Dapatkan Mesej Bergambar di SiniSedih juga mendengar khutbah Jumaat tadi... seolah-olah tergambar di depan mata penderitaan saudara kita di Palestin. Teringat dahulu semasa di UIA ada teater mengenai penderitaan umat Islam di Palestin. Saya bersama rakan-rakan lain menjadi bidan terjun diminta oleh sahabat Quranic Youth Club untuk menjadi 'rakyat Palestin' yang membaling batu kepada 'tentera Israel'. Lalu yang dibaling adalah kertas sebagai simbolik kepada batu yang dijadikan senjata oleh rakyat Palestin yang tidak berupaya..
Saudara-saudara di Palestin.. mungkin ketika ini saudara tidak dapat tidur nyenyak. Terpaksa melarikan diri dari satu daerah ke daerah yang lain. Mungkin juga sedang menangisi pemergian terbaru dari anak, abang, kakak, ibu dan ayah. Ataupun sedang kesakitan di katil-katil usang. Darah sedang berpercikan di sana sini, anak-anak kecil sedang menangis malah ada yang sudah pergi...
Saudara-saudara di Palestin.. kami di sini menangisi penderitaan tuan-tuan sekalian. Ya.. hati kami berteriak, geram dan marah kepada Israel Zionis itu. Pedih lagi melihat rumah-rumah ALlah dihancur ratakan... Ayat-ayat ALlah bertaburan..
Anak-anak kami di sini membimbing beg sekolah, tetapi anak-anak tuan di sana sedang menggendong kelonsong peluru dan roket yang telah meranapkan masa hadapan. Alangkah baiknya sekiranya jiwa-jiwa kami ini secekal hati tuan-tuan yang tetap ingin mempertahankan Islam dan tidak berganjak dari bumi Palestin demi merebut kembali Masjidil Aqsa. Alangkah hebatnya apabila motivasi kami selalu hidup sebagaimana tuan-tuan kerana di jiwa terpancar jihad di jalan ALlah..
Ya ALlah... bantulah saudara-saudara kami di Palestin.. Ya ALlah.. bantulah pejuang-pejuang Islam di Palestin.. Ya ALlah gagalkanlah dan musnahkan musuh-musuh Islam.. Ya ALlah gagalkanlah rencana- rencana jahat yang ingin menghancurkan kesatuan umat Islam..
4 ulasan:
Salam,
Ustaz, saya terima comment dan pandangan terhadap entri di blog saya..
Katanya:
"Ada yg mendoakan supaya Allah menghantar jin2 utk membantu saudara kita di Palestin"
Apa pendapat ustaz?
Adakah boleh kita meminta bantuan dr jin? adakah ia seperti syirik-meminta bantuan dr selain dr Allah? sedangkan kita berdoa kpd Allah supaya menghantar bantuan dr 'langit'..
Minta pencerahan..jazakallah.
Wa'alaikumussalam warahmatuLlah,
Insya ALlah, saya akan bertanya kepada yang lebih arif.
Ini jawapan dari guru saya Ustaz Insani di TKO :
Jin adalah satu golongan daripada makluq Allah
Seandainya Allah membantu umat Islam Palestin dengan bantuan jin samalah dengan Allah menolong mereka dengan manusia yang lain
Yang menjadi masalah kita tidak nampak jin dan kita tidak tahu peribadi jin yang kita minta tolong baik atau jahat dan samada mereka akan menuntut sesuatu balasan berbentuk amalan yang akan melemahkan keimanan kita kepada Allah.
Doa itu tiada masalah tetapi dalam kehidupan kita sehari-hari jangan meminta bantuan jin kerana kita tidak mengenali mereka.
Terima kasih
Salam,
Jazakallah atas pencerahan.
Alhamdulillah saya pun dah bertambah jelas..
Mudah-mudahan, semoga kita semua terhindar dr meminta2 selain drp Allah..
InsyaAllah.
Catat Ulasan