Isnin, 7 April 2008

Adakah Ini Kerja Wahabi?






Disusun oleh: Abu Syafiq ( 012-2850578 )

JOM PAKAT-PAKAT BANTAH WAHHABI KERANA TUKAR TEMPAT SA'I SOFA & MARWAH

Saban hari umat Islam kini pergi menunaikan Umrah. Tetapi kerana kejahatan Wahhabi pengkhianat agama Allah waktu yang sama melakukan amalan bid'ah yang paling besar iaitu menukar tempat Nabi melakukan sa'i antara bukit Sofa dan Bukit Marwah ke tempat yang lain.

Sekiranya amalan sambutan Maulid dianggap bid'ah sampai beria-ria mengedarkan risalah yang lama lagi kuno kononnya membantah amalan Maulid tapi yang sekarang ini Wahhabi TUKAR tempat sa'i kepada tempat & kawasan lain tanpa berdalilkan sehuruf nas pun dari mana-mana dalil Al-Quran mahupun Hadith adakah ia bukan bid'ah?!

Nah! sekalipun Wahhabi tidak menganggap perbuatan menukar tempat sa'i itu adalah bid'ah maka mana nas yang kata harus?! adakah dari kenyataan orang Barat kafir yang Wahhabi berkerjasama menjatuhkan kerajaan Islam dahulu dan membunuh ribuan umat Islam bersama kafir Barat?!
atau berdalilkan dari ruh Muhammad bin Abdul Wahhab yang menjelma hidup semula menjadi " NABI " memberi sabda?!

Inilah Wahhabi..pengkhianat agama Allah...pencetus hura-hara..tanduk fitnah..
tidak cukup aqidah sesat Wahhabi " Allah Letih Duduk Atas Kerusi" disebarkan dikampung2 kini tempat ibadah (sa'i) yang tetap pula telahpun diubah.

Ketahuilah bahawa Wahhabi sekarang telah melakukan sekurang-kurangnya 5 perkara bid'ah pada tempat sa'i :

1- Wahhabi robohkan tempat sa'i yang asal sehingga orang yang buat umrah sekarang melakukan sa'i BUKAN lagi di kawasan Bukit Sofa dan Marwah tetapi dikawasan yang baru luar dari kawasan sa'i yang disahkan oleh Nabi Muhammad. Dan ketahuilah bahawa sesiapa yang melakukan sa'i di tempat yang baru tersebut maka sa'i nya tidak sah dan tidak harus disisi Islam kerana Nabi Muhammad tidak pernah melakukan sa'i disitu.

2- Wahhabi membina kawasan baru yang kononnya dianggap tempat sa'i di luar kawasan Ziqoq Al-'Attorain iaitu tempat yang telah di naskan sebagai tidak sah sekalipun melakukan sa'i di situ ( Ziqoq Al-'Attoroin ) . Malangnya Wahhabi membina tempat sa'i yang baru luar dan jauh sama sekali dari tempat tersebut.

3- Wahhabi melebarkan tanpa dalil syara' ukuran lebar Bukit Sofa yang ke arah luar kawasan asal sehingga membawa ke kawasan berhampiran hotel-hotel dan kedai-kedai bersebelahan disebelah Timur sehingga kawasan itu pula dijadikan tempat sa'i sedangkan ianya telah terkeluar jauh dari kawasan lebar Bukit Sofa yang asal.

4- Wahhabi tidak ada amanah bila mana dalam kerja mengorek kawasan baru tersebut mereka sendiri dapati bahawa Bukit Sofa & Marwah tidaklah selebar yang mereka sangkakan dan (terbaru) mereka sendiri dapati tempat sa'i yang baru mereka bina itu tidak termasuk dalam kawasan lebar Bukit Sofa & Marwah.
Tetapi cinta dunia dan benci agama menyebabkan lidah terkelu membicarakan kebenaran dek billion Dollar & Riyal telah mengaburi mata mereka.Subhanallah.....

5- Wahhabi akan menyiapkan bentuk tempat sa'i nanti (bulan Ramadhan) dengan bentuk one way iaitu orang ramai akan diarah melakukan sa'i antara Sofa ke Marwah dalam kawasan yang SAH tetapi dari Bukit Marwah ke Sofa pula mereka akan diarah mengunakan kawasan sa'i yang baru yang TIDAK SAH. Ini menjadikan sesiapa yang melakukan sa'i tersebut hukum sa'i nya adalah tidak sah bahkan masih dalam keadaaan Ihram selama-lamanya(sampai buat cara yang betul di tempat yang betul).

* KESEMUA WAHHABI DAN WEBSITE-WEBSITE WAHHABI SERTA MUFTI WAHHABI MALAYSIA MEMPERSETUJUAN PERUBAHAN TEMPAT SA'I TERSEBUT BERSELARI DENGAN IDEA WAHHABI YANG MEROBOH DAN MENUKAR TEMPAT SA'I YANG ASAL.


Semoga Allah membantu hamba-hambaNya yang berakidah Ahli Sunnah Wal Jama'ah dan memberi hidayah iman kepada hamba-hambaNya yang beraqidah Wahhabi.

Diambil dari blog : www.abu-syafiq.blogspot.com

p/s: saya mengambil artikel dari blog beliau dan dipamerkan di sini, agar kita selalu cega = berawas2 dengan apa yang berlaku di dalam dunia Islam sendiri, yang berlaku di tanah suci Makkah. Banyak perkara yang didiamkan..

Artikel yang saya ambil, bukan menunjukkan saya menyokong apa sahaja yang abu syafiq tulis di dalam blognya. Harap maklum.

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

PERLUAS SOFA DAN MARWAH TIDAK BERCANGGAH DENGAN SYARIAH?

Oleh: Al-Bakistani

Merujuk satu tulisan seorang yang menggunakan Abu Syafiq sebagai nama pena, yang artikle beliau itu terpapar dalam lamanweb Tranungkite tentang ulasan beliau berkenaan tindakan kerajaan Saudi yang memperluaskan tempat sa’I Sofa dan marwah, menyebabkan perasaan ini ingin menulis tentang perkara yang dibincangkan itu, walaupun dari sudut hati kecil, agak malas dan merasakan bagaikan “buang masa” untuk melayan pendakwa-pendakwa salafi, wahabi, sufi, tarekat dan sebagainya yang mereka sentiasa tidak berkesudahan.


Disebabkan ketaassuban kepada guru yang terlalu membenci kepada Wahabi, menyebabkan si penulis sanggup menuduh segala perbuatan yang dibuat oleh kerajaan Saudi itu dikira dari wahabi.

Tidak diketahui, berapa tinggikah nilai pemikiran keilmuan “hamba Allah” ini sehinggakan tidak dapat membezakan antara isu yang berkaitan dengan wahabi dan tentang kemaslahatan yang diizinkan oleh Allah SWT.

Tulisan ini, bukanlah hendak membela golongan-golongan yang didakwa sebagai Wahabi, ataupun mempertikaikan pengikut-pengikut ghuluw kepada golongan Ahbash, tetapi sekadar menyatakan, perlunya berfikir rasional dalam mengulas isu-isu agama, agar tidak terhitung sebagai golongan yang terkongkong dengan fikiran kejumudan dalam beragama.

PERLUAS SOFA DAN MARWAH

Sofa dan Marwah yang berada berhampiran dengan masjid Al-haram merupakan dua tempat yang menjadi kewajipan kepada mereka yang mengerjakan haji dan Umrah untuk melakukan sa’i.

Melihat kepada keadaan pengunjung di Tanah haram ketika melakukan ibadat haji dan Umrah, pihak Kerajaan Arab Saudi telah mengambil tindakan yang berbeza dengan aliran pemikiran asal mereka, iaitu mereka telah sanggup memperluaskan tempat menunaikan Sai, lantaran kehadiran jemaah haji dan Umrah yang datang agak ramai sehingga menjadi kepayahan bagi mereka menunaikan ibadat tersebut.

Justeru itu, tidak menjadi satu kesalahan kepada pihak kerajaan Arab Saudi memperluaskan tempat Sai antara sofa dan marwah. Ianya adalah kerana, tidak wujud dalam nas yang mengharamkan perbuatan memperluaskan tempat sai, bahkan yang wujudnya adalah nas yang menguatkan lagi atas keizinan memperluaskannya, atas alasan “agama Islam adalah agama mudah”.

Perkara ini ditegaskan sendiri oleh Dr Yusuf Al-Qaradhawi dalam satu kenyataannya yang termaktub dalam lamanweb beliau, iaitu www.qaradawi.net ketika ditanya berkenaan tindakan kerajaan Arab Saudi itu.

Beliau menyatakan[1], keizinan itu adalah didasarkan kepada firman Allah;

يُرِيدُ اللَّهُ بِكُمُ الْيُسْرَ وَلَا يُرِيدُ بِكُمُ الْعُسْرَ

Maksudnya;

”Allah mahu kamu senang, dan Allah tidak mahu mahu susah”

(Surah Al-Baqarah : 185)

Juga firman Allah;

مَا يُرِيدُ اللَّهُ لِيَجْعَلَ عَلَيْكُمْ مِنْ حَرَجٍ

Maksudnya;

“Allah tidak mahu menjadikan kepada kamu sebarang kepayahan”

(Surah Al-Maidah : 6)

Firman Allah lagi;

يُرِيدُ اللَّهُ أَنْ يُخَفِّفَ عَنْكُمْ

Maksudnya;

“Allah mahu merengankan kamu”

(Surah An-Nisa’ : 28)

Juga sabda Nabi SAW;

فَإِنَّمَا بُعِثْتُمْ مُيَسِّرِينَ وَلَمْ تُبْعَثُوا مُعَسِّرِينَ

Maksudnya;

“Kamu dibangkitkan dalam keadaan senang, dan kamu tidak dibangkitkan dalam keadaan menyusahkan” (Sahih Al-Bukhari : 213)

Juga sabda Nabi SAW;

يَسِّرُوا وَلَا تُعَسِّرُوا

Maksudnya;

“Permudahkan, jangan memayahkan” (sahih Al-Bukhari : 67)



Al-Qaradhawi menyatakan juga, Allah menyatakan dalam Al-Quran tentang “jangka tempat” sai itu, antara sofa dan Marwah, tanpa Allah menyatakan “lebar laluan” ke sofa dan “lebar laluan” ke marwah.

Firman Allah;

إِنَّ الصَّفَا وَالْمَرْوَةَ مِنْ شَعَائِرِ اللَّهِ فَمَنْ حَجَّ الْبَيْتَ أَوِ اعْتَمَرَ فَلَا جُنَاحَ عَلَيْهِ أَنْ يَطَّوَّفَ بِهِمَا

Maksudnya;

“Sesungguhnya Sofa dan marwah sebahagian dari syiar-syiar Allah. barangsiapa buat haji di Bait ataupun buat Umrah, maka tidak menjadi dosa atasnya mengelilingi kedua-duanya”

(Surah Al-Baqarah : 158)

Maka dengan itu, tidak menjadi kesalahan memperluaskan tempat Sai antara sofa dan marwah dengan tujuan untuk memberi kemudahan kepada orang yang melakukan haji dan Umrah.

Perkara ini juga disokong kuat oleh Majma’ Al-Fiqh Al-Islami dan sebilangan ulama-ulama yang didakwa beraliran “Wahabi” seperti Syaikh Abdullah bin Abdur Rahman, dan ulama yang agak “mengkritik Wahabi”, iaitu Syaikhuna Dr Ali Jumaah, Mufti kerajaan Mesir sekarang.

PENUTUP

Tidak dinafikan, terdapat juga ulama yang melarang perbuatan memperluaskan tempat sa’i itu. Alasan mereka, tempat itu adalah batasan Syariah yang telah ditetapkan, dan ia tidak boleh dilebihkan dan dikurangkan. Antara ulama yang menyatakan demikian adalah Seorang ulama yang dianggap beraliran “wahabi” iaitu Syaikh Soleh Fauzan.

Walaubagaimanapun, dalam berinteraksi dengan perkara khilaf, selayaknya kita merujuk kepada kemaslahatan yang telah diizinkan oleh syarak, terutama dalam perkara yang melibatkan keadaan orang ramai yang bersesak-sesak.

Mudah-mudahan kita semua mendapat petunjuk Allah dan mendapat keredhaan dari Allah atas segala usaha dan ikhtiyar kita.

Sekian

Wallahu ‘Alam

Al-Bakistani

http://al-bakistani.blogspot.com

Saya minta pandangan Saudara ttg komen ini.

IbnuNafis berkata...

saya sudah membaca balasan dari albakistani dan bersetuju juga dengan beliau. :) Sememangnya pandangan beliau selama ini memang pertengahan sebagaimana ustaz zaharuddin dan ustaz hasrizal.

Manakala - tujuan dipamerkan pandangan dari abu syafiq ini agar kita berawas dengan apa yang berlaku di sekeliling kita, di dalam dunia Islam sendiri.

Manalah tahu, banyak perkara yang sudah dibuat oleh wahabi di Makkah tersebut, tetapi didiamkan sebagaimana berlaku kepada rumah peninggalan rasuluLlah, kuburan di baqi' dan sebagainya.

Dan kini dikatakan akan dibuat pula gereja di arab saudi. Siapa yang akan mendedahkan pula tentang perkara tersebut? :)

http://al-ghari.blogspot.com/2008/04/gereja-katolik-pertama-di-arab-saudi.html

BEN BAZ berkata...

Al bakistani ni tak ilmiah upenye.

Aku tak jumpe pun dalam artikel dia mengatakan hukum memindahkan tempat saie tu harus.PUtarbelitkan Ayat quran untuk kepentingan sendiri.

PENTING!!
KAlau orang kafir nak alihkan kaabah boleh juga guna dalil "islam itu mudah"

Kesimpulannya Albakistani hanya menulis untuk mempertahankan akidah wahabi dan menjilat apa sahaja wahabi lakukan di saudi.