Ahad, 4 Januari 2009

Cadangan Yang Menyimpang..

Saya telah membaca satu daripada artikel di Palestinkini iaitu temuramah dengan Ustaz Maszlee Malek di sini

Beliau telah menyatakan antara isi temuramahnya :

2-kenapa Mesir masih berdegil membuka pintu sempadan serta menghalang sebarang bentuk saluran bantuan kemanusiaan oleh negara-negara lain yang ingin menggunakan laluan sempadan mereka utk ke Gaza?

Tiada siapa yang tidak tahu bahawa Hosni Mubarak sebenarnya adalah lebih kejam dari rejim Zionis. Sepatutnya dia dicalonkan untuk menjadi presiden Israel berdasarkan rekod jenayah kemanusiaannya terhadap rakyatnya sendiri dan juga penduduk Gaza. Tanpa beliau rejim Zionis tidak akan dapat melakukan serangan hari ini. Di UK beberapa siri demo akan diadakan di hadapan kedutaan Mesir, begitu juga di beberapa negara lain, harap di Malaysia juga akan diadakan demo yang serupa.

Mungkin negara-negara Islam, terutamanya Msia boleh menarik kesemua pelajar-pelajar mereka di al-Azhar sebagai tanda protes, ini bermakna kehancuran ekonomi Mesir di zaman kemelut ekonomi dunia!


Lihat Tulisan Yang diboldkan.

Jawapan Saya :

Saya tidak bersetuju saranan Ustaz Malek Mazlee untuk menarik pelajar Malaysia yang belajar di Mesir. Kerana mereka belajar di sana untuk menuntut ilmu dalam pelbagai bidang jurusan malahan ada pengkhususan yang kritikal seperti perubatan. Dalam syariah, dalam usuluddin dan sebagainya.

Untuk mengaitkan ekonomi dengan pendidikan bagi saya tidak relevan. Kerana belajar di Universiti al Azhar contohnya - berapa banyak sangatlah yuran yang dikenakan terhadap mereka?

Sedangkan di al Azhar adalah benteng kuat Ahlu Sunnah Wal Jamaah yang mengajar di antaranya feqh muqarran (feqh perbandingan 4 mazhab) aliran majoriti ahlu sunnah wal jamaah iaitu asya'irah dan almaturidiyyah.

Mengapa perlu boikot pula negeri Mesir kerana perdana menterinya? Di situ ramai umat Islam yang perlu dihubungkan ukhuwwah. Yang ditolak perdana menteri, mengapa sampai Negara Mesir pula kita boikot? Jangan kerana marahkan nyamuk seekor, kelambu pula dibakar.

Sila gunakan akal rasional untuk berfikir :

Sekiranya USA itu sendiri adalah penyokong kuat Israel, termasuk Jepun dan sebagainya. Adakah kita juga ingin menarik balik semua pelajar dari situ atas alasan yang sama? Sepatutnya pelajar dari US ditarik balik dari belajar di sana. Kerana terang-terangan ia menyokong dasar bahkan memberi bantuan kepada Israel.

Tahukah anda antara jasa pelajar-pelajar di al Azhar antaranya :

Pelajar Melayu yang belajar di Mesir pernah berjuang dengan menubuhkan Persekutuan Putera-Putera Semenanjung (PPS) yang kemudiannya ditukar nama kepada Persekutuan Melayu Mesir (1952) dan akhirnya nama yang terakhir adalah Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir PMRAM (1971) bersama-sama kerajaan Mesir pada masa itu untuk memerangi tentera Israel yang bergabung dengan Perancis dan British. Pada 29 Oktober 1956, di atas semangat persaudaraan Islam PMRAM telah menyertai tentera Mesir memerangi tentera musuh hingga ke perbatasan Suez. Manakala pelajar-pelajar yang tidak berkeupayaan menyertai jihad ini telah memberi sumbangan dengan menderma darah..

Golongan siswi pula tidak ketinggalan memberikan sumbangan menerusi khidmat menjahit pakaian tentera.

Pelajar Malaysia perlu dihantar ke Mesir di sana masih ada umat Islam, di sana ada ulamak-ulamak Islam, di sana ada ikhwanul Muslimin. Tiada kaitannya dengan Perdana Menteri. Untuk mengubah sosio politik perlu disedarkan rakyat Mesir.

Ya, Hosni Mubarak yang perlu ditolak. Tetapi bukan pendidikan di sana. Nampaknya jauh sekali penyimpangan yang dicadangkan oleh Ustaz Mazlee Malik ini.

Lihat rakyat Mesir turut berdemonstrasi mengutuk serangan Israel di sini dan di sini. Pelajar perubatan di Universiti Al Azhar turut memprotes di sini.

Nampaknya pada masa akandatang perlu betul-betul memilih orang yang sepatutnya menjadi jurucakap bagi rakyat Palestin. Kasihan rakyat Mesir dan pelajar al Azhar.


8 ulasan:

sai berkata...

Saya pun tidak setuju dengan pendapat beliau. Bunyi macam 'jawapan nak cepat jawab soalan'. :p

methinks berkata...

Manusia kan terkadang tersilap cakap. Dalam suasana yang tegang di Gaza, perasaan tengah meruntun biasalah terkadang terkeluar saranan kurang rasional.

Banyak lagi sumbangan beliau memperjuangkan palestin.Maafkanlah.
Perbesarkanlah isu utama - hak umat Islam yang perlu dibela, bukan kelemahan insan yang sifatnya hamba.

IbnuNafis berkata...

Benar, memang banyak sumbangannya. Tetapi temuramahnya ini banyak dibaca orang tuan. Dan sekiranya tidak diperbetulkan kita khuatir juga nanti orang mengatakan MESIR BERSALAH. Maka berlakulah silap faham. Ini sudah terjadi di sebuah laman forum yang mengambil artikel temuramahnya. Bayangkan jika ia diambil pula oleh ramai lagi dan diletak di dalam blog masing-masing tanpa ada pembetulan.

Maka sebab itu saya tunjukkan sahaja mana yang silap. Manakala yang bermanfaat saya tidak sentuh mengenainya. Itu sahaja.

Untuk pengetahuan tuan, Laman Palestinkini itu memang saya kunjungi.

ayen usen berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
ayen usen berkata...

betul2... thanks...
fikir dulu sebelum buang.. fikir dulu sebelum telan.. seb baik la baca post ni.. thanks again..

Qutuz's Legacy berkata...

alhamdulillah.. ulasan yg baik, rasional tidak beremosi dr jawapan anda. Saya terkejut juge bila t'baca jawapan mazlee malik.. krne ramai org m'unggulinya sbg jaguh juru cakap m'genai Palestin. Tp sungguh, sye tak pernah m'baca pemikiran dan tulisan mazlee malik.. jd agak terkejut juge bile jawapan itu yg keluar.

sye cume melihat.. ramai org membuat jawapan atau ulasan t'hadap isu ini berasaskan maklumat yg sgt terhad. Mereka mungkin hanya bergantung sumber2 dr web Melayu atau b'bhs Inggeris.. sedangkan kte boleh melihat dr sumber yg boleh dipercayai; sye sebut 2 diantaranya ialah laman IslamOnline (b'bahasa Arab) dan Ikhwanul Muslimun (b'bahasa Arab)..

Sye lebih percaya laman2 web ini sbg sumber yg memberikn keupayaan kpd kte utk m'berikn ulasan yg rasional t'hadap isu Palestine. Ikhwanul Muslimun di Mesir, mereka pertubuhan yg paling rapat dengan HAMAS.. bcelah laman web mereka

Syukran, artikel anda mmg menarik..

bazLa' berkata...

bagi saya, saudara maszlee malik hanya tersilap/terlepas cakap. Bagi saya, dia benar2 mengikuti (up to date) dengan isu palestin... saya pun kalau dah betul2 geram kekadang terlepas jugak apa yang tak patut... sape x geram dengan hosni tu... huh...salaam

IbnuNafis berkata...

Maka kerana itu kita perlu berfikir sebelum bercakap.