Walaupun Al-Ahnaf bin Qais bukanlah berasal daripada keluarga yang ternama, tetapi beliau begitu menonjol di kalangan kaumnya, Ayah dan ibunya juga bukanlah orang yang berada.Oleh kerana itu, ada yang bertanya kepadanya :"Siapakah orang yang sepatutnya dilantik mengetuai kaumnya, wahai Abu Bahr?"
"Orang yang ada empat sifat ini sepatutnya memimpin kaumnya," jawab Al-Ahnaf. "Apakah sifat-sifat itu?".
"Orang yang mempunyai agama yang akan mempertahankannya, kedudukan yang akan memeliharanya, fikiran yang akan membimbingnya dan rasa malu yang akan mengawalnya," jelas Al-Ahnaf.




Tiada ulasan:
Catat Ulasan