"Jika saya ada kuasa dalam hal ini sudah tentu saya akan melantik al Qasim bin Muhammad sebagai khalifah."Pernahkah anda mendengar kisah ulama tabi'in yang agung ini? Segala kegemilangan bersatu dalam jiwanya. Bapanya adalah Muhammad bin Abu Bakar al Siddiq dan ibunya ialah anak perempuan Kisra, Yazdajurda, maharaja terakhir kerajaan Parsi. Ibu saudaranya ialah Aisyah, Ummu Mukminin.[Umar bin Abdul Aziz]
Malah apa yang lebih utama ialah beliau telah memahkotakan dirinya dengan mahkota takwa dan ilmu. Adakah selain daripada kemuliaan ini, ada lagi kemuliaan lain yang dicari-cari oleh manusia.
Beliau ialah al Qasim bin Muhammad bin Abu Bakar al Siddiq. Salah seorang daripada tujuh ulama Madinah dan orang yang paling terkehadapan dalam keilmuan di zamannya. Seorang yang tajam fikirannya dan sangat warak.
Marilah kita ikuti kisah hidupnya.
***
Al Qasim bin Muhammad dilahirkan di akhir zaman pemerintahan Uthman bin Affan radiyaLlahu 'anhu. Ketika anak kecil ini masih dalam buaian lagi, negara Islam telah terjebak dalam kancah yang melanda. Ketika inila Khalifah Uthman bin Affan yang digelar Zu Nurain, soerang yang terkenal dengan ibadat dan zuhudnya terkorban rebah di atas lembaran al Qurannya. Setelah itu, timbul pula pertembungan yang hebat antara Amirul Mukminin, Ali bin Abu Talib dengan Gabenor Sham, Muawiyah bin Abu Sufyan.
Dalam suasana yang penuh kegawatan dan genting, anak kecil ini bersama-sama dengan adik perempuannya terpaksa berpindah dari Madinah ke Mesir. Mereka terpaksa mengikut ayah mereka yang baru sahaja dilantik oleh Amirul Mukminin, Ali bin Abi Talib sebagai gabenor di sana. Malangnya tangan-tangan khianat menjerut ayahnya dan membunuhnya dengan kejam.
Peristiwa malang ini memaksa anak kecil ini berpindah semula ke Madinah setelah Madinah ditawan oleh pengikut Muawiyah. Anak kecil ini kini menjadi yatim.

Al Qasim pernah menceritakan sendiri kisah malang yang menimpanya. Beliau menceritakan :
"Setelah ayah dibunuh di Mesir, bapa saudara saya Abdul Rahman bin Abu Bakar datang untuk membawa saya dan adik perempuan saya ke Madinah. Sebaik sahaja kami sampai di Madinah ibu saudara saya, Aisyah radiyaLlahu 'anhu datang mengambil kami dan membawa kami ke rumahnya. Kami kini diasuh dalam belaiannya.
Saya tidak pernah melihat seorang ibu atau ayah yang begitu baik dan pengasih sepertinya. Beliau menyuapkan sendiri makanan ke mulut kami dengan tangannya. Malah beliau tidak makan ketika kami makan dan hanya sisa-sisa makanan kami yang menjadi makanannya. Kami dibelai olehnya seperti seorang ibu yang menyusukan anaknya. Beliau akan memandikan kami dan menyikat rambut kami dan sentiasa memakaikan kami dengan pakaian yang putih bersih.
Beliau tidak pernah lupa menyemai kami dengan nilai budi yang baik dan mendidik kami supaya melakukannya. Beliau juga tidak lupa melarang kami daripada melakukan kejahatan dan mendidik kami supaya tidak melakukannya. Kami sentiasa diajar KitabuLlah dan dididik supaya menghafal hadis-hadis RasuluLlah sallaLLahu 'alaihi wasallam mengikut keupayaan kami.
Ketika hari raya, kemesraannya lebih terasa, apatah lagi dengan hadiah yang diberikannya. Pada malam hari Arafah, beliau mencukur rambut saya dan kemudian memandikan saya dan adik perempuan saya. Ketika pagi raya beliau menyarungkan kami pakaian baru. Setelah itu, beliau menyuruh seseorang membawa saya ke masjid untuk menunaikan sembahyang hari raya. Apabila saya pulang, beliau memanggil saya dan adik saya berkumpul. Beliau kemudiannya melakukan upacara korban di hadapan kami.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan