Jumaat, 27 Mac 2009

Isu Kalimah ALlah - Salahkan Kita Berhati-hati?

Semenjak dua menjak ini timbul lagi isu kalimah ALLah, saya pernah mengulas perkara ini dengan pandangan yang dikeluarkan oleh Dr Asri, dan juga pandangan dari Ketua Ulama Pas Pusat di dalam blog ini dan menyatakan pendirian saya mengenainya.

Kali ini ada membawakan hujjah menyatakan kalimah ALlah sudah lama digunakan oleh orang Kristian, bahkan di Mesir, Asia Barat juga. Sedangkan bahasa Arab itu memang sudah lama digunakan di sana, dan tiada masalah bagi mereka untuk membezakan ALlah pada pandangan Islam dan pada pandangan Kristian.

Masalah yang timbul sekarang ini isunya kalimah ALlah digunakan di Malaysia, iaitu jika dilihat dari media massa sendiri tentang pegangan aqidah remaja, dan umat Islam ada yang tidak kuat dan goyah apatah lagi bila ditanya mengenai ALlah dan mengimaninya dengan yaqin tanpa ada sebarang keraguan dan melaksanakan perintah ALlah dan meninggalkan laranganNya.

Ustaz Farhan Bin AbduLlah iaitu seorang bekas Kristian yang telah dilatih untuk menjadi paderi oleh bapanya sendiri iaitu Ketua Paderi besar menjaga 15 buah gereja di Sabah telah mendedahkan sendiri adakah ada agenda tertentu di sebalik permintaan akhbar Herald The Catholic Weekly untuk meminta kebenaran penggunaan kalimah ALlah di dalam bible.

Yang seharusnya kita fikirkan :

1. Samakah penggunaan kalimah ALlah sebagaimana fahaman kita sebagai orang Islam dengan kalimah yang digunakan oleh Kristian di dalam bible tersebut?

Sebagai umat Islam yang beriman, kita mengimani bahawa ALLah adalah Esa (tunggal), tidak beranak dan tidak diperanakkan. Tidak menyamai apapun dengan makhluk-Nya. Ini dijelaskan sendiri di dalam surah al Ikhlas

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
قُلۡ هُوَ ٱللَّهُ أَحَدٌ (١) ٱللَّهُ ٱلصَّمَدُ (٢) لَمۡ يَلِدۡ وَلَمۡ يُولَدۡ (٣) وَلَمۡ يَكُن لَّهُ ۥ ڪُفُوًا أَحَدُۢ (٤)


Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani

Katakanlah (wahai Muhammad): (Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa. (1) Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat. (2) Dia tiada beranak dan Dia pula tidak diperanakkan (3) Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya.(4)(surah al Ikhlas : 1-4)

Bahkan ALlah juga telah berfirman yang bererti :

Demi sesungguhnya telah kafirlah orang-orang yang berkata: Bahawasanya Allah ialah salah satu dari tiga tuhan. Padahal tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Tuhan Yang Maha Esa dan jika mereka tidak berhenti dari apa yang mereka katakan itu, sudah tentu orang-orang yang kafir dari antara mereka akan dikenakan azab seksa yang tidak terperi sakitnya.
(Surah al Maidah ayat : 73)


Menurut Ustaz Farhan,(Al Islam, m/s 8-9) Penganut penganut Kristian Ortodoks yang berpegang kepada Injil Perjanjian Lama (The Old Testament), memang menggunakan nama ALLah sebagai Tuhan mereka, tetapi tidak di dalam Injil Perjanjian Baru (The New Testament) yang menjadi pegangan penganut Kristian Katolik, Lutheran, Anglikan dan lain-lain. Samada kita sedar atau tidak golongan Kristian di negara ini yang bukan bermazhab Ortodoks telah pun menggunakan nama ALlah di dalam Bible mereka. Dan sekarang ini ingin menggunakan nama ALlah itu sebagai Tuhan mereka secara rasmi melalui undang-undang negara.

Kita menggunakan kalimah ALlah sebagai Rabbul Jalil, ALlah itu satu dan tiada Tuhan melainkan ALlah.

Berbeza pula dengan Kristian yang menyebut Tuhan tetapi Tuhan Bapa, Tuhan Anak, dan Ruhul Qudus. Di dalam Bible Perjanjian Baru, Matthew 27: 46 (Jesus berteriak dengan suara yang lantang "Eli-eli (tuhan) Sabaktani (mengapa engkau tinggalkan aku?" - Mengapa Jesus (yang dianggap Tuhan Anak) meminta tolong kepada ALlah? Sedangkan di dalam pegangan Kristian Jesus itu adalah ALlah. Cuba lihat lagu dari Agnes Monica sendiri :

ALLAH PEDULI

Banyak perkara yang tak dapat ku mengerti
Mengapakah harus terjadi
Di dalam kehidupan ini
Suatu perkara yang ku simpan dalam hati
Tiada satupun kan terjadi tanpa Allah perduli
Allah mengerti
Allah peduli
Segala persoalan yg kita hadapi
Tak akan pernah di biarkannya ku bergumul sendiri
Sbab Allah mengerti
Allah mengerti
Allah peduli
Segala persoalan yang kita hadapi
Tak akan pernah di biarkannya ku bergumul sendiri
Sbab Allah Yesus ku mengerti

Cuba bayangkan sekiranya kalimah ALlah ini digunapakai di dalam bible? Tidakkah ia menimbulkan kekeliruan?

2. Sudahkah kita turun padang untuk sama-sama membetulkan aqidah remaja dan umat Islam yang masih lagi goyah? atau sekadar melepaskan tangan dan menyerahkan bulat-bulat kepada orang lain. Kemudian bila timbul masalah saling tunding menunding, tetapi tidak mahu pula menunding pada diri sendiri.

Sebenarnya apa agenda sebenar Kristian yang bersungguh-sungguh ingin menggunakan kalimah ALlah Yang Maha Suci di dalam Kitab Bible? Ustaz Farhan mengajak kita meneliti apa yang ditulis oleh George W Peters dalam makalahnya, An Overview of Missions To Muslims. Peters mengakui betapa besar pengorbanan dan tugas yang terpaksa mereka lakukan demi mengkristiankan orang-orang Islam dengan ungkapan "...(for those) who labored in blood, tears and sweat, and with prayer and patience in the Muslim world..."

Dalam sebuah buku diterbitkan oleh Universities and Colleges Christian Fellowship di United Kingdom tahun 1981 - Light on Islam : Reaching Out to Muslims Students In Britain - digariskan beberapa kaedah untuk menawam orang-orang Islam agar memeluk agama Kristian antara isinya :
"Terangkan tentang Jesus sebagai kalimah Tuhan, tidak sebagai anak Tuhan, kerana banyak masalah dan kekeliruan yang akan timbul".



Risalah Kristian di bahagian depan kulit risalah tertulis kalimah Basmalah - RAHSIA JALAN YANG LURUS- Al Mustaqim.

Bukan tiada risalah dan komik terbitan missionari Kristian yang disebarkan secara haram. Bagaimana jika ia di'halalkan' pula? Adakah kita dapat menangkis dan menapis dakyah yang ada di dalamnya? Jika kita boleh menapis, bagaimana dengan saudara-saudara seIslam kita yang lain? Jom fikir!

p/s: Semoga kita semua dapat memantapkan aqidah sebagai umat Islam yang bertaqwa kepada ALlah.

9 ulasan:

bunga mawar berkata...

JILSAH BERSAMA MUFTI MESIR



JILSAH BERSAMA MUFTI MESIR

SOHIBUS SAMAHAH ALLAMAH PROF DR ALI JUMA'AH





pada:



JUMAAT , 10 APRIL 2009



14 RABIUL AKHIR 1430





aturcara:



7.25 : - AZAN & SOLAT MAGHRIB



- BACAAN RATIB AL-HADDAD



8.30 : - AZAN & SOLAT ISYAK



- CERAMAH SS MUFTI MESIR



- BERSURAI





di MASJID AL-FALAH USJ 9.





SEMUA MUSLIMIN & MUSLIMAT DIJEMPUT HADIR

http://pondokhabib.wordpress.com

AsNiza berkata...

'Pihak berkenaan' menggunakan pelbagai cara untuk menyebarkan agama mereka..Bagaimana pula dengan kita sebagai ummat Islam?

Semoga kita terpelihara dari kesesatan, dan semoga jalan yang dipilih adalah jalan yang lurus menuju jalan Allah Yang Esa.

Wallahua'alam

suara berkata...

Semoga Allah membantu kita mengelakkan diri dari terkeliru dengan cara Kristian yg jelasnya berusaha keras untuk meracuni fikiran kita.

Khairul Rrijal berkata...

Assalamualaikum

ustaz,kalau org tnya kita melarng org bukan islam menggunakan kalimah Allah ni kita nak jwab memang islam yg larang ke atau undang2 mlaysia yg larang

sya nak tnya ustz,mcam mna ustaz Farhan 2 bleh jadi anak paderi sedangkan paderi tu x boleh kwen,sya smpai hari ni tertnya2...ustaz tlong la jwabkan yer..tlong la ustaz.

IbnuNafis berkata...

Wa'alaikumussalam warahmatuLlahi wa barokatuh Khairul Rijal,

Perkara tersebut eloklah anda bertanya dengan Ustaz Farhan sendiri, dia pun masih hidup lagi.

Di dalam Kristian segalanya boleh berlaku, Tentu anda pernah dengar bahawa di kalangan bishop mereka sendiri ada yang gay walaupun ia ditentang keras di dalam Kristian sendiri.

WaLlahua'lam

Khairul Rrijal berkata...

macam mana saya nak hubungi ustaz Farhan?

dan soalan saya kalau org tnya kita melarng org bukan islam menggunakan kalimah Allah ni kita nak jwab memang islam yg larang ke atau undang2 mlaysia yg larang????

IbnuNafis berkata...

Apa tujuan anda tanya begitu?

Pertamanya anda jawab sahaja yang tidak membenarkannya adalah diputuskan oleh ulamak Islam dan pemerintah Islam yang ada di Malaysia ini atas sebab maslahah ummah Islam.

2. Dan kemudian cuba lihat dalam penggunaannya dalam Bahasa Melayu. Jika bahasa Inggerisnya - There's no God except ALLah. Jika ditukar dalam bahasa Melayu - Tiada ALLah melainkan ALLah.

Anda faham tak masalahnya di sini?

3. Sekalipun sekiranya orang bukan Islam hendak menggunakannya. Pastikan bahawa ALLah yang dimaksudkan adalah Yang tidak beranak dan tidak diperanakkan dan sebagaimana yang difahami oleh Orang Kristian.

Sekiranya yang dinyatakan oleh mereka adalah ALLah yang ada anak iaitu Nabi ISA, dan kemudian ada Isteri - yang ini takkan anda pun bersetuju? Takkan tidak beriman dengan surah al IKHLAS?

Saya sebut sikit dalam bible sebagaimana yang diterangkan di dalam artikel JAKIM jika dibenarkan penggunaan ALLah dalam Injil yang disebarkan di Malaysia:

“Engkau adalah Messias anak Allah yang hidup “( Matius 16 : 16 )

“..Kerana ia telah berkata :Aku adalah anak Allah.”( Matius 27 : 43 )

“ Kasih kurnia menyertai kamu dan damai sejahtera
dari Allah, bapa kita dan dari Tuhan Yesus ( Jesus )
Kristus. (Galatia 1 : 3 )

Itulah sebab anda perlu baca semula artikel yang saya sebutkan di atas. Sudahkah anda habis menghadamnya?

Jadi sekarang samada anda hendak terima atau tidak fikiran dulu umat Islam yang lain di Malaysia. Sudah dijelaskan di dalam artikel ini.

Pelik saya - darihal perkara furuk yang sudah selesai dibahas ulamak anda boleh pula membesar-besarkannya. Tetapi darihal berkaitan aqidah umat Islam anda mempertahankan pula Missionari Kristian? Kelakuan anda ini saya lihat memang begitulah di dalam laman blog Ustaz Zamihan sendiri.

WaLlahua'lam

Khairul Rrijal berkata...

sbenarnya saya jugak bersetuju dgn ustaz bahawa kita mesti melarang orang bukan islam dari mggunakan khalimah Allah dlm tulisan mereka,cuma ada org yg bertanya saya bahawa perkara ini memang islam yang larang atau kita di mlaysia yg larang,saya x dapat jawab dan kebetulan saya baca artikel ustaz,jadi saya cubalah tnya pndangan ustz,ustz jngan lah marah2,x baik mcm tu.

sya pernah membaca The Gospel Of Barnabas,sebuah Bible yg menarik dan di dalamnya manggunakan khalimah Allah,dri apa yg saya baca saya bukan sahaja dpat menambhkah info bahawa agama Kristian bnyak penyelewengan dan penambahan yang berbeza dari setiap versi bible malah dapat menguatkan lagi keprcayan dan keyakinan saya kepada agama Islam sebagai agama yang benar.

saya jugak pernah mengkaji tengtang seorg tokoh orientalis yg akhirnya memeluk islam bernama Maryam Jameelah(nama asalnya ialah Margaret Marcus)dari bahan bacaan saya,saya dapati bahawa semakin beliau menyibutkan diri dalam urusan agama islam(yg pada aslnya untuk mengelirukan umat islam dan mencari kelemahan islam)semakin menyerlahkan kebenaran islam di matanya,dan akhirnya beliau menjadi tokoh dalam menjawab tomahan orientalis lain terhadap islam

mengapa dlam sesuatu perkara yg melibatkan agama kita,kita seolah2 bersifat penakut sedangkan kita msyarakat terbanyak di malaysia.

dan mengapa ustaz tduh saya pertahankan Missionari kristian??

IbnuNafis berkata...

Assalamu'alaikum khairul Rijal,

Disebabkan ruangan komen ini tidak mempunyai suara dan bernada. Maka saya melihat tulisan anda yang menulis tanda soal seperti ini : ??? menimbulkan satu persepsi negatif.

Silalah bertanya dengan elok pada masa akandatang.

Terima kasih.

Minta maaf jika saya pada pandangan anda ada berkasar. Jawapan sudah diberikan. Semoga ALLah merahmati kita semua dan umat Islam seluruh dunia. Amiinn Ya Robb.