Selasa, 27 Oktober 2009

Sabarlah Wahai Sahabatku

Semalam 26 Oktober 2009, saya mendapat mesej di telefon bimbit dari sahabat al Mukminun bahawa ibu mertuanya serta 3 adik iparnya telah meninggal dunia dalam satu kemalangan.

Berita mengenainya keluar di muka hadapan Berita Harian di sini : Bayi Empat Maut Dalam Kereta Bertembung

Ya ALlah... pahala dari bacaan Surah Al Fatihah ini kuberikan kepada mereka yang meninggal dunia itu. Berilah rahmat kepada mereka, berilah maghfirah kepada mereka, tempatkanlah mereka di kalangan orang-orang yang soleh dan solehah.

Ya ALlah.. berikanlah kesabaran kepada sahabat kami yang sedang rawan hatinya. Berilah kekuatan dan ketabahan pada ahli keluarganya dalam menerima dugaanMu ini.

Aminn Ya ALlah,,,

3 ulasan:

ULASAN berkata...

Imam Syafie berpendapat pahala bacaan tidak sampai kepada di mati....

JomFikir berkata...

Betul ke ULASAN ? Baik baca sendiri dari pendapat ulamak mujtahid dalam mazhab Syafie

Pendapat dari Imam An Nawawi :

Imam Nawawi berkata

"Adalah sunnah hukumnya bagi para penziarah kubur untuk mengucapkan salam kepada mereka (penghuni kubur), mendoakan kepada orang yang diziarahi dan juga kepada ahli kubur semuanya. Lebih utama lagi, jika penziarah itu membaca doa-doa yang telah diterangkan dalam al hadith. Dan hukumnya sunnah pula membaca ayat-ayat al Quran dan setelah itu mendoakan para penghuni kubur. Ini semua adalah nas (pendapat) dari Imam al Syafie dan disepakati oleh murid-muridnya (para pengikutnya)



Imam al Nawawi, al majmu' syarh al muhazzab jilid V h 286.

JomFikir berkata...

Nak ikut kata anda ke ULASAN ? Allah suruh kita berdoa :

“Dan Tuhan kamu berfirman:

“Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina.”

Al-Mukmin:60

Anda yang mengabulkan doa atau Allah? Dah jelas terang Allah suruh berdoa. Samada sanpai atau tidak adalah urusan Allah bukan urusan manusia. Minta sahajalah yang baik.