesal dan tidak berpuashati. Ia menampakkan golongan yang pro politik islam kurang pertimbangan bila diasak dengan dugaan dan cabaran. Sepatutnya kita lebih rasional dgn emosi yang terkawal dalam memberi kritikan.Kata-kata keji dan makian hanya mengeruhkan perhubungan.

Namun begitu saya rasa sudah sampai masanya kita mempunyai pandangan yang 'murni' terhadap institusi raja kita.Jangan mudah terpengaruh dengan sentimen ketaatan ala-ala Hang Tuah hanya kerana sikap turun temurun kita melayu ni yang terlalu menyanjung institusi raja.

Entah mengapa saya tak rasa terkesan sangat dengan status 'ketua agama' raja-raja Melayu.Bahkan saya rasa 'geram' memikirkannya. Apa peranan mereka setakat ini selain dari menjadi perasmi dalam majlis-majlis agama.Apakah mereka benar sebagai payung agama....adakah mereka benar sebagai benteng kepada agama Islam.Kalau raja sebagai simbol ketaatan orang melayu Islam, maka aspek manakah raja-raja kita sekarang wajar ditaati ?

saya rasa sudah sampai masanya kita orang Islam ni menilai semula sentimen ketaatan kita kepada raja. Kata-kata seperti merafak sembah…raja adil raja di sembah seakan tidak patut langsung kita ucapkan. Adil semacam mana pun seorang raja dari jenis makhluk Allah ni adakah sampai tahap boleh disembah ? Saya tidak tahu mungkin ada maksud tersirat di sebalik kata-kata ini, tapi saya menilai kata sembah kepada sesama manusia boleh menggugat kesucian akidah kita. Tambahan pula saya cuma faham hanya Allah yang layak di sembah.

Dalam majlis bertemu raja-raja, saya jadi sakit jiwa bila rakyat terpaksa berkata ” ampun tuanku…beribu-ribu ampun, sembah patik harap diampun”…pelik sungguh! Islam mengajar kita merasa rendah dan hina hanya kepada Allah …apatah lagi perasaan dan perbuatan menyembah kepada sesama manusia adalah sangat besar dosanya dan boleh membawa kepada kufur.

Saya lagi pelik dengan peruntukan perlembagaan yang mengatakan bahawa raja-raja melayu adalah ketua agama Islam di negeri masing-masing….tidakkah ini suatu yang sungguh lucu kerana kebanyakan raja-raja melayu nak suruh isteri mengenakan tutup kepala pun tidak mampu tapi diangkat pula menjadi ketua agama Islam…sekali pun ianya mungkin sebagai simbol agama Islam, rakyat tetap merasakan ianya tidak munasabah.

Buatlah perbandingan dari sudut mana sekalipun raja-raja kita sekarang berbanding dengan raja-raja Islam terdahulu....lebih-lebih lagi dengan nama besar seperti Sultan muhammad Al-Fatih atau pun raja Biyazid....macam langit dan bumi.
Jadi bagi orang Islam yang mengintai-intai peranan raja kita sebagai 'ketua agama' Islam sebagaimana yang ditulis dalam perlembagaan,kalau pun bukan kerana isu di Perak tempohari, mereka sebenarnya sudah sedia merasa 'kecewa' dengan institusi raja-raja melayu di Malaysia. Bak kata teman saya, paling ketara berperanan pun setakat mewakilkan penyimpan mohor besar raja-raja mengumumkan tarikh puasa dan raya....selain dari yg tu macam 'tak boleh nak buat apo "...

Raja sebagai ketua atau pemimpin kepada rakyat memang wajar kita hormati dan taati selama batas agama mengizinkan ianya ditaati. Tapi raja juga boleh disanggahi dan disalahi sekiranya batas agama ini telah dilampaui….

Admin berkata...

Assalamu'alaikum,

Mungkin ada caranya kita menukar adat-adat yang tidak perlu seperti itu. Ini semuanya memerlukan strategi dan perancangan yang terbaik.

Seperti yang dikatakan 'Menarik rambut di dalam tepung, jangan sampai berselerak'. Institusi diraja sekiranya benar-benar menobatkan Islam sebagai tunggak utama tentu akan lebih hebat dan mantap sebagaimana yang dapat dilihat terutamanya di zaman para sahabat, khulafa' arrasyidin, khalifah Umar bin Abdul Aziz, Khalifah Harun Ar Rasyid dan banyak lagi.

Kita mendoakan agar raja-raja diberi hidayah (jika kita lemah untuk menegur dari segi kemampuan). Jika bukan ayahanda dan bondanya, kita berdoa agar anak-anak mereka yang mewarisi tampuk akan lebih menghayati ajaran Islam.

Jangan hanya di waktu isu politik Perak sahaja baru membuka mata, kemudian selepas itu diam membisu. Sebagaimana isu-isu lain. Kita tidaklah mahu 'hangat-hangat tahi ayam' yang selalu ditonjolkan.

Dan harus juga diingat, masih ada raja-raja yang boleh kita ambil contoh seperti Tuanku Mizan zainal Abidin. Jika kita soroti sultan yang terdahulu di Tanah Melayu pun ramai juga yang berjiwa Islam dan mendampingi alim ulama untuk diminta pendapat dan nasihat.

Nak lagi best - cuba turun ke istana dan ketahui adakah pendidikan islam itu diterapkan di dalam istana. Jika di tempat saya Johor ini, memang ada diajar. Macam yang selalu kita sebutkan, raja-raja pun manusia biasa tidak lepas dari membuat kesilapan sebagaimana kita sendiri.

Tanpa Nama berkata...

Dalam masa kita berusaha membina akidah yang mantap, kita juga juga kena waqia' /suasana politik diMalaysia.

Setakat ini kepimpinan khilafah belum dapat diwujudkan . Hanya ada cara demokrasi....itulah kelemahan Umat Islam sebenarnya. Atas dasar itu ulamak PAS setuju untuk masuk politik dan ikut cara demokrasi dalam menegakkan Islam di Malaysia. Jangan mudah mengatakan politik itu candu...kerana politik ada dalam Islam..ia juga membabitkan soal aqidah, dosa dan paha. Jalan yang diambil oleh ulamak PAS adalah atas perkiraan hukum feqah iaitu mana mudharat yang lebih ringan.

Apa cara nak pegang Islam? Antaranya ialah dengan dapatkan kuasa. Cara mana nak daoatkan kuasa ??? Fikirlah..

Kuasa PR dirampas. Wajib pertahankan.PAS usaha jelaskan isu Islam pada DAP. Nampak hasilnya. Tapi UMno tidak berusaha jelaskan Islam pada MCA. Bahkan dalam isu hudud UMno sendiri kutuk hudud. Apatah lagi orang kafir ! Apa nak heran.

Raja kat Malaysia banyak nya tak ikut syariat. tutup aurat pun tak.Bukan nak daulatkan Islam sangat. Terlibat dengan perniagaan terang-terangan. Rakyat terabai...Cuba fikir apa raja-raja buat untuk Islam dan negara....???? Hampir tak apa...

Isu Perak bukan Ir Nizar nak pertahan kuasa peribadi. Itu kewajipan.. UMno yang merampas. Ir Nizar tidak buta syarak. Kalo Najib ya.....