Isnin, 5 Oktober 2009

Peniaga Kita : Marilah Perbaiki Cara Berniaga

Makanan adalah produk yang paling banyak di pasaran orang kita. Boleh dikatakan di mana-mana tempat di Malaysia ini produk yang paling laris dijual adalah dalam bentuk makanan. Samada keluaran dari pasar tani, industri kampung, kecil, warung, restoran, kedai makan, kedai pacak (yang tiada lesen perniagaan biasanya dapat dilihat di tepi-tepi jalan) dan sebagainya.

Tidak semua peniaga kita ada sikap seperti di bawah ini, tetapi ada segelintir peniaga yang mempunyai habit yang negatif ini yang perlu diubah.

Peniaga kita

Saya mengharapkan sikap berhasad dengki sudah pupus di hati peniaga kita sekarang ini. Sudah tiada lagi yang menghantar santau, meletakkan tanah dari kubur, menggunakan bomoh, menggunakan ayat al Quran di dinding hanya sebagai pelaris tetapi pemilik premis dan pekerjanya selalu culas solat dan tidak menutup aurat. Samada tujuannya untuk mendapatkan keuntungan atau menutup periuk nasi peniaga lain. (Ingatlah, di dunia kita boleh lepas.. tapi di hadapan ALlah, apa yang hendak dijawab nanti?)

Tentu lebih cantik jika ikhlas itu dapat diterapkan dalam perniagaan masing-masing. Maka tentulah tidak timbul 'makcik kantin menjual makanan pagi tadi'. Tentu tidak timbul lagi air soya masam, atau kuih basi berbau tengik sehingga pembeli terpaksa keluar masuk tandas berulang kali menahan sakit.

Tiada duit kecil?

Masalah remeh seperti ini selalu dilihat dan dijadikan tabiat peniaga kita. Asal ada sahaja 'duit besar' maka jawapan yang paling menghampakan - 'maaf cik, takde duit keciklah'. Agaknya pembeli itu akan kembali lagi atau tidak ke kedai yang dimiliki oleh peniaga yang pemalas untuk menyiapkan duit tukaran?

Susah hendak senyum

Bila pembeli datang menyapa (walaupun kadang-kadang tak beli, sekadar 'survey' sahaja) senyumlah wahai peniaga. Muka yang kelat dan masam, seolah-olah yang membeli itu musuh, dan yang datang itu adalah bala. Sedangkan bila orang datang membeli sebenarnya kita boleh menyebarkan dakwah iaitu dengan senyuman. Berkat juga rezeki nanti.


Kreativiti kurang

Orang Cina yang pandai berniaga, mereka tidak akan berniaga dengan satu produk. Ataupun mereka tidak akan menjual barangan yang sama dengan pesaing yang lain. Ini kerana mereka cerdik dari segi pemasaran dan cara meluaskan perniagaan untuk mendapatkan keuntungan.

Jika contohnya satu kedai menjual tayar, maka kedai-kedai yang lain akan menjual pula barang yang berkaitan dengan kereta seperti alat 'audio system', lcd, pelekat pelindung cermin, dan seterusnya ada pula syarikat menjual kereta baru dan terpakai. Bijakkan cara mereka meniaga?

Cuba fikir bagaimana pula orang kita berniaga?

Kerajaan sudah memberi banyak peluang untuk mewujudkan usahawan muda, silalah gunakan peluang ini dengan baik. Tidak rugi ilmu yang ada sekiranya dapat dikongsikan dengan orang lain. Tidak hilang amal jariah apabila dapat bekerjasama untuk mewujudkan ekonomi yang mantap di kalangan umat Islam di Malaysia.

4 ulasan:

Jongos D Macho berkata...

Tulisan yang padat dan menarik.
Terima Kasih

Werdah berkata...

Salam,

Dalam al-Quran Allah iktiraf profesyen berniaga.. tetapi peniaga yg macam mana? tentulah jujur tidak menipu, peniaga yg sibuk tetapi idak meninggalkan ibadat..

Kalam Sunnah berkata...

wa'alaikumussalam warahmatuLlah,

Saya percaya masih ada peniaga yang jujur di zaman ini, tetapi jumlahnya semakin berkurangan.

Alangkah baiknya jika berniaga dengan jujur, ia dikenali orang dengan gelaran - inilah peniaga yang jujur, namanya semerbak, dan tentulah kejujuran itu menjadi satu dakwah kepada orang lain pula.

Begitulah yang sebaliknya, jika peniaga yang tidak jujur. Orang pula mengatakan : inilah peniaga yang penipu itu. Busuklah namanya di merata-rata, hingga tidak dipercayai lagi oleh pembeli yang lain.

Semoga ALlah memberi petunjuk kepada peniaga-peniaga yang bersikap tidak jujur, dan semoga ALlah merahmati dan memberkahi rezeki peniaga-peniaga yang jujur.

Sakinah berkata...

Salam,

Susah senyum tu memang banyak
Orang cina lagi ramah layan pelanggan

kalau kedai gunting, orang melayu tak sensitif dgn pelanggan wanita Islam
Ada orang cina pula sediakan tempat terlindung untuk wanita Islam