Jumaat, 1 Mei 2009

Hakikat Sebuah Kebenaran : Tugas Membela Mufti Yang Difitnah

Sudah lama isu ini berlaku, golongan opportunis (yang suka mengambil peluang) tidak kiralah samada dari mana-mana parti politik. Begitulah juga kepada yang memusuhi intitusi ulama dan mufti di negara Malaysia ini. Pada satu masa mufti dilihat apabila menyebelahi mereka, maka akan disanjung-sanjung, dipandang tinggi. Tetapi apabila menyuarakan perkara yang penting untuk maslahah ummah dan terkena pada golongan yang lain mufti jugalah yang akan dimaki hamun, dikata kesat. Demi sebuah kebenaran, saya perlu mengulas isu ini.

Penghinaan dan fitnah terhadap Mufti

Lebih mengejutkan lagi apabila yang menghina dan memfitnah institusi mufti itu sendiri adalah dari kalangan mufti sendiri seperti yang pernah dilakukan oleh seorang bekas mufti di Perlis iaitu Dr Asri Zainal Abidin. Sila lihat sahaja perkataannya :
Saya berhenti menjadi Mufti, bukan saya serik. Jadi mufti apa nak serik. Boleh duduk diam-diam dan enjoy dengan jawatan. Jangan banyak cakap atau bangkang. Boleh pergi mesyuarat hotel sana, dan hotel sini. Lawatan sana, lawatan sini. Masuk ke tempat mahal-mahal. Ada kereta rasmi, terbang sana, terbang sini dan cukup bulan ambil gaji. Diam dan jangan peduli sangat apa yang sedang berlaku, maka jawatan itu satu nikmat yang 'sukar hendak dilepaskan. - Al Islam April 2009, m/s 28-29. Juga di laman web DrMaza: Klik Di Sini
Lihatlah siapa yang membela mufti :





Maaf cakap, entah berapa ramai di sana yang taksub dan taqlid membuta tuli percakapan dan fatwanya yang menyelidik tentang erti sebuah kebenaran dan akhlak yang datang dari seorang ilmuwan agama? Sudahkah membaca artikel KEMBARA ILMU KE INDIA yang ditulis oleh Dr Asri di laman webnya dan kemudian telah dibuang beberapa hari selepas ditulis? (Artikelnya dipost semula : DI SINI) Dan akhirnya kebenaran tetap ALlah tunjukkan dengan tulisan ini Tanggapan Artikel Kembara Ilmu Ke India - Dr MAZA. Tidak perlulah saya mengkhabarkan tentang sikap beliau yang lain. Ingin juga menjawab sahaja di dalam laman web DrMaza.Com tetapi saya masih tidak terjumpa lagi ruangan komen. Dimana ya?

Saya teringat kata hikmah Ibn Sirin (w. 110H/728) mengungkapkan
"Sesungguhnya ilmu ini agama, dan perhatikan dari siapa yang engkau ambil agama ini".
Alangkah apabila dilihat kalimah ini semakin terlihatlah kebenarannya kini.

Bukan sedikit pula yang mencaci maki ulamak seperti yang terjadi kepada Mufti Perak (lihat isu politik di Perak), dan mufti lain yang dituduh sebagai hanya memanaskan punggung di tempat duduk. Bahkan ada yang mengatakan binatang yang diharamkan lebih mulia dari mufti - silalah rujuk : Babi Lebih Mulia.

Dan begitulah, siapa yang ingin menyelidik akan sebuah kebenaran?

Terkadang saya berfikir - mengapa ya sesama umat Islam bukan main lagi dimusuhi, mudahnya dihukum sesat, mudahnya dihukum musyrik. Tetapi dengan orang kafir yang ada tugasnya sebagai missionari Kristian disambut dan dibela (sila rujuk : Isu kalimah ALlah hendak digunakan oleh Kristian di Malaysia). Apa kita lupa firman ALlah :

إِنَّمَا ٱلۡمُؤۡمِنُونَ إِخۡوَةٌ۬ فَأَصۡلِحُواْ بَيۡنَ أَخَوَيۡكُمۡ‌ۚ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَ لَعَلَّكُمۡ تُرۡحَمُونَ (١٠)

“(Sesungguhnya orang-orang Mukmin adalah bersaudara karena itu damaikanlah antara kedua saudaramu dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu mendapat rahmat)”
(QS. Al Hujurat : ayat 10 )

Bukankah telah disabdakan oleh RasuluLLah yang bererti : Dari Abi Hamzah bin Malik radiyaLLahu 'anhu, khadam RasuluLLah sallaLlahu 'alaihi wasallam dari Nabi sallaLLahu 'alaihi wasallam sabdanya :
Tiada beriman seorang kamu hingga ia mencintai saudaranya apa yang ia cintai untuk dirinya.
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Kita mengatakan telah beriman kepada al Quran dan Sunnah, bahkan ada yang mengaku ingin menjadi pendokong kedua-duanya. Apakah ucapan itu hanya pada jari jemari sahaja tanpa ada penghayatan?

Bila Mufti dihina dan difitnah, siapakah pula yang membela mereka?

Adakah kita sebenarnya tahu siapa mufti di negeri masing-masing? Dan mengambil tahu hal ehwalnya dan dimana mereka turun ke padang mengajar di kelas pengajian, di masjid? Jika di Johor ini, bekas Mufti Johor Dato' Noh Gadot (sekarang ini penasihat Agama Islam Johor) selalu turun padang dalam memberi ceramah dan aktivitinya dapat diikuti dari buletin Agama Kerajaan Negeri Johor, begitulah juga Mufti yang baru iaitu Dato' Haji Tahrir bin Kiyai Haji Shamsudin.

Di Negeri Sembilan, bekas Mufti iaitu Dato' haji Mohd Murtadza selalu mengadakan ceramah dan kuliah hampir setiap hari dalam sebulan di 14 buah mukim. - Temubual Dengan Mufti Negeri Sembilan Demi Tugas, Milenia Muslim, Februari 2009, m/s 14-18) Begitulah... siapa pula yang hadir di setiap kuliahnya dan akhirnya menghamburkan fitnah pula kepada mufti?

Adakah kita tahu siapakah yang mencadangkan kepada Sultan Perak agar Menteri Besar Ir Nizar dilantik selepas PRU yang lalu? Takkan kita tidak mengambil tahu tentang peranannya dalam Majlis Fatwa Kebangsaan sama-sama di dalam majlis syura mengeluarkan hukum dalam banyak perkara berkaitan feqh kontemporari yang kita sendiri pun tidak mampu hendak mengulasnya apatah lagi yang hanya pandai bercakap belakang hanya selepas fatwa diputuskan? Segalanya ada diulas di Milenia Muslim Bulan Mei 2009 muka surat 66-70. Anda akan tahu pendirian Mufti Perak ini berkenaan parti politik. Silalah beli dan baca untuk sebuah kebenaran.

Lalu saya tertanya juga di dalam hati : Adakah kita benar-benar inginkan sebuah kebenaran? Inginkan perpaduan dan bukan perpecahan? Ataupun selepas membaca tentang sebuah kebenaran tetap dipilih kebatilan? Dan tetap memilih dan menyokong mereka yang inginkan kepada perpecahan umat Islam? Siapakah pula yang ingin membela saudara seIslamnya yang dituduh dan difitnah bermacam-macam?

Insya ALlah, nantinya saya akan bongkarkan tentang mereka yang telah menghukum kafir, musyrik dan sesat kepada Ulamak Muktabar, Majoriti Umat Islam dan Jemaah Islam seluruh dunia.

10 ulasan:

Muhd Alfateh- Syeikhul Hira' berkata...

Series, anda telah melakukan sesuatu perkara yang susah untuk ditegakkan. Keberanian yg di luar jangkaan..

Meskipun ana tak berani untuk berbuat seperti anta, ketahuilah yang kita punya pemikiran memang sama dan ana berada di belakang anta atas penulisan anta kali ini.

-Yang benar tetap benar-

buhayrah berkata...

betull..

komenlah setelah menyelidiki..
tak ramai orang ambil tahu isu semasa dari majlis fatwa kebangsaan, dan hal-hal mufti dan JAKIM cthnya, tapi yang mmengomen ramai pula..

Mohd Al-Amin Daud Al-Azhari berkata...

Assalamualaikum...

matahari itu tetap bercahaya walaupun gerhana..yang melihat dengan mata hati akan melihat kebenaran itu tetap kebenaran walaupun ia dianggap kesalahan di sisi orang2 yang buta mata hati..

Tahniah di atas tulisan yang menyejukkan mata hati..

Unknown berkata...

Kalaulah mufti2 menjalankan tugas mereka dgn sepatutnya, sudah tentu ada perubahan terhadap pimpinan kerajaan, masalah sosial akan berkurang, majlis ilmu lebih banyak dari majlis hiburan dan secara keseluruhannya ada impaklah institusi mufti kepada negara dan rakyat. Tapi, lihatlah! apakah perubahan yang telah dibuat. janganlah anta menyokong mufti2 hanya kerana mereka memegang jawatan agama. x semestinya orang yang memegang jawatan agama, amanah terhadap tanggungjawab mereka. Mereka mungkin tinggi dari segi ilmu, tapi x semestinya mereka berani kerana benar takut kerana salah. Sebabnya kemewahan, pangkat, gaji dan kerusi yang empuk telah membutakan hati, memekakkan telinga, dan membisukan mulut kebanyakan mufti2. Jadi, itu yang menyebabkan mufti2 takut manusia lebih, hal yang demikian kerana teguran kepada kerajaan untuk membetulkan akan menyebabkan jawatan yang dipegang akan melayang. drmaza x mgkn memfitnah tanpa sebarang bukti yang ada, ada kebenaran buah fikirannya kerana beliau sendiri pernah memegang jawatan tersebut dan sudah tentu banyak pengalaman yang dilaluinya. buka minda!

Admin berkata...

Assalamu'alaikum syarifuddin,

Allah mengajar kita untuk menyelidik sebelum membuat sesuatu hukuman,

“Wahai orang-orang yang beriman, apabila datang seorang fasiq kepada kamu membawa berita, periksalah ia terlebih dahulu. Agar nanti jangan kamu menghukum sesuatu kaum dalam keadaan jahil (terhadap apa yang benar), lantas kamu kemudiannya menyesal atas apa yang telah kamu lakukan” (Surah Al-Hujurat 49 : 6)

Adakah anda sudah menjalan penyelidikan?
Adakah anda sudah mengkaji dan kenal mufti anda sendiri dan mendekati mereka? Adakah anda pergi ke pejabat mufti dan ambil tahu aktiviti yang dijalankan di peringkat negeri, daerah dan mukim?

AlhamduliLlah, saya mengeluarkan artikel ini bukan semberono tanpa mengkaji selidik, saya kenal mufti saya dan mengambil tahu aktiviti yang mereka buat.

Adakah anda sudah berbuat demikian sebelum membuat penuduhan? Bagaimana dengan terjemahan firman ALlah di atas? Ambil sambil lewa? Dan kemudian terus buat fitnah merata-rata di sana sini tanpa bukti?

Dan saya telah melihat anda membuat satu kesimpulan terus tanpa menyelidik dan taksub membuta tuli. Sila baca sampai habis artikel di atas satu persatu dengan hati yang terbuka dan bukan taksub.

Jangan taksub melampau pada dr asri sehingga mana yang tak betul pun buat-buat tak nampak. Walaupun dah didedahkan dan kita beri penjelasan tapi tetap menyokong yang salah. Dengan mufti lain bukan main lagi dimusuhi tapi dengan dr asri? Ada mufti lain pernah memburuh-burukkan dr Asri melalui akhbar dan tulisan?

Saya ingin bertanya akhlak dari al Quran dan Sunnah mana yang diambil dalam menilai dan membuat hukuman sebagaimana yang dibuat oleh Dr Asri dan mereka yang taksub kepadanya ?

Unknown berkata...

Asalamualaikum,satu tulisan yang berani.Terima kasih atas itu.Untuk saudara syarifuddin,jika mufti telah memberi nasihat,namun dipandang lewa oleh golongan pemerintah,apakah itu tanda kegagalan mufti?Pada saya mufti telah berusaha untuk menasihati pemerintah.

Saya menunggu sambungan daripada coretan ini...^_^

Jongos D Macho berkata...

Saya sokong Dr Asri sbb segala kenyataan yg diberikan berdasarkan fakta, tetapi dia juga manusia biasa yang tak lari dari melakukkan kesilapan.Contoh ulasan ustaz mahfuz di youtube mengenai kajatuhan khalifah otoman ternyata bercanggah dengan fakta sejarah .

Admin berkata...

Assalamu'alaikum jongos,

Terima kasih kerana memberi respon, walaubagaimanapun tidak perlu anda melibatkan perkara yang tiada kaitan denagn artikel yang diterbitkan. Jika ia berkaitan dengan ustaz Mahfuz. Anda boleh mengomentarinya di dalam blog beliau sendiri. JazakaLlah..

Maaf dan terima kasih..

Jongos D Macho berkata...

Terima kasih atas maklum balas dari pihak saudara, mohon maaf atas tulisan saya jika ia agak keterlaluan.

Admin berkata...

Assalamu'alaikum,

nampaknya penjelasan dari mufti perak telah dibuang oleh pihak tertentu.

WaLlahua'lam