Sahabat saya (abang lan) meminta mengulas mengenai isu ini. Di dalam akhbar heboh menceritakan mengenai penangkapan Dr Asri oleh JAIS kerana memberikan ceramah atau kuliah agama tanpa tauliah dan sebelum kejadian itu pula terdapat memorandum yang dihantar oleh NGO Islam yang ditandatangani antaranya oleh :
Badan-Badan Bukan Kerajaan Yang Menyokong Memorandum ini –
1. Persatuan Pegawai-Pegawai Syariah Malaysia
2. Yayasan Sofa Negeri Sembilan
3. Yayasan Jenderami
4. Pertubuhan Muafakat Masyarakat Sejahtera (MUAFAKAT)
5. Persatuan Peguam Syarie Malysia
6. Persatuan Peguam Muslim Malaysia
7. Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)
8. Persatuan Alumni Kolej Islam (ALKIS)
9. Jemaah Islah malaysia (JIM)
10. Persatuan Ulamak Malaysia
11. Yayasan Paksi Kedah
12. Persatuan Ulamak Kedah
13. Teras Pengupayaan Melayu (TERAS)
Mengenai tauliah ada juga yang bertanya, mengapa mengajar agama perlu ada tauliah ? Bagi saya Islam mengajar kita kaedah : mencegah lebih baik dari merawat, dan ia adalah sebahagian dari usaha jabatan-jabatan agama untuk menjaga kemaslahatan ammah. Ia bagi mengelakkan orang yang tidak bertanggungjawab sewenang-wenangnya mengajar ajaran yang menyeleweng walaupun atas dasar beliau ada PhD sekalipun atau bekas mufti.* Setelah saya memeriksa di Bahagian Penguatkuasaan Undang-undang Syariah, rupa-rupanya Negeri Perlis juga menjalankan tindakan yang sama terhadap mereka yang tidak mempunyai tauliah untuk mengajar agama. Iaitu :
Persoalan : Semasa Dr Asri menjadi mufti di Perlis beliau juga pernah menghalang tiga tokoh Ulama Mazhab Syafie dari Yaman untuk memberikan ceramah tanpa tauliah. Oleh itu, mengapa Dr Asri sendiri tidak dapat mengikut undang-undang di negeri lain pula ?
"KESALAHAN-KESALAHAN DI BAWAH ENAKMEN JENAYAH DALAM SYARAK 1991 NEGERI (Perlis)":-
Bilangan: 29 Seksyen: 33- Kesalahan: MENGAJAR AGAMA TANPA KEBENARAN:- Hukuman: Denda RM1,000 @ Penjara 6 bulan @ kedua-duanya
Bil: 30 Seksyen: 34*- MENGAJAR @ MENJALANKAN SESUATU ISTIADAT YANG BERTENTANGAN DENGAN HUKUM SYARAK YANG DIAMALKAN DI NEGERI PERLIS Hukuman: Denda RM5,000 @ Penjara 3 tahun @ kedua-duanya
* Boleh tangkap tanpa waran
[dinukil dari http://islam.perlis.gov.my/index_files/penguatkuasa.htm ]
Zaman ini, ramai yang mengaku pendokong al Quran dan sunnah tetapi salah ajaran. Malahan ada yang mentafsirkan al Quran mengikut aqal sendiri seperti laman blog yang merbahaya ini : Http://manatuhanallah.blogspot.com. Sekiranya dibenarkan siapa sahaja mengajar tanpa tauliah yang khusus, Ayah Pin, Anti Hadith, Ajaran Kahfi pun boleh menyampaikan fahaman mereka. Maka apa akan jadi pada pemahaman rakyat jelata ?
Jadi sementelahan hanya mendengar banyak pihak yang menyokong Dr Asri, mengapa pula kita tidak mendengar penjelasan JAIS mengenai penahanan beliau ?
Bagi mereka yang sudah banyak mendengar penjelasan dari Dr Asri mengenai memorandum yang dihantar oleh NGO Islam di youtube. Maka saya juga ingin mengajak mereka yang benar-benar inginkan kebenaran agar menilai pula pandangan sisi lain mengenai Dr Asri selama ini Sila Klik :
1. Hakikat Sebuah Kebenaran : Tugas Membela Mufti Yang Difitnah
2. Wahai Dr Asri Tolong Jangan Memperlekehkan Ulamak
3. Sheikh Nuruddin Al Banjari Menjawab Isu Hadith Musalsal Bil Musafahah Yang Dibangkitkan Oleh Dr Asri
4. Belajar Menyelidik Sebelum Terima Bulat-bulat Dan Menghukum
5. Tanggapan Kembara Ilmu Ke India - DR MAZA
6. Mereka (Kristian) Hendak Menggunakan Kalimah ALlah ?
7. Sanggahan Pengikut Imam Abu Hasan Al Asy'ari Terhadap Dakwaan Dr Asri
8. Komen Terhadap Artikel Islam : Antara Nas Dan Pendapat Tokoh
9. Komen Terhadap Artikel "Islam Antara Nas Dan Pendapat Tokoh" (Dr Asri)
10. Dr Asri Perlu Ditakdibkan (diperadabkan) - Ketua Pengarah Jakim
11. 'Krisis' Agama Rugikan Umat
12. Asri Wajar Ditahan, Tidak Ikut Undang-undang
14. Sultan Tegas Isu Tauliah Ceramah
15. Mufti Pahang Sokong Tindakan Jais
16. Soal Jawab Agama : Perbezaan Furu' Bukan Pemecah Belah
17. Isu Dr Asri : PGSM Pertahan Memorandum, Tiada Permohonan Maaf
18. Tauliah Elak Penyelewengan
19. Memahami Isu Penangkapan Dr Asri
20. Dr Asri Mungkir Janji
22. Penceramah Agama Di Johor Perlu Kebenaran Maij
Isu ini masih belum selesai, dan saya dapati Dr Asri meraih simpati oleh ramai tokoh politik malahan juga ilmuwan agama. Walaubagaimanapun, saya percaya yang hak tetap akan datang, dan yang batil akan padam jua.
Semoga terbukalah minda dan mata hati. Nilaikan dengan neraca kebenaran, bukan dengan taksub dan taqlid buta.
Begitulah, bila dahulu perlekehkan ulamak lain, perlekehkan mufti lain. Mungkin ALlah nak tunjukkan sesuatu pada Dr Asri.
Mengapa akhirnya perlu ditunjuk Ijazah itu..
Mengapa ada memorandum sehingga seramai itu NGO yang membuatnya.
Mengapa didedahkan akhirnya siapa Dr Asri
Mengapa dirinya dilihat menguasai suratkhabar
Ditunjukkan juga siapa yang mahu berfikir, dan siapa yang hanya menerima sahaja membuta tuli.
Mengapa beliau perlu mempertahankan dirinya,
Mengapa mufti juga menegur
Mengapa orang awam pun menunjukkan bukti kesalahannya
Mengapa juga ramai yang menyokong di dalamnya adalah parti politik semata-mata bahkan SIS yang diketahui adalah amat memusuhi al Quran dan Hadith. Sehingga pernah menyatakan Al Quran perlu ditafsirkan semula.
Cantik teguran ALlah itu, buat dia, buat kita semua.
Saya membenarkan kepada sahabat yang lain yang mencari kebenaran agar dapat disebarluaskan pendedahan di dalam artikel ini. JazakumuLlah.
15 ulasan:
Saya harap saudara juga lebih terbuka. Maaf saya bukan hendak menilai ilmu agama saudara, tetapi kajilah ilmu hadis juga, bukan sekadar ilmu fiqh dan sufi sahaja, kelak saudara akan memahami bahawa apa yang diperkatakan Dr MAZA itu adalah benar.
Saya bukan penyokong atau taksub Dr MAZA, cuma apabila yang benar atau ulamak diperlekeh dan diperhina sedemikian rupa, cubiit peha kanan, peha kiri terasa. Cuma satu kesalahan Dr MAZA ialah [jika ia dilabel sebagai kesalahan] ialah beliau lantang dalam memperkatakan kebenaran.
Mengenai beliau meraih simpati pemimpin, bukan kerana pemimpin itu bersimpati, bahkan kerana mereka celik mengenai apa yang diperkatakan oleh Dr MAZA. Kerana bukti beliau yang kukuh [disebabkan beliau ahli dalam ilmu, kerana beliau pakar dalam bidang hadis, sebagai mana yang kita tahu, KITA BERPEGANG KEPADA AL-QURAN DAN SUNNAH, BUKAN KEPADA IMAM MAZHAB]
Jadi, kembalilah kepada al-Quran dan Sunnah. Ia sumber utama dalam mempraktis Islam, lebih didahului berbanding imam mazhab, lebih hujjah dari kata-kata manusia..
WA~
Assalamualaikum..
Terima kasih kepada ibnunafis atas ulasan yang pada saya sgt jelas utk kita menilai siapa dia dr.MAZA ni. Saya bukanlah seorang yang bijak dalam mentafsir hadis atau berhak utk bercakap agama tapi pada saya tindakan dr.Asri seperti merendah2kan penulis kitab Barzanji adalah satu tindakan yang tidak wajar. Kalaupun dia tak bersetuju, cukuplah mengatakan bahawa 'buatlah kajian mendalam dahulu mengenai barzanji' tak perlu sampai menghina penulisnya. Jika ia menghina dan merendah2kan penulisnya, bermakna dia juga merendah2kan semua guru-guru yang berkaitan dengan penulis kitab al-barjanji tu.
Saya rasa, kita jangan mengikut seseorang terlalu fanatik dan tidak pernah memikirkan dia juga seorang manusia yang ada hati dan perasaan. Oleh itu, pada semua pengikut2 setia dr.asri, nilailah sesuatu dengan matahati bukan perasaan. Sy tak kata semua yg dikeluarkan oleh dr.asri tu salah tapi cuba2lah membaca atau mendegar pendapat org lain juga. Kan Islam tu berkembang atas dasar keadilan pada semua. Nabi Muhammad pun pernah mendengar kata sahabatnya ketika nak keluar untuk berperang Uhud...
HANYA SEKADAR RENUNGAN BERSAMA...BUKAN UNTUK BERTENGKAR SESAMA ISLAM
Assalamu'alaikum Muhaddis,
Terima kasih kerana berkunjung ke blog saya, dan saya berharap sekiranya anda berkunjung ke blog orang lain pada masa akandatang. Beradablah sebagaimana yang diajar oleh ALlah dan RasulNya iaitu memberi salam.
Saya melihat saudara menulis tanpa membaca lagi pendedahan yang telah disebutkan untuk kita sama-sama menilai sendiri. Insya ALlah, saya belajar ulumul hadith, ulumul quran, usul feqh dan feqh serta kaedah-kaedahnya dahulu. Semasa belajar dahulu pun saya diajar untuk menghormati para ulamak muktabar.
Untuk memahami al quran dan hadith, bukan hanya dengan baca sahaja al Quran atau hadith kemudian terus kita ikut. Sedangkan disiplin ilmunya kita jahil.
Contohnya : RasuluLlah dibenarkan berkahwin lebih dari 4 dalam satu masa, maka bolehkah kita ikut sunnahnya ini? Sedangkan ia adalah khusus untuk RasuluLlah. Ada juga dalam Hadith yang kita takkan faham kecuali ulamak feqh.
Bila pula Imam Mazhab itu tidak berpegang kepada Sunnah? Mungkin anda boleh buktikan tuduhan ini. Bahkan anda perlu tahu RasuluLlah menyatakan bahawa 3 kurun yang pertama adalah kurun yang terbaik. Zaman itu iaitu zaman RasuluLlah dan para sahabat, tabi'ien, dan tabi'u tabi'en. Inilah dipanggil zaman salafussoleh. Imam Mazhab itu sendiri hidup di zaman Salaf.
Sumber utama yang anda maksudkan itu perlu dipelajari dengan lebih mendalam sebelum kata nak mengikut - dan ia perlu juga difahami melalui ulamak. Adakah anda hendak menyatakan ikut hadith itu dengan pengetahuan sendiri? Sedangkan anda sendiri mengikut pendapat Dr Maza.
Jadi di sini, adakah anda mengikut Sunnah atau mengikut MAZA ?
Dr Maza itu sendiri pun ada ijazah bahasa arab dan minor dalam syariah, kemudian baharulah ambil hadith. Ada Dr Asri mengajar anda bahawa perlu terus mengambil al Quran dan hadith terus sebagai rujukan tanpa belajar dahulu perkara-perkara asas dalam belajar ?
Jika beliau sendiri mengajar begitu saya tidak tahulah. Kerana para sahabat sendiri pertamanya belajar dengan RasuluLlah, dan bertanya jika tidak tahu. Bahkan bila RasuluLlah meninggal dunia, mereka belajar pula dengan saidatina Aisyah. Manakala umat Islam yang lain bertanya dan belajar dengan sahabat. Di situlah bermulanya mazhab. Mazhab ibnu mas'ud, Abu Bakar as Siddiq, dan sebagainya. Ada sesiapa yang melarang atau mempertikaikan antara satu dengan yang lain bila ada berbeza pandangan dengan perkataan sesat, syirik tanpa hak seperti Dr Asri ?
Jika ada anda kena buktikan.
Assalamulaikum Ibnunafis ketemu lagi kita di alam maya ini. Ana tertarik dengan contoh perkahwinan dan sunnah nabi
Sila Rujuk Al Ahzab ayat 33
50. Hai Nabi, sesungguhnya Kami telah menghalalkan bagimu isteri- isterimu yang telah kamu berikan mas kawinnya dan hamba sahaya yang kamu miliki yang termasuk apa yang kamu peroleh dalam peperangan yang dikaruniakan Allah untukmu, dan (demikian pula) anak-anak perempuan dari saudara laki-laki bapakmu, anak-anak perempuan dari saudara perempuan bapakmu, anak-anak perempuan dari saudara laki-laki ibumu dan anak-anak perempuan dari saudara perempuan ibumu yang turut hijrah bersama kamu dan perempuan mukmin yang menyerahkan dirinya kepada Nabi kalau Nabi mau mengawininya, sebagai pengkhususan bagimu, bukan untuk semua orang mukmin. Sesungguhnya Kami telah mengetahui apa yang Kami wajibkan kepada mereka tentang isteri-isteri mereka dan hamba sahaya yang mereka miliki supaya tidak menjadi kesempitan bagimu. Dan adalah Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
Kerna itu lah kita di saran kan merujuk pada Al Quran dan As Sunnah.
Sila Rujuk Surah An Nisa ayat 59
Apa akan jadi bila orang ikut betul-betul sebagimana fahaman saudara iaitu ikut je al Quran dan Hadith ?
saya beri contoh : Jika ada yang mengambil ayat al Quran sahaja :
"janganlah mendekati solat apabila kamu sedang mabuk sehingga kamu mengetahui apa yang kamu mengucapkan" (4:43)
Lalu dia pun minum arak, sebab dia berpendapat bahawa kalau tak mabuk sahaja baru boleh solat. Lalu dia berpegang kalau mabuk hukumnya tak haram.Sedangkan dalam al quran ada ayat yang dinasakhkan dan dimansukhkan sehingga penurunan ayat-ayat Allah yang seterusnya terus mengharamkan arak (illahnya memabukkan) secara qot'ie.
Bagaimana pula darihal hadith ? Saya beri contoh :
1. RasuluLLah bersabda yang bermaksud :
Batal puasa yang membekam dan yang dibekam (hadith sahih riwayat Abu Daud, Nasai dan Ibnu Majah)
2. Hadith lagi satu yang sahih pula, berkata Ibnu Abbas : Bahawasanya Nabi berbekam pada ketika beliau sedang ihram dan sedang puasa (hadith riwayat Bukhari).
Mana satu hadith yang sudah dinasakhkan jika benar-benar hendak mengambil hadith sahih. Sedangkan kedua-duanya adalah sahih ? Ini semua perlukan syarahnya dari ulamak. Bukan kita ikut sahaja zahir perkataan anda : AMBIL AL QURAN DAN SUNNAH - tetapi dengan kejahilan.
Bila sudah belajar hadith, adakah boleh terus mengeluarkan hukum ?
Ini perkataan ulamak salaf :
Sufian bin 'Uyainah r.h.l. pernah berkata:
"Orang yang pertama membantu saya dalam memahami hadis dan menjadikan saya seorang ahli Hadis ialah Imam Abu Hanifah (seorang ulama' fiqh)"[2]
Mengapa kita kena belajar juga dari para ulamak yang muktabar yang lebih faham mengenai al Quran dan hadith? Tiidak lain dan tidak bukan mereka itu sudah menguasai disiplin ilmu dalam mengeluarkan hukum. Bukan main 'taram' sahaja.
Sebab kita takut perkara ini berlaku sebagaimana apa yang disebut oleh RasuluLlah sallaLlahu 'alaihi wasallam sendiri :
Dari AbduLLah ibn Amr radiyaLLahu ‘anhu bahawa RasuluLlah sallaLLahu ‘alaihi wasallam bersabda yang bermaksud :
ALLah subhanahu wa ta’ala tidak akan mengangkat ilmu pengetahuan dengan cara mencabutnya dari hati ulama, tetapi dengan cara mematikan mereka, dan jika sudah tidak ada lagi seorang ulama yang masih hidup, maka manusia akan mengangkat pemimpin di kalangan orang-orang yang jahil (bodoh), jika (para pemimpin tersebut ditanya tentang kemusykilan agama) maka mereka akan berfatwa tanpa dasar ilmu, dengan itu mereka menjadi sesat dan menyesatkan. (Riwayat Bukhari dan Muslim)
waLlahua'lam
Wa'alaikumussalam warahmatuLlah,
Terima kasih tuan Jongos, anda boleh mendatangkan hujjah kerana anda tahu di mana hendak dirujuk hujjah itu.
Bila perkataan IKUTLAH AL QURAN DAN SUNNAH tetapi dengan pemahaman orang yang jahil. Contohnya saya dah sebutkan.
Terima kasih.
Jangan fikir kepandaian diri kita sahaja bila berkata. Tetapi fikirkan juga orang lain yang membacanya. Umat Islam itukan bersaudara.
WaLLahua'lam
p/s: Komen seterusnya jika tiada kena mengena dengan artikel. Sekiranya dibalas dengan emosi dan taksub. Maafkan saya jika didelete.
Maaf Tuan Jongos, saya terpaksa delete apa yang anda tulis.
saya hormati hujjah tuan mengenai kenduri arwah tersebut. Samada tuan hendak menerima atau tidak hujjah di atas yang saya telah beri terpulanglah. Kerana hujjah tuan, saya ada jawapannya. Namun apalah gunanya saya menjawab sekiranya ia hanya menambahkan sesak di dalam blog ini. Sedangkan fokus perbincangan telah dibawa lari dari isu Dr Asri yang dibawa.
Sebagaimana yang telah saya tetapkan di atas. Saya terpaksa delete. Semoga tuan hormatilah saya sebagai tuan rumah ya. JazakaLlah.
Assalamualaikum...sahabat2 semua..
Saya sarankan jika nak berdiskusi atau berbincang, keluarkanlah bukti dan fakta2 sokongan...belajarlah menghormati pendapat orang lain yang lebih berilmu dari kita...pada saya dr.asri telah membawa umat Islam dalam kekalutan disebabkan pendapat2nya yang bertentangan dengan banyak pendapat ulamak, seolah2 dia la yang paling betul dan bijak mentafsir hadis dan Al-Quran. Talkin tak betul, berzanji tak betul, selawat sifa' tak betul, kenduri tak boleh dan byk lagi...jika dr.asri boleh memperlekehkan selawat sifa' yg katanya tak pernah nabi buat, macamana pula dengan pengamal2nya yang merupakan profesor2 dan cerdik pandai ilmu agama. Adakah mereka tu semua salah dan silap? Cuba la anda fikirkan sejenak pendapat dari org2 seperti saya yang dangkal dalam ilmu agama tapi bijak menilai kebenaran. Sy rasa jika fahaman dan ilmu dr.asri ini dikembangkan, umat Islam akan berpecah belah makin teruk lagi kerana masing2 ada hujahnya sendiri...oleh itu, wahai semua sahabat, kembalilah semula pada satu ikatan ukhuwah yang kita pernah kecapi dulu.
Jika anda sealiran dengan dr.asri, saya tak menentang dan tak ada org boleh menghalang tapi TOLONGLAH JANGAN PERLEKEH ULAMA, PERLEKEH BERZANJI, PERLEKEH SELAWAT SIFA DLL...BUATLAH CARA SAUDARA SENDIRI DAN JANGAN GANGGU UMAT ISLAM YANG LAIN!!!!!
bagus, dalam ruangan ini antum tidak meletakkan emosi sebagai pemimpin .
bagi yang hanya mendengar satu atau 2 ceramah dr asri harap Perbanyakkan dan kalau ada yang tak betul, betulkan..
dan lihatlah apa ciri kritikan dr asri terhadap penulis berzanji..adakah kritikan terus kepada penulis ataupun kritikan ilmiah...
"setiap manusia tidak maksum, oleh itu adillah.. "
terima kasih kerana mampu berdiskusi dengan penuh adab dan tatasusila ilmiah!
inilah blog pertama yang berdiskusi cara ini!!
Assalamu'alaikum tuan shahabudin,
Terima kasih kerana berkunjung di dalam blog ini. Mengenai kitab al barzanji tersebut. Yang pertamanya jika Dr Asri hendak membicarakan mengenai ulama, tidak perlu bawa perkataan yang boleh menimbulkan fitnah dan perlekehan kepada ulamak. Jika hendak kritik silalah, tapi mengapa perlu mengeluarkan perkataan sebegitu?
Semakin tinggi ilmu, maka makin tinggikanlah akhlak.
Yang kedua : Bacaan Maulid tulisan Syeikh Jaafar al Barzanji dalam tulisan kitab itu adalah Maulud al Barzanji Nathar, manakala Maulud al Barzanji Nazam ditulis pula oleh cicitnya Sayyid Zain al Abidin ibn Sayyid Muhammad al Hadi.
Ketiga : Kita juga sedia tahu adanya kesusasteraan arab yang mengandungi kata-kata metafora, dalam bentuk syair dan prosa sebagaimana bahasa melayu. Ini tidak boleh dinafikan. Jadi begitu jugalah yang terdapat di dlam kitab al barzanji tersebut.
Keempat : Tuduhan di dalam kitab al barzanji adanya doktrin syi'ah ? Saya pun pelik mengapa sekiranya disebut 'Marhaban Jaddal Husaini'Maka terus dihukum sebagai syi'ah ? Adakah bila kita menyatakan cinta pada hasan, husain, terus boleh dihukum sebagai syi'ah ? Di dalam kitab al barzanji tiada langsung kata-kata mengkafirkan 3 sahabat yang lain sebagaimana syi'ah.
Golongan ahlu sunnah waljama'ah adalah golongan yang paling adil dalam mempamerkan rasa cinta kepada RasuluLlah dan keluarganya. Apa salahnya disebut Saidina Hasan dan Husain untuk memuliakan mereka dan kemudian dituduh penyebar doktrin syiah sedangkan dalam masa yang sama kita mengakui bahawa memulian Ahli Keluarga RasuluLlah adalah satu perintah wajib dan qot'ie dari al Quran dan Sunnah.
Surah As Syuura ayat 23 yang bererti : Katakanlah wahai Muhammad: "Aku tidak meminta kepada kamu sebarang upah, tentang ajaran islam yang aku sampaikan itu, (yang aku minta) hanyalah kasih sayang terhadap ahli keluargaku."
RasuluLlah juga bersabda : "Aku mengingatkan kamu kerana ALlah (supaya mencintai dan memuliakan) ahli keluargaku. (Riwayat Muslim. at Tirmidzi , Ahmad dan An Nasa'i)
Sabda RasuluLlah lagi : Peliharalah (jagalah) wasiat Muhammad sallaLLahu 'alaihi wasallam tentang ahli keluarganya (riwayat bukhari)
Imam Syafie sendiri bersyair dan bernasyid. Al Rabi' berkata :
Ketika kami pergi mengerjakan haji bersama Imam syafi'e, kami melihat beliau tidak akan mendaki suatu tempat yang tinggi dan turun ke kawasan lembah melainkan beliau akan menangis dan bernasyid dengan syair menunjukkan cintanya yang amat mendalam terhadap keluarga RasuluLlah :
"Ahli bait RasuluLlah sallaLlahu 'alaihi wasallam. Aku berharap kelak (dengan keberkatan mereka) agar dapat diserahkan sahifahku (catatan amalan) dengan tangan kananku. (Diwan as Syafi'e tahqiq Dr Muhammand Abdul Mu'in H 106, dan al bayan fi Mazhab al Imam al Syafi'e Jilid 1 H. 92.
Apalah salahnya jika yang mendengar tuduhan dr Asri itu untuk mengkaji lagi dari pendapat ulamak yang lain ? Silalah baca "Barzanji Menurut Perspektif Islam" Diterbitkan oleh Sekretariat Menangani Isu-isu Aqidah dan Syariah majlis Agama Islam negeri Johor. Al Bayan jilid 8.
WaLlahua'lam
Assalamu'alaikum Khairul Rijal,
sudah saya katakan sebarang komen yang tiada kena mengena dengan artikel akan didelete.
Persoalan anda yang banyak membuang masa itu (perkara khilafiyyah) sudah kami jawab di : Http://Jomfaham.Blogspot.Com
Terpulang samada anda hendak menerima atau tidak. Kerana kami ada hujjah dan dalilnya melalui para ulamak yang muktabar.
Saya berharap anda faham bahawa perkara khilafiyyah tidak menghalalkan untuk menghukum sesat, kafir, syirik tanpa hak. Maka saya mengajak saudara untuk belajar mengenainya di sini :
http://mufti.penang.gov.my/khilaf.pdf
Ia ditulis oleh Prof Madya Mohd Saleh bin Haji Ahmad - Timbalan Yang Dipertua Persatuan Ulama Malaysia.
Ahlu Sunnah Wal Jama'ah tidak akan bermudah-mudah menghukum dengan hukuman yang melampau.
Persoalan selawat syifa' itu sudah dijawab. Anda hanya perlu klik pada artikel tersebut. Ia sudah dijelaskan.
Semoga anda tidak terikut-ikut dengan fahaman yang melampau dalam menghukum pula seolah-olah mendahului ALlah.
Siapa kita untuk menghukum kafir, sesat, syirik tanpa hak ? Maka kerana itu ikutlah al Quran, Sunnah dan IJMAK ulamak.
Terima kasih.
Salam, syukran Al-Fadhil Ustaz atas perkobsian...Semoga Allah s.w.t. terus mengekalkan perpaduan Umat Islam di Malaysia ini...
Sepatutnya kita kehadapan, bukannya membawa umat ini menilai balik perkara-perkara yang telah dibahaskan Para Ulamak r.anhum yang jauh lebih Alim, tawadhuk dan Arif dari orang yang menilai itu.
Janganlah kerana semboyan-semboyan yang nampaknya benar , terus kita mengatakan inilah kebenaran, inilah yang betul dan sebagainya.
November 4 12:36
IbnuNafis berkata...
Maaf Tuan Jongos, saya terpaksa delete apa yang anda tulis.
Assalamualaikum..
Tidak mengapa tuan Ibnu Nafis saya menghormati hak saudara. Teruskan lah dengan penulisan saudara , yang mana bermenafaat bagi ana ,ana ambil dan ana siarkan jika dizinkan. Terima Kasih
قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بَدَأَ الْإِسْلَامُ غَرِيبًا وَسَيَعُودُ كَمَا بَدَأَ غَرِيبًا فَطُوبَى لِلْغُرَبَاءِ
Maksud: Berkata Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam: “Islam itu bermula dalam keadaan asing (ghareeb) dan akan kembali asing sebagaimana permulaannya. Maka beruntunglah orang-orang yang asing itu (ghuraba’).” (Hadis Riwayat Muslim, Shohih Muslim, Kitabul Iman, 1/350, no. 208 (Dari Abu Hurairah). Ibnu Majah, Sunan Ibni Majah, Kitabul Fitan, 11/485, no. 3976 (Dari Abu Harairah). Hadis Riwayat Ahmad, Musnad Ahmad, 34/25, no. 16094 (Dari 'Abdurrahman B. Sannah))
Maafkan ana, jika cara ana keterlaluan.
Wallahualam,
Wa'alaikumussalam tuan jongos,
Jika asing yang anda maksudkan dalam hadith itu maka ia ada syarahnya.. Adakah semasa hadith itu disabdakan RasuluLlah pada zaman baginda, maka ia menunjukkan Islam itu asing di Madinah ?
Dan jika anda hendak kaitkan pada zaman ini pula, adakah anda hendak mengatakan ramai orang Islam menjadi 'bukan Islam' pula ? Atau sebenarnya ia dikaitkan dengan walaupun umat Islam itu ramai tetapi sebenarnya asing apabila dijumlahkan dengan mereka yang bukan Islam seluruh dunia ?
Jangan memandai-mandai tempelkan hadith tanpa diketahui syarahnya tuan. Kemudian ikut akal sendiri seolah-olah ada satu golongan itu adalah asing dan kemudian nak kata golongan itu sahaja yang masuk syurga dan umat Islam yang lain akan ke neraka. Siapakah yang beri jaminan tersebut ?
Nanti jadi lain pemahamannya.
2 hadith Nabi sallaLlahu 'alaihi wasallam berikut :
Dari Ubadah bin Shamit radiyaLlahu 'anhu dia berkata: bersabda RasuluLlah sallaLlahu 'alaihi wasallam : Barangsiapa bersaksi bahawa tidak ada Tuhan selain ALlah yang Esa serta tidak ada sekutu bagiNya dan bahawa Nabi Muhammad itu adalah hamba dan RasulNya, bahawa Nabi Isa adalah hamba ALlah dan utusanNya (ke Bani Israel) juga kalimatNya yang disampaikan kepada Maryam serta ruh dariNya. Dia juga bersaksi bahawa syurga itu haq, dan neraka juga haq, maka ALlah apsti akan memasukkannya ke dalam syurga walau bagaimanapun amal perbuatannya
(Hadith muttafaqun 'alaih).
Hadith yang direkodkan oleh Muslim dari Ubadah bin Shamit juga RasuluLLah sallaLlahu 'alaihi wasallam bersabda :
Barangsiapa bersaksi bahawa tidak ada Tuhan selain ALlah dan bahawa Muhammad adalah utusan ALlah maka ALlah akan mengharamkan atasnya api neraka.
Dengan demikian maka semua kaum Muslimin itu, sepanjang dia masih beriman, pasti akan masuk syurga. Mengenai apakah secara langsung tanpa hisab atau masuk neraka terlebih dahulu baru kemudian masuk syurga, semua itu hanya ALlah yang tahu dan kita wajib menyerahkan keputusannya kepada kehendak ALlah subahanahu wata'ala.
Saya tertarik dengan ulasan saudara Mohd Shahabudin Md Yatim. Banyak video dr asri telah saya menonton. Beliau agak terbuka cuma kadang-kala loghat utaranya kelihatan bagi sesetengah pihak kelihatan kasar namun beliau antara yang terbaik dalam keterbukaan berhujah. Salah seorang yang saya kagumi kerana ilmunya selain dr asri ialah Dr Zaharuddin Abdul Rahman...
Catat Ulasan