Jumaat
Hari itu, hanya berita mengkhabarkan engkau sudah tidak sedarkan diri di pelantaran katil.
Kira-kira 11.30 pagi
Sahabat,
Aku tahu ketika itu engkau sedang berjuang dengan kesakitan. Sahabat yang lain mendoakan agar engkau dapat membuka mata, sedar dari pembaringan.. Namun penantian itu masih sia-sia. Sebab Dia Lebih Maha Tahu..
Kira-kira 5.00 petang
Kami bergegas ke Wad ICU, sudah ramai keluarga dan sanak saudaranya berkumpul. Aku bersalaman dengan suaminya bertanyakan khabar.. Apa ceritanya..
Di sudut sana, kami membacakan Surah Yaasiinn untuknya. Dalam bait doa, air mata sahabatmu ini bercucuran dan meminta kepada Allah mudah-mudahan diberi kesembuhan.
Malam itu, ada beberapa mata yang sukar hendak terlena. Resah menunggu-nunggu berita..
Sabtu
Guru Besar memberitahu ada perkembangan yang baik tentang dirimu. Lega juga rasanya hati. Semangat pulih kembali (walaupun masih ada tidak tenteram) untuk meneruskan Program Taklif dengan murid-murid dan ibu/bapa penjaga.
Kira-kira 12.00 tengahari
Guru Besar memberitahu engkau kembali tenat. Seusai program berakhir kami membuat keputusan untuk melawatmu di hospital.
Kira-kira 4.00 petang
Telefon berdering, suami Guru Besar memberitahu tidak perlu melawatnya.. Aku tertanya.. dan beliau berkata engkau sudah tiada.. oh! Allah sudah memberikan keputusanNya.
Malam itu... kami melawatmu bersama asatizah yang lain. Surah Yaasinn dibacakan, doa kami panjatkan.. mudah-mudahan ruhmu dalam keadaan yang tenang.. Mudah-mudahan pahala dari bacaan ayat-ayatNya, Allah berikan kepadamu..
Ahad
Pagi ini kami berkumpul untuk melihat, menyolati dan menghantarmu di tempat persemadian yang terakhir..
Wahai sahabat.. Semoga amanlah engkau di sana.. Ya Allah.. dengan Belas KasihMu, tempatkanlah beliau di kalangan orang-orang yang soleh dan solehah. Luaskanlah kuburannya, permudahkanlah ia menjawab soalan dari 2 hambaMu.
Mudah-mudahan kita semua ditentukan syurga.. Bahagia mendapat restu yang Esa..
Al Fatihah..
(Untuk sahabat kami, Allahyarhamah Ustazah Noor Fahdlihana bte Abas, Sekolah Agama Senai Utama. 3 Julai 2010)
1 ulasan:
Mudah mudahan Allah menempatkannya di kalangan hambaNya yang soleh.Banyak kan bersabar wahai teman..
Catat Ulasan