Ya, hadiah kasut yang hendak dimenanginya itu sebagai gantian kasut yang telah hilang tersebut.
Filem yang tidak memerlukan bajet yang tinggi sehingga jutaan ringgit, tidak memerlukan wanita menunjukkan auratnya, apatah lagi kisah wanita di lorong hitam yang berlaku di sekitar masyarakat kononnya untuk dijadikan sebagai pengajaran yang pada hakikatnya hanya menambahkan lagi penzinaan secara berleluasa. Tidak mengagung-agungkan budaya hedonisme, menyukai hiburan dan kemewahan sedangkan pada hakikatnya pelakon yang melakonkan cerita itu sendiri terdiri dari mereka yang amat lemah kejiwaannya. Tidak memerlukan komedi lawak yang memperbodoh-bodohkan penonton, ‘cinta monyet’, dendam, dengki, pergaduhan kerana perempuan dan apa yang dinamakan kebobrokan perfileman.
Genre cerita yang popular di negara kita
Kisah ini bukanlah kisah seram seperti keliwon yang perlu ada bomoh terkumat kamit membaca mantera yang tidak diketahui butir bicara serta mengeluarkan aura untuk menghalau hantu, jin dan setan. Tidak pula menceritakan tentang kehidupan hipokrit orang-orang kaya yang ditonjolkan hidup serba mewah seolah-olah tiada ruang untuk menceritakan kisah hidup masyarakat yang serba dhaif dan memerlukan pembelaan.
Negara kita amat kurang pengarah yang berjiwa kemanusiaan untuk membentuk jiwa kehambaan yang mengenal Allah, apatah lagi mengajar menjadi rakyat yang berdaya saing. Jika anak-anak kita yang gemar menonton Doraemon yang berasal dari Negara Matahari Terbit, lihatlah isi kandungan kartun bersiri itu yang mengajar anak-anak kecil Jepun untuk berfikiran cerdas, kreatif dalam merekacipta dan menyumbang kepada kemajuan rakyat dan negara tersebut.
Lihatlah jalan cerita di Negara-negara lain yang amat kuat menyalurkan unsur-unsur agama seperti filem-filem Hindustan. Di dalam filem yang bercorak kekeluargaan atau seni mempertahankan diri sehingga ramai yang mengalirkan air mata teresak-esak, pengarah dan pelakonnya bijak menyampaikan fahaman-fahaman mereka tanpa disedari.
Filem kita, jiwa dan kemanusiaan amat jauh keterbelakang. Yang ada kebanyakannya adalah komedi, keuntungan, kebebasan pergaulan dan jalan mengajak kehancuran. Penontonnya adalah kita-kita juga.
Berubahlah.. bila lagi?
3 ulasan:
amat setuju dgn anta...filem kita dijadikan semata-mata untuk hiburan..bknnyer pengajaran..
salam
filem di m'sia ni bermusim kalau musim cinta,cinta saja. kalau musim hantu,hantu saja macam2 hantu terbit.tak ada satu pengajaran pun.
sudah lama tercari2 tajuk filem ini..Children of Heaven. kerana pernah menonton secara tidak sengaja suatu ketika dahulu tapi masih memberi kesan dan segar sampai sekarang.
terima kasih.:)
Catat Ulasan