Jumaat, 26 Mac 2010

Dilema Anak Yang Dididik

'Jika guru di sekolah sudah mengajar dan mendidik cara menutup aurat dengan betul. Tetapi di rumah dan di luar rumah pula ada ibu dan ayah sendiri tidak menutup aurat...'

'Jika di sekolah diajar untuk beradab. Tetapi ada ibu dan ayah pula menyerang guru di sekolah tanpa adab'

'Jika di sekolah di ajar untuk membuang sampah di dalam tong sampah. Di luar ada ibu dan ayah pula tidak menegur anak-anaknya yang membuang sampah merata-rata'

Terkadang saya terfikir, dilema benar anak-anak yang hidup di zaman ini.. Mana satu yang perlu diikut ? Di sekolah dididik perkara yang baik. Di rumah, ada pula perkara yang tidak baik pula diajar.

Aneh.. bila apa yang diajar di sekolah kebangsaan dianggap sebagai akademik oleh sesetengah orang. Tetapi belajar agama dianggap tidak akademik ?

UPSR, PMR, SPM disuruh untuk kejar pencapaian secemerlang yang boleh. Tetapi pembelajaran di sekolah agama seringkali dianggap sebagai kelas kedua.

Pendidikan seks diperkenalkan di sekolah, tetapi mengapa tidak diajar sekali pendidikan munakahat supaya murid dan pelajar kenal apa tanggungjawab suami, isteri, ibu, ayah dan anak ? Supaya mereka tahu jalan yang halal dan diredhai Allah ? Supaya mereka celik bahawa Islam sudah amat syumul mengatur kehidupan berumahtangga dan apa persediaan dalam menghadapinya.

Janganlah agama hanya dikenal bila tiba waktu kematian. Janganlah ibadah hanya dikenal ketika di atas tikar sembahyang. Lalu ibadah itu dipisahkan dari seluruh kehidupan.

Sudahkah pelajaran Agama diperkasakan di peringkat sekolah dan universiti untuk menghadapi masalah gejolak sosial di zaman ini ? Ibu dan ayah ? para pendidik ? anak-anak? generasi akandatang ?

2 ulasan:

ubaidillah alqasam berkata...

salam sahabat seagamaku.. semoga teruskan perjuangan ini,,, Allah sayang kamu...

Tabligh berkata...

Boleh baca http://tabligh-bahayanyabidah.blogspot.com/ dan http://tabligh-sejarahmadzhabsyafii.blogspot.com/