Isnin, 24 Mac 2008

Bagaimana Zat ALlah menurut logik Akal?

Seorang sahabat bertanyakan kepada saya pada suatu hari di Internet Relay Chat. Katanya mengapa dilarang bertanyakan perihal keadaan ALlah? Sehinggakan ada rakannya yang rasa ragu-ragu kerana apabila ditanyakan zat ALlah ada ilmuwan yang terus menyatakan haram tanpa menjelaskan huraian dan hikmahnya.

Memang kengkadang apabila kita berbicara dan menjawab soalan perlu juga melihat kepada mad'u bagaimana latar belakang pendidikannya. Ada antara mereka yang tidak tahu langsung, ada yang suka melihat kepada sebab, ada juga yang sengaja menguji dan begitulah banyaknya keragaman yang bernama insan ini.

Maka saya memberitahu kepadanya bahawa - benarlah dilarang kita memikirkan tentang zat ALlah ta'ala. Sambil menyuruh ia berfikir - kita ini mempunyai akal yang amat terbatas, walaupun kita boleh mengatakan bahawa akal kita tiada hadnya.

Saya menambah ia lagi - cuba fikirkan tentang angin yang kita tidak nampak, hebat bukan angin tersebut? Kita hanya dapat merasa. Angin boleh memberikan rasa nyaman, dan dalam diam angin juga boleh memberikan impak yang amat besar kepada alam. Lihat sahaja kepada puting beliung, ribut. Adakah kita nampak zat angin? Sehingga boleh memikirkan bagaimana keadaan angin tersebut bentuknya?

Begitu jugalah perihalnya keadaan kuman, virus. Hebat bukan apa yang dinamakan virus? Kuman? Boleh kita nampak dengan mata? Boleh kita fikirkan zatnya yang berbeza-beza?. Dalam senyap ia membawa samada kebaikan, tetapi biasanya keburukan yang amat banyak kepada manusia. Ia boleh memberikan barah, merosakkan sistem imun dan sebagainya.

Jika makhluk tersebut yang diceritakan itu hebat keadaannya, bagaimana pula dengan yang menjadikan makhluk tersebut? Tentu Maha Hebat keadaanNya! Tentulah ALlah itulah yang Maha Hebat.

ALlah yang Maha Hebat telah berkata yang bererti : ALlah jualah yang menguasai alam langit dan bumi serta segala yang ada padanya. Dan Dialah jua yang Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. (Surah Al Maidah :120)

Benarlah - jika diselusuri kehebatan ALlah - akal manusia mempunyai sempadan. Lihat bagaimana perbicaraan antara Nabi Musa meminta ALlah menunjukkan zatNya. Diberitakan di dalam al Quran yang bererti :

Dan ketika Nabi Musa datang pada waktu Yang Kami telah tentukan itu, dan Tuhannya berkata-kata dengannya, maka Nabi Musa (merayu dengan) berkata: "Wahai Tuhanku! Perlihatkanlah kepadaKu (ZatMu Yang Maha Suci) supaya Aku dapat melihatMu". Allah berfirman: "Engkau tidak sekali-kali akan sanggup melihatKu, tetapi pandanglah ke Gunung itu, maka kalau ia tetap berada di tempatnya, nescaya Engkau akan dapat melihatKu", setelah Tuhannya "Tajalla" (menzahirkan kebesarannya) kepada Gunung itu, (maka) "TajalliNya" menjadikan Gunung itu hancur lebur dan Nabi Musa pun jatuh pengsan. setelah ia sedar semula, berkatalah ia: "Maha suci Engkau (Wahai Tuhanku), Aku bertaubat kepadaMu, dan Akulah orang Yang awal pertama beriman (pada zamanku)- (Surah al A'raf : 143)

AlhamduliLLah, dia dapat menerima jawapan saya dan menenangkan hatinya. ALlah..Dialah yang Maha Hebat. ALlahu Akbar!

10 ulasan:

Qider berkata...

tapi selalunya,saya selalu ditanya oleh makhluk yg beridentitikan 'suka melihat kepada sebab' dan 'suka menguji'.makhluk itu juga seorang yang muslim.kalau non-muslim,berusaha jugaklah mau menjawabnya,tapi yang already-muslim nilah yang menaikkan temperature hati ke boiling point!aiihh..astaghfirullah..

IbnuNafis berkata...

Itulah yang terjadi pada diri saya, yang menyoalnya adalah orang Islam juga. Kenalah bersabar dan berhikmah.. Mungkin mereka tidak tahu :)

p/s: Tetapi biasanya kita akan dapat tahu samada orang benar-benar ingin belajar sebab tidak tahu, atau mereka yang sudah tahu tetapi sengaja menguji. Semuanya melalui pengalaman.

Qider berkata...

dulu saya selalu diingatkan,budak sekolah agama ni banyak ujiannya.mula2 saya tak faham juga,ujian yang bagaimana.tapi,bila melangkah keluar dari komuniti agama tu,bercampur ngan manusia yg pemikirannya tak sefiqrah,manusia berspesies judge the book by its cover,sabar je hati menghadapi.

itu belum lagi bila kita ni dijadikan rujukan hukum segala,adoi.mau merangkak juga menjawab.syukur pertolonganNya sentiasa ada,dengan nak istiqamah lagi..

sebab itu,saya tak sanggup nak teruskan dlm bidang agama,rasa tak mampu nak jadi 'sebaik' ilmu tu.saya mmg tabik spring la pada manusia2 yg mampu teruskan n mendidik org lain mendalami ilmu agama.saya,dapat jadi teknokrat yang ada pegangan agama pun jadilah ;-)

p(^_^)q
gambaru!

Qider berkata...

maaf ustaz,saya menyibuk..couldn't help it :)

IbnuNafis berkata...

:) tak mengapa, terkadang kita perlu juga berkongsi pendapat dan suka duka. Fitrah manusia semuanya ingin menjadi baik.

Begitulah kalau kita tanya kepada orang yang jahat sekalipun tentu ada kebaikan yang terbit dari hatinya. Biasanya orang yang jahat pun tidak mahu anak-anaknya menjadi sepertinya.

Hidup ini perjuangan.. siapapun kita, samada berlatarbelakang pendidikan agama yang hebat atau tidak. Kita tetap diuji. Sebab itu bila kita tersasar sedikit.. kembali semulalah ke pangkal jalan.. Ingat balik asal kita.

p/s; Ingatan untuk diri saya juga..

Zakir Lazarus berkata...

salam dari fakir nusantara....,
pendapat aku ialah nak fikir tentang zat allah sesungguhnya 100% comfirm tak dapat sebab akal itu adalah selemah-lemah makhluk ciptaan. oleh yang demikian kita di wajibkan mengenal zat allah itu melalui sifatnya.... itu dah cukup besar hikmahnya berbanding kita mengkaji fikir tentang zatnya yang akhirnya itulah kebodohan yang diilhamkan oleh syaitan yang bijak lagi halus agar kita sentiasa di dalam perdebatan.... ilmu debat berdebat ni tak elok... walaupun di anjurkan oleh hadis berfikir sesaat itu lebih baik daripada ibadath 60tahun namun carilah saluran pemikiran ke arah regim pengenalan iaitu makrifat seraya kita berdoa mohon rahmatNya agar di turunkan kita kecelikan pada ilmu hakikat dan makrifat. kaji sifat untuk mengenal diri lalu pasti kenal tuhan insyallah terfana diri....

Nilai Sri Wangsa berkata...

hmm, katakan kpd mereka yg bertanya ttg zat Allah, katakanlah:

tujuan manusia dihidupkan di bumi adalah utk diuji; apakah mereka meyakini adanya Tuhan yg menciptakan alam ini atau tidak. nah, dah namanya pun ujian. klu Tuhan menjelmakan diri-Nya, utk apa lagi ujian tersebut? sudah tentu semua manusia akan beriman tanpa perlu diuji. samalah hendaknya seperti exam. klu dari awal lagi jawapan kpd soalan peperiksaan sudah didedahkan, utk apa lagi pihak kerajaan menganjurkan exam tersebut? confirm la semua budak akan pass. x perlu la susah2 dtg skola slama 5 tahun semata-mata nk jawab exam SPM yg telah diketahui jawapannya. jadi begitulah hendaknya dgn persoalan ini. amat wajarlah klu Allah tidak mendedahkan perihal Zat-Nya kpd manusia. ini semua adalah ujian utk manusia, sama ada mereka beriman atau tidak.

iwaM eelmaR berkata...

Assalammualaikum...
yg pasti Allah itu wujud,setiap kali kita melafaz Bismillah..keberadaan kasih sayang Allah itu meresap dalam jiwa kita dan meyakinkan bahawa Allah itu tetap ada.

iwaM eelmaR berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
hellvillains berkata...

kalau atheist tanya pasai tuhan...apa nak jawab,takat nak cerita dalil quran,tuhan pun diaorang tak percaya....