Rabu, 8 April 2009

Hebatnya ALLah : Iktibar Dari Labah-labah

Ini kisah labah-labah yang ALlah jadikan untuk kita sama-sama fikirkan dan ambil pengajaran. Labah-labah atau al ankabut ada terakam namanya di dalam al Quranul Karim.

Sifat baik yang ada pada labah-labah antaranya rajin membuat sarang tanpa mengenal putus asa. Jika diserang angin kuat, selepas itu ia akan menyulam kembali sarangnya untuk mencari rezeki.

Petua orang tua menyebut - sekiranya ada luka kecil, sarang labah-labah boleh digunakan untuk menghentikan pendarahan.



Apa yang kita perlu ucapkan apabila melihat kehebatan ciptaan ALlah?

7 ulasan:

Abby<333 berkata...

terima kasih saudara~

Khairul Rrijal berkata...

apa yg dapat kita faham dari huraian makna surah al-Ankabut ayat 41-42 ialah Allah s.w.t adalah sebaik-baik pelindung.Namun begitu masih rmai mnusia yg mncari dan mengharapkan perlindungan selain dari Allah.mereka ini sperti menafikan kekuasaan Allah sehinggakan snggup bertuhankan dan menyembah sesuatu slain dari Allah.sdgkan tuhan-tuhan yg mereka smbah itu tdak dapat mendatangkan apa2 kebaikan malahan kburukan kpda diri mreka

dalam semua urusan ibadat , kita d lrang melakukannya bertujuan untuk selain dri Allah,bgitulah juga dgn berdoa,doa mrupakan ibadat dan hnya kpda Allah lah shaja kita wajib memohon tnpa mengandungi unsur 'tawassur' dgn sebarang makhluk.

marilah kta sama2 berusaha mengikuti ajaran ahli sunnah wal jamaah yg sebenar yg bersih dari sbrang unsur karut marut yg sgaja di reka2 oleh org2 tertentu.

syukran

IbnuNafis berkata...

Assalamu'alaikum warahmatuLLahi wa barokatuh lelaki yang baik,

Boleh berikan makna tawassur? Adakah ia bererti tasawwur - gambaran? ataupun tawassul?

Jika persoalan tawassul kami ada jawapannya. Dan berharap ia tidak dilontarkan di sini, tetapi di tempat yang betul iaitu di Http://Jomfaham.Blogspot.Com

Khairul Rrijal berkata...

tawassur(perantaran) tdak sama dengan makna tasawwur

untuk mendapat penjelasan dgn lebih lanjut,sila layari drmaza.com

terima kasih

IbnuNafis berkata...

Assalamu'alaikum

Kepada khairul rijal, terima kasih dia atas ajakan untuk masuk ke link tersebut.

Malangnya saya tidak berminat (bukan bermakna tidak pernah menjenguk link itu atau membaca artikel beliau). Tetapi tajdid yang dibawanya tidak banyak membantu kepada perpaduan umat Islam di negara ini. Bahkan perpecahan.

Sebenarnya perkataan yang betul adalah tawassul (perantaraan) dan bukan tawassur.

Saya sudah mengumpulkan jawapannya serta takhrij hadith dari jawapan ulamak muktabar iaitu Sheikh Ali Juma'ah di Http://Jomfaham.Blogspot.Com. Sekali lagi saya memohon dalam perkara khilafiyyah tidak perlu diperpanjangkan. Anda tidak setuju terpulanglah. Tetapi jangan menghukum sesat umat Islam yang lain yang mengamalkannya. Kerana ia ada hujjah dan dalil dari Al Quran dan Sunnah yang sahih.

WaLLahua'lam

Khairul Rrijal berkata...

Wa'alaikumussalam warahmatuLlahi wa barokatuh

Terima kasih kerana ustaz mengajak saya membaca blog yang ustaz cadangkan tersebut,Insya Allah saya akan membacanya dan memberi maklum balas kpda ustz.

sy sbnrnya msih beljr dan masih perlu bnyk mmbaca untk mnambhkn pgthuan,saya pernah mmbaca blog Abu -Syafiq.com(mungkin ustaz pun pernah)dan sya dapati beliau mggunakan bahasa yang amat tidak sopan terutama dalam membicarakan org2 yang bergelar "wahhabi"
sya juga membaca blog Dr Asri yang di gelar wahabi ini.
cara pemikiran mereka(Dr Asri dan Abu-Syafiq) amat berlainan sekali dan bertentangn di antara satu sama lain,mereka msing2 mggunakan dalil Al-Quran dan As-Sunnah
sya tdak dapat menilai di antara dua org ini yg mana benar dan yg mana salah,kerana saya tdak punyai ilmu setinggi itu,tetapi saya dapati bahawa bahasa yang di gunakan dalam blog abu-syafiq amat tidak bermoral,tdak menepati ciri2 kita sebagai org islam dan orang melayu yg penuh adap dan sopan santun,selain dari memberikan info beliau juga suka mengutuk2 org berbangding dgan blog Dr Asri,ustz x caya ustz bgdinglah sendiri

dalam perkara khilafiyyah tdak perlu kita memanjangkannya tetapi kita harus ingat bhawa kita mesti memilih dalil yg sahih kerana ianya bakal menentukan keabsahan sesuatu amalan kita

IbnuNafis berkata...

Assalamu'alaikum khairul Rijal,

Mengenai Blog Abu Syafiq saya juga tidak bersetuju dengan pendekatan kasarnya (tetapi kita pun kena juga kaji mengapa amat keras pendekatannya dengan Wahhabi/salafi)

Begitu juga dengan drmaza - pendekatan beliau pun keras dan kasar juga. Saya ada mengumpulkan perkataannya yang melekehkan guru-guru pondok, melekehkan pengajian sifat 20, memfitnah ahlul bait, membuat fitnah kepada mufti-mufti lain dan disebarkan secara meluas kepada umum.

Ya, memang kita disuruh berpegang kepada AL Quran dan Hadith, tetapi bukan hadith sahih sahaja. Tetapi juga hadith hasan. Manakala Hadith dhoief masih boleh digunakan untuk fadhail a'mal (kelebihan dalam beramal) ini menurut muhaddithin seperti ibnu hajar al asqolani dan muhaddith lain.

Hadith dhoief kita perlu tahu bahawa jika ia disokong dan diperkuatkan oleh hadith2 lain yang kuat maka darjatnya boleh naik kepada hadith hasan lighoirihi.

Saya tidak berani menggunakan hadith tanpa merujuk kepada ulamak yang lebih arif mengenainya. Tidak boleh lihat gunakan al Quran dan hadith kemudian kita terus letak hukum dalam satu-satu perkara tanpa kelayakan dan ada disiplin ilmu. Kerana ia boleh merosakkan agama.

WaLlahua'lam