Rabu, 30 September 2009

Bahaya Memandai-mandai Dalam Urusan Agama

Ada golongan pelajar, profesional atau yang baru berjinak-jinak belajar hadith. Bahkan mengaku dirinya sebagai salafi. Bila berbicara tentang hadith atau hukum biasanya tidak lepas menggunakan kalam Imam Syafie.

Mereka kata :
Imam Syafie sendiri mengatakan ambil hadith sahih. Hadith Sahih itulah mazhabku.
Ungkapan inilah yang selalu digunakan untuk membenarkan tindakan mengeluarkan hukum sendiri. Walaupun dirinya jahil dan tiada disiplin ilmu langsung untuk istinbath hukum.

Bahaya sebenarnya memandai-mandai dalam perkara agama yang melibatkan hukum hakam.

Sebab RasuluLlah sendiri telah bersabda yang bererti :

Dari AbduLLah ibn Amr radiyaLLahu ‘anhu bahawa RasuluLlah sallaLLahu ‘alaihi wasallam bersabda yang bermaksud :

ALLah subhanahu wa ta’ala tidak akan mengangkat ilmu pengetahuan dengan cara mencabutnya dari hati ulama, tetapi dengan cara mematikan mereka, dan jika sudah tidak ada lagi seorang ulama yang masih hidup, maka manusia akan mengangkat pemimpin di kalangan orang-orang yang jahil (bodoh), jika (para pemimpin tersebut ditanya tentang kemusykilan agama) maka mereka akan berfatwa tanpa dasar ilmu, dengan itu mereka menjadi sesat dan menyesatkan. (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Ramailah sekarang ini yang berlagak seperti mujtahid. Bila berkata terus keluarkan hadith (itupun belum tentu ia menguasai bahasa Arab untuk tahu tentang hadith). Asal ada isu terus keluarkan hukum dari hadith.

Bolehkah jadi ulamak dengan hafal dan baca 10, 100 hadith sahaja?

Salah seorang ulama yang sezaman dengan Imam Ahmad pernah ditanya orang :
"Jika seseorang sudah dapat menghafal seratus ribu hadith, dapatkah ia dikatakan sebagai faqih...? "Tidak...!", jawabnya. "Dua ratus ribu hadith..?" "Tidak..!.. katanya. "Tiga ratus ribu hadith..?" "Tidak..! Jawabnya. "Empat ratus ribu hadith..? "Juga tidak..!, tetapi begini (iaitu lima ratus ribu) katanya sambil mengisyaratkan dengan sebelah telapak tangannya.

Banyaknya perlu dihafaz hadith. 500,000 hadith dihafaz baru dikatakan sebagai faqeh. Itupun ulamak amat berhati-hati apabila mengeluarkan hukum walaupun sudah hebat dalam ilmunya. Contohnya :

Imam Malik pernah berkata :

Jika seseorang diminta untuk berfatwa, sebelum memberikan jawapan ia wajib meletakkan dirinya antara Syurga dan Neraka, serta memikirkan nasibnya di Akhirat nanti, kemudian baru boleh ia memberikan jawapan (mengeluarkan fatwanya)".

Ibn al Qasim berkata :
"Aku pernah mendengar Imam Malik berkata : "Saya sedang memikirkan (jawapan) bagi suatu kemusykilan sejak beberapa puluh tahun dulu, tetapi hingga saat ini belum juga sampai kepada pendapat yang pasti".

Ibn Abi Layla pernah berkata :
"Saya menemui seramai seratus dua puluh orang Ansar dari sahabat Rasul sallaLLahu 'alaihi wasallam, jika seorang di antara mereka diajukan pertanyaan (diminta berfatwa), ia akan mengalihkannya kepada yang kedua, dan orang yang kedua akan mengalihkannya kepada orang ketiga dan seterusnya. Sehingga pertanyaan tadi kembali kepada orang yang pertama. Jika salah seorang daripada mereka diminta untuk berfatwa atau ditanya tentang sesuatu masalah, ia akan memohon sahabat yang lain menjawabnya.


Prof Dr Yusuf al Qardhawi, Al Fatwa Bayna Al Indibat al Tasayyub, Fatwa & Antara Ketelitian & Kecerobohan, 1996, Thinker's Library, Selangor.


Hebat betul ulamak dan para sahabat zaman dahulu, mereka amat warak (berhati-hati) sebab takut untuk mengeluarkan hukum. Takut berdusta atas ALlah dan RasulNya. Ini halal dan ini haram hak siapa untuk berkata? Sedangkan ALlah sendiri mengingatkan kita dalam firmanNya :

"Dan jangan kamu berani mengatakan terhadap apa yang dikatakan oleh lidah-lidah kamu dengan dusta; bahwa ini halal dan ini haram, supaya kamu berbuat dusta atas (nama) Allah, sesungguhnya orang-orang yang berani berbuat dusta atas (nama) Allah tidak akan dapat bahagia." (an-Nahl: 116)

Berbalik pada persoalan mengenai kalam Imam Syafie yang selalu digunakan oleh golongan tertentu untuk membenarkan tindakannya. Sebenarnya kalam Imam Syafie ini perlu difahami melalui ulamak yang mengikut mazhab syafie juga. Sebab mereka lebih arif dan mendalami apa pengertian sebenar kalam Imam Syafie yang dimaksudkan.

Imam Syafie ada menyatakan :

Apabila hadith itu sahih maka itulah mazhabku


Penjelasan :

Apa yang telah diucapkan oleh Imam Asy Syafie bahawa bila hadith itu sahih maka itulah mazhabnya. Ini bukan bererti bahawa kalau melihat suatu hadith sahih seseorang itu boleh menyatakan bahawa itu adalah mazhab syafie dan boleh diamalkan menurut zahirnya.

Apa yang tersebut di atas hanya ditujukan bagi orang yang sudah mencapai darjat ijtihad dalam mazhab Syafie sebagaimana telah kami terangkan sifat-sifatnya atau yang mendekati sifat tersebut.

Adapun syaratnya ialah ia harus mempunyai sangkaan yang kuat bahawa Imam Syafie rahimahuLLah belum pernah menemukan hadith tersebut atau tidak mengetahui kalau hadith itu sahih.

Untuk mengetahui hal ini, ia harus menelaah semua kitab Imam Asy Syafie dan kitab-kitab para ulama pengikutnya. Sudah tentu syarat ini sangat sulit dan jarang dapat dipenuhi. Adapun diisyaratkan demikian kerena Imam Syafie RahimahuLLah sendiri sering meninggalkan (tidak mengamalkan) hadith-hadith yang telah dilihat dan diketahuinya dan menurut pendapatnya bahawa hadith tersebut cacat dalam riwayatnya. atau maknanya sudah dinasakh, ditakhsis, ditakwil atau sebab lainnya.


Al Majmu' Syarah Al Muhazzab, Jilid I, hlm 64.

Sekarang sudah jelas bukan? Perkataan Imam Syafie itu ditujukan untuk individu yang mencapai taraf mujtahid. Hendak jadi mujtahid bukan calang-calang orang boleh memiliki taraf ini. Perlu mengikut disiplinnya. Sebagaimana nak jadi seorang doktor bedah, perlu ada mengikuti kursus-kursusnya, kena tahu tentang biologi, atonomi dalam badan, perkara yang berkaitan dengan saraf. Bolehkan siapa sahaja mengklaim dirinya sebagai doktor bedah? Dan kemudian terus melakukan pembedahan ke atas pesakit? Apa akan terjadi pada pesakit tersebut? Contohnya : pesakit A perlu dibedah pada tulang belakang, tetapi 'doktor bedah palsu' ini membedah pesakit dan mengeluarkan jantungnya. Jawabnya - tamatlah riwayat pesakit itu atas kejahilan 'doktor bedah palsu' terbabit. Kerosakan demi kerosakanlah yang dibawanya.

Itu baru contoh doktor bedah. Bagaimana pula perihal hukum hakam agama yang diserahkan kepada bukan ahlinya? Jawapannya sudah ada diberikan di dalam hadith di atas pada permulaan bicara.

Jom Islah!

14 ulasan:

Izzan Fahat berkata...

salam alayk..Alhamdulillah.syukur atas pencerahan.

cikgu_eya berkata...

salam...

ustaz, baru hari neh ana tau dengan lebih sedikit, kata2 imam syafie. sungguh lah, ramai sangat yang terlalu ingin mengeluarkan hukum. Namun, ada antara mereka menyatakan hukum2 tertentu berdasarkan rujukan tertentu...

maksudnya, mereka merujuk kitab kemudian, sekadar menyampaikan hukum yang dinyatakan dalam kitab. Ana tidak berpendapat kita memukul rata saja, mengatakan mereka mengeluarkan hukum... cumanya tidak dinyatakan mana sumber pembacaannya...

IbnuNafis berkata...

Wa'alaikumussalam warahmatuLlah,

Benar Cikgu Eya, dalam perkara sebegini ada beberapa golongan yang dapat kita lihat :

1. menulis hukum tanpa disertakan sumber mana.

2. menulis hukum dan memang ia arif mengenai hukum perkara tersebut berdasarkan pendapat ulamak

3. memang ia jahil dalam disiplin ilmu dan memandai-mandai dalam berhukum. - golongan ini amat berbahaya.

4. ia menulis mengenai hukum kerana terjumpa di dalam internet dan ia tidak mendalami mengenai permasalahan hukum di kalangan ulamak. Kemudian terus menjawab tanpa dilihat waqi' (keadaan orang yang bertanya) dan juga amalan mazhab majoriti penduduk di negara/tempat tersebut.

dan pelbagai lagi.

p/s : sekadar melihat dari pelbagai sudut berdasarkan pengalaman.

Jongos D Macho berkata...

Berkata Imam Syafie ra :



" Kamu lebih alim tentang hadith dan ilmu rijal dari aku (katanya kepada Imam Ahmad ibn Hanbal) maka jika sesuatu hadith itu sahih maka beritahulah aku tentangnya…"
(rujuk Ibn Abi Hatim dalam kitabnya "Adabul Syafi'ie", m/s 94).

"Barangsiapa yang bertaqlid pada mengharamkan sesuatu atau menghalalkan sesuatu dan jelas taqlidnya itu berlawanan dengan hadith dan kerana taqlidnya itu menyebabkan dia dilarang atau menyekatnya dari beramal dengan sunnah maka sesungguhnya dia telah mengambil orang yang ditaqlidnya itu sebagai tuhan selain dari Allah swt ."
(rujuk Ibn Abi Hatim dalam kitabnya "Adabul Syafi'ie", m/s 94).



Wallahualam.

Jongos D Macho berkata...

Bukan ana nak menghukum sesiapa dan siapa lah ana utk menghukum orang lain.Tetapi ana sarankan bacalah blog ini http://ustaz.blogspot.com/2005/11/wahabi-myth-dispelling-prevalent.html

Jangan emosi tetapi bacalah dgn hati yang terbuka.Jika tidak menerimanya ambilah menafaat darinya,sbg mana ana mengambil menafaat dari blog anta

Jazakallah

Jongos D Macho berkata...

Maafkan ana.. ini blog nya

http://ustazshauqi.blogspot.com/2007/12/antara-aliran-salafi-dan-sufi.html

IbnuNafis berkata...

Terima kasih Tuan Jongos D Macho. Saya tertarik dengan ungkapan Imam Syafie iaitu :

Berkata Imam Syafie ra :



" Kamu lebih alim tentang hadith dan ilmu rijal dari aku (katanya kepada Imam Ahmad ibn Hanbal) maka jika sesuatu hadith itu sahih maka beritahulah aku tentangnya…"
(rujuk Ibn Abi Hatim dalam kitabnya "Adabul Syafi'ie", m/s 94).

Kepada siapa Imam Syafie berkata? Lalu jawapan ini ditujukan kepada Imam Ahmad. Siapakah Imam Ahmad Tuan Jongos? Beliau adalah mujtahid mutlak dan sudah tentulah ilmu dan disiplin ilmunya itu melayakkan dirinya untuk mengeluarkan hukum.

Jadi dimanakah titik persamaan perkataan Imam Syafie kepada Imam Ahmad ? Iaitu kedua-duanya mempunyai disiplin ilmu yang mantap. BAHKAN DENGAN ADAB SEKALI IMAM SYAFIE berkata dengan Imam Ahmad tersebut. Maka tidak lari dari apa yang telah dijelaskan oleh artikel di atas. Iaitu jangan memandai-mandai dalam urusan agama.

Tahukah tuan apakah alat-alat yang diperlukan untuk menjadi seorang mujtahid? Seorang ulamak yang faqeh? Fahamkah tuan apakah itu ALIM RIJAL ? Di sini saya dapati sudah ada disiplin ilmu yang ditambahkan untuk menjadi seorang ulamak iaitu dalam bab hadith ia perlulah seorang yang pakar dalam rijal al hadith.

Fahamilah tuan, kitab-kitab induk Imam syafie seperti dalam kitab al Risalahnya menyebutkan :

Berkata Imam al-Shafie Rahimahullah (nasir al-sunnah) dalam kitabnya al-Risalah (Hal: 510) yang bermaksud: Tidaklah berijtihad (qiyas) kecuali sesiapa yang mempunyai kemampuan iaitu ilmu mengenai kitabullah samada perkara fardhunya, kesusasteraannya (balaghahnya), nasikhnya, mansukhnya, ‘amnya, khasnya dan panduannya. Dia (mujtahid) berdalilkan pada perkara-perkara yang boleh ditakwilkan dengan sunnah Rasulullah SAW. Sekiranya tidak ada, maka dengan ijma’ al-muslimin. Sekiranya tiada ijma’, maka dengan qiyas.

Kemudian Imam Syafie berkata lagi: Tidaklah boleh untuk sesiapapun berijtihad sehingga ia menjadi alim dengan sunnah-sunnah, perkataan-perkataan Salaf, persepakatan masyarakat dan perbezaan pandangan di kalangan mereka dan mahir bahasa Arab.

Imam Shafie berkata lagi: Tidaklah boleh untuknya berijtihad (qiyas) sehingga dia merupakan seorang yang berakal sehingga boleh membezakan antara yang musytabih, tidak gopoh untuk memperkatakan sesuatu sehingga ia mempastikannnya.

Tambah Imam besar itu lagi: Dia (mujtahid) tidak menolak untuk mendengar pandangan orang yang menyanggahnya kerana kemungkinan melalui mendengar tersebut dapat mengelakkan lupa dan menambah keyakinannya pada perkara yang ia yakin kebenaran.

Imam Shafie berkata lagi dalam kitabnya al-Risalah (Hal. 511): Manakala sesiapa yang sempurna akalnya, namun bukan seorang yang berilmu (sebagaimana diperkatakan tadi), tidak halal baginya berijtihad, kerana sesungguhnya dia tidak mengetahui apa yang diijtihadkannya, sebagaimana tidak dibolehkan seorang ahli fiqh memperkatakan mengenai harga dirham walhal dia tidak mempunyai pengalaman di pasar.

Fahamilah tuan bagaimana adab dan disiplinnya untuk menjadi seorang ulamak bahkan seorang ulamak mujtahid. Apa pemahaman kita tentang hadith RasuluLlah yang mengingatkan tentang mereka yang jahil dan kemudian berani mengeluarkan fatwa?

Dari AbduLLah ibn Amr radiyaLLahu ‘anhu bahawa RasuluLlah sallaLLahu ‘alaihi wasallam bersabda yang bermaksud :

ALLah subhanahu wa ta’ala tidak akan mengangkat ilmu pengetahuan dengan cara mencabutnya dari hati ulama, tetapi dengan cara mematikan mereka, dan jika sudah tidak ada lagi seorang ulama yang masih hidup, maka manusia akan mengangkat pemimpin di kalangan orang-orang yang jahil (bodoh), jika (para pemimpin tersebut ditanya tentang kemusykilan agama) maka mereka akan berfatwa tanpa dasar ilmu, dengan itu mereka menjadi sesat dan menyesatkan. (Riwayat Bukhari dan Muslim)

WaLlahua'lam

Jongos D Macho berkata...

alhamdulillah mmg ana punya persetujuan dgn anta mengenai Imam al-Shafie .Persoalannya adakah kita di Malaysia mengamalkan apa yg Imam al-Shafie amalkan?.Salahkah ada ilmuan yg cuba membetulkan keadaan,ya sheikh ana sanjung Imam al Shafie dan ketinggian ilmunya.Kita di negara ini selalu berkata kita bermahzab Al Shafie sbb bila kita lahir telah dicop org di Malaysia hendaklah bermahzab Shafie akan tetapi adakah kita mengamalkan apa yg Imam Shafie ajarkan?..
Saya satu contoh -kenduri arwah adakah ini yg di ajarkan oleh Imam Shafie bahkan ulama nusantara mengharamkannya contoh Sheikh Idris Al Marbawi.
Dan setiap ulama negara ini yg menegur pasti di labelkan sebagai memandai
Ini contohnya
http://www.youtube.com/watch?v=aCsH-Qp2Hq8&feature=related

IbnuNafis berkata...

Tuan Jongos, adakah tuan sedar Imam syafie membenarkan anak muridnya mengikutinya, bahkan beliau adalah orang yang menyusun kaedah usul feqh dan begitu juga menyatukan di antara Al quran dan hadith.

Tuan tahukah bahawa di dalam mazhab Syafie sendiri ada ulamak mujtahid dalam fatwa dan dalam mazhab, antaranya Imam an Nawawi, Imam ibnu Hajar al Asqolani :)

Tuan tidak perlulah membawa permasalahan khilafiyyah yang sudah ada jawapan sebagaimana yang tuan timbulkan di bawah. Ulamak mujtahid mengajar kita untuk tidak saling sesat- menyesatkan, kafir mengkafirkan, syirik-mensyirikkan. Dan tidak perlu pula tuan membawakan pendapat Sheikh al marbawi (tanpa dilihat syarahnya) tanpa melihat pendapat ulamak-ulamak yang lain.

Janganlah digunakan pendapat ulamak semata-mata untuk kepentingan golongan sendiri. Pada satu masa bukan main lagi digunakan pendapat Sheikh al Marbawi, Imam Syafie, Imam Maliki,Imam Ramli, Imam Hanafi dan Imam Hambali untuk menegakkan hujjah. Pada satu masa yang lain bukan main lagi Imam-imam besar ini dan ulamak-ulamak serta majoriti umat Islam yang mengikut mazhab dilekehkan, dihina, dan kemudian dihukum pula sesat sebagaimana yang dilakukan oleh Ulamak Wahhabi Salafi.

Bukan sahaja ulamak Mazhab Syafie dihukum sedemikian rupa. Bahkan 3 Imam besar yang lain.

Contohnya yang berlaku sendiri pada Imam An Nawawi dan Imam Ibnu hajar al Asqolani yang telah dihukum sesat oleh Ben Baz dan Sheikh Uthaimin.


Perlahan-lahan rupanya golongan ini hendak membawa umat Islam bertaqlid kepada mereka pula.

Jadi saya tidak mahu memanjangkan persoalan khilafiyyah yang tuan boleh baca sendiri jawapannya di dalam HTTP://JOMFAHAM.BLOGSPOT.COM.

Saya tidak akan membalas lagi persoalan atau perbahasan khilafiyyah yang dibawa oleh tuan.

Terima kasih kerana mengikuti blog ini. ^_^

WaLlahua'lam

Jongos D Macho berkata...

Huhuhuhu..bila dikata kan ulamak salaf menghukum ulamak mahzab ada satu jenaka yang teramat lucunya di abad ini.Ya sheikh , utk apa ulamak yg di labelkan salaf utk berbuat demikian?.Setahu ana mrk merujuk pada al quran dan hadis.hukum kenduri arwah tidak termasuk dlm perihal khilafiah.baik baik mahzab hanafi,maliki,shafie,hambali dan juga beberapa mahzab lain.
(Kerana ia termasuk dlm ratapan kematian) ya sheikh ada pun doa qunut termasuk dlm bab khilafiah,ada pun meletak batu nisan berukir nama adalah khilafiah krn mahzab maliki membenarkannya manakalah mahzab shafie mengharamkannya.Adapun anak ana yang lahir di bumi malaysia bila diketika lahirnya diguris di dahi "sesungguh anak anda bermahzab shafie".sila rujuk sambungan

Jongos D Macho berkata...

Zakat Fitrah di Malaysia guna mahzab mana sheikh?Nasihat ana jgn terlalu fanatik mahzab.Sesungguh ke empat empat imam itu tinggi keilmuannya mustahil utk ana memperlekehkan mrk apatah lagi mengatakan mrk sesat.Mrk beristihad atas pengetahuan yg mrk ada, sbb itu sebilangan mrk mempunyai pendapat pertama dan pendapat kedua-MEREKA TIDAK MAKSUM YA SHEIKH.Bila dikatakan begitu bukan untuk memperlekehkan mungkin ada hadis yang di riwayatkan oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim tiada pada zaman mereka.Kecuali Imam Ahmad yang memang alim dalam ilmu hadis,beliau menuntut dgn imam Shafie." Kamu lebih alim tentang hadith dan ilmu rijal dari aku (katanya kepada Imam Ahmad ibn Hanbal) maka jika sesuatu hadith itu sahih maka beritahulah aku tentangnya…"
(rujuk Ibn Abi Hatim dalam kitabnya "Adabul Syafi'ie", m/s 94).
Untuk mengatakan ulamak salaf sebagai menperlekehkan ulama mahzab ada begitu lucu sedangkan ibnu tamiyah bahkan muhammad abdul wahab itu sendiri bermahzab hambali.benarlah hadis nabi yg di riwayatkan oleh ibnu masood akan datang diakhir zaman perkara bidaah akan dianggap sunnah manakala perkara sunnah dianggap bidaah.contoh bila di gerakkan jari ketika tasyahud di anggap wahabi ..kalau tak nak buat tak payah ler tuduh org sedemikian rupa.sedangkan hadis tersebut ada didalam riwayat imam muslim.Dari Ibnu ‘Umar radhiyallahu ‘anhu. Dia berkata:

“... Dan apabila beliau Shallallahu ‘alaihi wa Sallam duduk sambil (membaca tasyahud), beliau meletakkan telapak tangan kirinya di atas lutut kirinya (dan mengembangkannya/menghamparkannya di atas lutut beliau). Beliau menggenggam jari-jari tangan kanannya (dengan ibu jari) dan mengisyaratkan dengan jari telunjuk beliau (ke arah kiblat dan memfokuskan pandangan beliau kepada jari telunjuknya).” (Hadis Riwayat Muslim, Abu ‘Awanah, dan Ibnu Khuzaimah. Lihat: al-Albani, Sifat Solat Nabi, m/s. 195, Media Hidayah. Juga Sifat Solat Nabi, jil. 3, m/s. 38, Griya Ilmu)

Menurut Syaikh al-Albani, Abu Ya’la memberikan tambahan dengan sanad sahih dari Ibnu ‘Umar:

“Menggerak-gerakkan jari telunjuk ini sebagai pengusir Syaitan. Seseorang tidak akan menjadi lupa selama dia menggerakkan telunjuknya.”Nukilan dari kitab-kitab Mazhab Maliki:

“ (Ketika bertasyahud) ... Disunnahkan juga untuk sentiasa menggerak-gerakkannya dengan gerakkan yang ringan (sedang) ke kiri dan ke kanan dari awal tasyahud sehingga selesai. Ada pun tangan kiri dihamparkan di atas paha kiri dan tidak ada jari yang digerakkan atau diacungkan.” (at-Talqin, m/s. 102-103. Bulughus Salik, 1/120. Al-Fawaakih ad-Dawaani, 1/223. Rujuk: Dr. Muhammad Umar Salim Bazmul, Ensiklopedi Tarjih, m/s. 348, Darus Sunnah)
Bahkan bila merapatkan saf juga dikatakan wahabi(berdiri solat dengan cara terkangkang)
sedang ada hadis mengenainya.
Maksud: Dari Anas B. Malik (radhiyallahu 'anhu), beliau menjelaskan bahawa Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam menyuruh supaya para makmum merapatkan saf-saf mereka dan Nabi akan dapat memerhatikan mereka dari belakang. Dan pada ketika itu masing-masing di antara kami pun saling merapatkanlah bahu dengan bahu dan telapak kaki dengan telapak kaki yang di sebelah. (Hadis Riwayat al-Bukhari, Shahih al-Bukhari, Kitab al-Azan, 3/154, no. 683)
Bila ada ulamak yang menegur akan dilabelkan sbg wahabi atau memandai..
Sila rujuk..
Utk tahlil arwah
http://www.youtube.com/watch?v=aCsH-Qp2Hq8&feature=related
Utk perihal khilafiah
http://ustazshauqi.blogspot.com/2007/12/antara-aliran-salafi-dan-sufi.html
Untuk mengetahui mitos wahabi
http://ustaz.blogspot.com/2005/11/wahabi-myth-dispelling-prevalent.html
Bukakanlah minda, apa pun pegangan anta .Jauh sekali utk ana mengatakan anta sbg sesat,krn mungkin anta beristihad atas apa yg anta ketahui.Tapi bila ana memberi tahu apa yang ana ketahui jgnlah dituduh kami sbg memandai.wassalam

Jongos D Macho berkata...

Syukran Jazilan, walau apa pun kefahaman anta.Ana tetap berterima kasih atas sumbangan anta berdakwah

IbnuNafis berkata...

Nampaknya benarlah, memang tuan ini tidak beradab di tempat orang tuan jongos.

Memang beginilah yang berlaku bila kita hendak memberikan kefahaman, agar kita jangan memandai-mandai mengeluarkan hukum tanpa disiplin ilmu. Mulalah terasa panas. Sedangkan kita hendak memberi nasihat. Bahkan ingin memberitahu betapa besarnya bahaya orang yang memandai-mandai berfatwa tanpa ada ilmu.

Bila sudah diterangkan mengenai kalam Imam syafie, disertakan sekali dengan syarahnya dari Imam Nawawi iaitu ulamak dari Mazhab Syafie.

Tuan Jongos ini pula pusing mengenai perkara khilafiyyah. Dibuka pula tentang kenduri arwah, padahal sudah disebutkan ia adalah perkara khilafiyyah. Ada ulamak yang menerimanya, ada ulamak yang menolak. Dan masing-masing ada perbahasannya. Saya tidak melihat melainkan Tuan Jongos sendiri tidak dapat menerima perbezaan pandangan tersebut. Mengapa?

Dan lagi, tuan menuduh saya taksub pada mazhab? :) Tunjukkan bukti saya taksub pada mazhab? Bukankah artikel yang saya tulis ini ingin memberi kefahaman mengenai bahayanya memandai-mandai dalam hukum agama. Membetulkan kefahaman mengenai kalam Imam Syafie yang selalu disalahgunakan.

Apa kaitannya dengan taksub mazhab? Siapa sekarang ini yang taksub pada golongannya sendiri yang menyangkan dirinya sudah benar?

Tuan sudah menghafaz hadith sampai peringkat mana? Tuan sudah sampai darjat ulamak mujtahid peringkat apa ? Berapa ratus ribu hadith yang tuan hafaz untuk melayakkan tuan menjadi faqeh sedangkan adab tuan sendiri terabai dalam blog orang lain?

Kerana itulah saya malas hendak berbincang perkara furuk sebegini. Dan lawati sahaja blog yang sudah sedia ada. Sebab jawapannya ada disitu. Bahkan sudah diberikan juga pada awal sekali dalam blog JOMFAHAM itu ADAB DALAM PERKARA KHILAFIYYAH.

Tuan sendiri bertaqlid buta dengan blog-blog yang tuan berikan. Siapakah penulis blog-blog tersebut? Sudah sampai peringkat mujtahidkah mereka itu?

Perbincangan yang tuan bawakan pun sudah libang libu. Sepatutnya perkara ini dikhususkan kepada BAHAYA MEMANDAI-MANDAI DLAM URUSAN AGAMA. Tetapi apa yang berlaku? Tuan sendiri berpusing-pusing hingga lari punca.Apa tujuan berbuat demikian ?

Alangkah sekiranya tuan ini sudah menghafaz ayat al Quran dan Hadith - tetapi akhlak tuan dengan ulamak sendiri pun masih terkapai-kapai. Fikirkan balik sebenarnya apa tujuan tuan membaca al Quran dan hadith. Apa tujuan belajar yang sebenarnya? Kerana ALlah atau tujuannya untuk menimbulkan permusuhan?

JazakaLlah.

IbnuNafis berkata...

Sekiranya tuan sudah mencapai taraf mujtahid, dan blog yang tuan sebutkan tersebut memang sudah tiada cacat celanya, pasti benar hujjahnya.

Silalah untuk mengikut blog tersebut dan bertaqlid dengan mereka.

saya berlepas diri dari golongan dan mereka yang berlagak seperti ulamak. Sedangkan hakikatnya memandai-mandai dalam urusan agama.

WaLlahua'lam