Maaf sahabat, sebenarnya diri ini sememangnya rindu untuk bertamu dirumahmu. Apatah lagi sudah sekian lama kita tidak bertemu semenjak hari-hari kita melangkah pergi untuk meneruskan kehidupan masing-masing. Diri ini sedang mencuba mencari-cari waktu yang terluang untuk melihat kawan-kawannya yang telah lama ia tinggalkan dahulu..
Terima kasih ya.. kepada sahabat yang telah datang menziarahiku...
Wahai Diri
Ziarah kawan, sahabat dan teman akan mengeratkan tali persaudaraan. Ia Menunjukkan perasaan cinta dan kasih sayang sesama saudara seIslam.
Secara psikologinya - ziarah menziarahi akan memberikan perasaan mengambil berat antara satu dengan yang lain. Tuan rumah akan merasakan dirinya dihargai, tidak rasa sunyi. Apatah lagi banyak keberkatan mereka yang meluaskan tali silaturrahim antara satu dengan yang lain.
Berziarah akan merawat hati yang rawan, memberikan dokongan untuk meneruskan kehidupan dengan kata-kata peransang. Apatah lagi ketika itu ia memberi kebahagiaan seisi rumah, membawa masuk rezeki. Ia menyebarkan dakwah dan ukhuwah antara satu dengan yang lain. Sehingga jiwa yang benci dan berprasangka akan hilang dengan adanya kehadiran saudara-saudara yang menyayanginya..
Dari Abu Hurairah radiyaLLahu 'anhu, RasuluLlah sallaLlahu 'alaihi wasallam bersabda, "Barangsiapa menjenguk orang sakit atau mengunjungi saudaranya sesama Muslim kerana ALlah, maka malaikat akan berseru kepadanya, "Kamu dalam keadaan baik dan baik pula tempat tujuanmu, kamu pun akan ditempatkan di syurga" (Hadith riwayat Muslim)
ALLahu..ALlah...
Wahai diri, ziarahilah sahabatmu...
Rujukan : Abbas As Siisiy, Bagaimana Menyentuh Hati, At Thariq Ilal Qulub, Cet Kelima 2002, Era Intermedia
KETIKA SUJUD KAKI DIRENGGANGKAN ATAU DIRAPATKAN ?
-
KETIKA SUJUD KAKI DIRENGGANGKAN ATAU DIRAPATKAN ? Soalan:Ketika sedang
sujud adakah kedua kaki direnggangkan atau dirapatkan. Mana satu cara yang
betul?Ja...
9 bulan yang lalu
3 ulasan:
hmm..
bagus..sahabat memang suatu keperluan dalam idup ni..
ana pun suka kalau sahabat datang ziarah..
terasa rindu lepada sahabat2 di sbpi gombak..hmm..
Ya, begitulah..
Jika mereka tak berziarah (mungkin sibuk), mungkin kita pula cari waktu untuk ziarah.
haah..ana pn stuju..
ana suka ayat ni
"seek 1st to understand then to be understood"
kita kn proaktif gi ziarah kwn2 kita. inshaAllah, smg qudwah yg kita tonjolkan mampu menjadi tonik utk diorg lak bt benda yg sama.
"actions speak louder than words!"
Catat Ulasan