Isnin, 30 Jun 2008

Mengapa Perlu Berkahwin?

1. Aku tidak mahu berkahwin!, Aku bosan dengan orang lelaki yang berhidung belang! Lelaki sekarang hanya mahu kepuasan nafsu sahaja tapi tidak reti untuk membimbing! Nak jadi imam pun tak tahu.. Solat jauh sekali!!

2. Buat ape aku perlu berkahwin? aku dah ada kerjaya sendiri. Hidup aku lebih aman damai, tak perlu ribut tentang anak-anak. Aku enjoy dengan kehidupan sekarang nih.

3. Saya takutlah nak berkahwin, tak bersedia, nanti banyak sangat komitmen..

4. Mampukah saya menjadi isteri/suami yang baik?.. Berkahwin bukan untuk bercerai..

*****

Mungkin kita pernah mendengar pernyataan di atas yang berbentuk luahan hati dan perasaan dari sahabat kita atau orang yang pernah merasakan kepahitan hidup akibat dari latarbelakang keluarga yang tidak harmoni. Bahkan juga dari mereka yang takut dan risau memberikan komitmen dalam perkahwinan.

Zaman ini, menunjukkan ramainya mereka yang bekerjaya profesional, hidup mewah tidak mahu berkahwin. Terutamanya apabila yang sudah mempunyai pendapatan tetap sendiri, dirasanya hidup tidak perlu kehadiran orang lelaki/perempuan..


Mengapa Perlu Berkahwin ?

Persoalan di atas adalah soal pokok terutamanya mereka yang akan berkahwin, 'bercouple', dan juga kepada mereka yang tidak mahu berkahwin samada takut, risau, serta alasan yang lain. (Kecuali mereka yang mempunyai penyakit yang boleh mendatangkan bahaya atau kecacatan kepada pasangan seperti HIV, AIDS, sopak dan kusta. Serta mereka yang mempunyai sikap yang jahat, tidak mahu/mampu memberi nafkah kepada isteri, mahu mendera dan membalas dendam ke atas isteri/suami).

Perkahwinan sebenarnya adalah untuk menyahut seruan fitrah manusia yang telah difitrahkan oleh ALlah. Manusia mempunyai keinginan dan kehendak terutamnya di dalam persoalan seksual. Islam telah menetapkan jalan di mana perkahwinan sahajalah yang menjadi penyelesai masalah bagi memenuhi tuntutan tersebut.

Dari Abi Samrah r.a menyatakan :

Nabi melarang daripada hidup membujang. (Riwayat at Tirmidzi dalam kitab perkahwinan, bab meninggalkan perkahwinan).

Saad bin Abi Waqqas r.a berkata : "RasuluLLah telah menolak permohonan Osman bin Maz'un untuk hidup membujang. Kalaulah RasuluLlah membenarkannya nescaya kami akan mengembiri. (Riwayat Muslim dlam Kitab Nikah, bab sunat berkahwinan bagi sesiapa yang berkeinginan, nombor 1402).


Di zaman ini, lihatlah, terdapat antara kita yang mempunyai keinginan tetapi disalurkan di jalan yang dimurkai ALLah. Ada yang menolak perkahwinan tetapi mereka tidak dapat membendung keinginan serta menjauhkan diri dari fitnah terhadap lelaki dan wanita. Ia sendiri tidak dapat menjaga diri dari anasir yang tidak elok. Akhirnya ada yang telah menghampiri kepada zina serta menjerumuskan diri di dalamnya. Anak-anak luar nikah dikandungnya, ada yang dibunuh, dibuang, dan juga dibela.

Ada juga yang mengatakan ingin sahaja membela anak angkat. Sayangnya di dalam Islam, anak angkat tidak pula dibolehkan mewarisi hartanya. Di masa tua pula, ia tetap juga merasa kesepian dan kelainan disebabkan anak yang dibela sejak kecil tetap bukan anak dari darah dagingnya sendiri.

Perkahwinan untuk melahirkan keturunan yang soleh dan berkualiti

Sabda RasuluLLah s.a.w yang bererti : "Kahwinilah perempuan yang pengasih dan mampu melahirkan ramai anak kerana aku berbangga dengan umatku yang ramai pada hari kiamat. (Riwayat Abu Daud dalam sunannya : KItab nikah, bab larangan daripada menikahi perempuan yang tidak boleh melahirkan anak, nombor 2050; An Nasai dalam kitab nikah, bab makruh mengahwini perempuan mandul, nombor 65/6)

Dengan jalan yang halal ini, maka ia dapat membentuk institusi kekeluargaan sekaligus institusi masyarakat Islam yang dipenuhi dengan generasi yang berkualiti. Jauh bezanya dengan anak yang lahir dari perbuatan zina. Mereka adalah generasi yang terbuang yang tidak mengenali sama sekali siapakah ibu dan ayah mereka. Mereka lahir dalam keadaan jiwa yang membenci dan dendam kepada kedua orang tuanya, masyarakat sekeliling dan manusia keseluruhannya.

Jiwa tenang dengan jalan pernikahan

Perkahwinan yang halal akan menghasilkan ketenangan dan ketenteraman. Firman ALLah ta'ala yang bererti :

"Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan dan rahmat-Nya bahawa Dia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki,) isteri-isteri dari jenis kamu sendiri supaya kamu bersenang hati dan hidup kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir". (Ar Rum :21)

Berapa ramai manusia yang menolak perkahwinan fikiran dan hatinya tidak berasa tenang, tiada teman untuk dikongsi masalah? Tidak dapat merasakan hubungan halal antara lelaki dan wanita melalui jalan perkahwinan? Fikiran sentiasa runsing dengan masalah-masalah yang tidak terluah yang mengegarkan jiwa dan fikiran, perasaannya tertekan, kemurungan lalu membawa kepada perasaan malu dan pesimis.

Perkahwinan meluaskan persaudaraaan dan membina prinsip kerjasama.

Sebelum perkahwinan - kita akan fikir untuk hidup buat diri sendiri sahaja. Kurang bertanggungjawab dan kematangan dalam pengurusan hidup. Solat bersendirian, berdoa, tawa dan tangis juga berseorangan.

Sebelum berkahwin - tidak banyak ilmu yang ditimba untuk menjadikan diri sebagai individu Muslim yang dapat menjalankan tugas sebagai khalifah yang lebih sempurna. Kita tidak kenal istilah suami dan isteri, ibu dan bapa serta anak. Tidak juga mengetahui apa itu munakahat yang menyentuh tentang bab kekeluargaan seperti talaq, khuluq, hadonah (hak penjagaan anak), aqiqah dan sebagainya. Maka dengan jalan perkahwinan menjadikan diri bersiap sedia dengan ilmu untuk menguruskan sebuah keluarga. Seorang suami sebagai imam solat dan pemimpin, isteri sebagai teman dan pendokong kepada suaminya di kala susah dan senang.

Isteri akan membantu suami di dalam urusan seharian, makan pakainya, tempat tinggal dan anak-anak. Suami pula akan bersama di dalam mencari rezeki yang halal, mempertahankan, melindungi dan memelihara kehormatan isteri.

Dengan jalan halal yang telah digariskan oleh Islam, daerah persaudaraan akan semakin meluas. Saling kenal mengenali antara sesama dua keluarga yang telah disatukan di atas jalan ini. Ia akan melahirkan suatu ikatan baru dan saling berkasih sayang antara satu dengan yang lain.

Carilah saluran yang halal, dengan jalan perkahwinan dapat menjamin kesejahteraan masyarakat, menyebarkan kebaikan, penjagaan akhlak serta pengekalan keturunan manusia.

"Dan kahwinilah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) di antara kamu, dan orang soleh daripada hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, ALLah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurnia-Nya, kerana ALlah amat luas (rahmat dan limpah kurnia-Nya), lagi amat mengetahui". (An Nur : 32)

6 ulasan:

Qider berkata...

salam. saudara,
alamak,terkena batang hidung ni ;-)

norazlansarmudan berkata...

Assalamualaikum sahabat....
Bagus tulisan ni. Memang betul la apa yang dinyatakan dalam tulisan tu. Dulu saya pernah katakan dalam diri yang saya mampu hidup tanpa perempuan dan hidup sendiri. Tapi sekarang, segalanya berbeza sama sekali khususnya dalam melakukan ibadah kepada Allah. Saya merasakan ibadah2 saya bertambah khusyuk selepas berkahwin dan dalam diri timbul rasa tanggungjawab yang kita kena pikul sekiranya kita tinggalkan solat khususnya. Sekiranya nak tinggalkan solat, ingat isteri dan keluarga dan tanggungjawab saya untuk menjadi suami yang boleh membimbing isteri. Sahabat, perkahwinan akan menjadikan diri kita lebih bahagia yang sukar untuk digambarkan melalui tulisan. Bahagia yang dialami hanya oleh meereka yang telah mengalaminya. Perkahwinan bukanlah untuk seks semata-mata tapi yang penting adalah tanggungjawab menjadi hamba Allah dan suami yang terbaik. Semoga perkahwinan sahabat pada bulan 8 nanti akan mendapat rahmat dari Allah dan dikurniakan kebahagiaan dunia dan akhirat. Hebat di Dunia dan Terhebat di Akhirat.

Admin berkata...

Wa'alaikumussalam wbth bang lan,

AlhamduliLLah, bang lan pun sudah mendirikan rumahtangga dan merasai sendiri kehidupan suami isteri. Insya ALlah, selepas ini dengan izin-Nya giliran saya pula. Tulisan ini sebagai muhasabah juga kepada diri saya sendiri tentang kepentingan sebuah perkahwinan.

Semoga kita semua dapat melaksanakan tanggungjawab dengan sebaik-baiknya. Dan dapat melindungi keluarga kita dari api neraka.

Saya juga mendoakan agar perkahwinan bang lan sentiasa mendapat rahmat dari ALlah, serta kebahagiaan di dunia dan di akhirat.

Tanpa Nama berkata...

ei yoo...waazzzzuupp!!!?
waa...cngini best ar... wa minat lmn web cenggini, it's cool.. ehm..anyway.. it's me again 'later',
sy pun sll post komen kat web abimuslih...sbg "...", ah...let's straight to the point!!!
norazlan...bang lan...mrazlan... anyway, patut la org pas kawin br bleh mtg ek...? tp ada sstgh org tuu, x reti2 nak pkai akal..'n'..klu org dah kwn br bleh mtg...patut la knk2 remaja fikiran mereka lebih cenderung kepada kenerakaan... aku kgm ngn Imam Syafie, Rasulullah 'n' sahabat2nya dan all the 'Nabi's (prophet la), sy x tahu byk psl agama sbb sy bukan bdk sekolah agama ataupun lebih jelas...bkn yg soleh atau beriman, n adducated pun x...SPM pun 3% je...haha...a fool am I..?
Some people say I'm a...some kind of 'Freakmind'...in other words they called me a 'krazy'..haha.. maybe I'm...by the way...I'm 20 yrs old...not yet but coming 20..most people don't understand about what I'm talking about... tentunya psl kelakuan seharian... dulu mereka pernah menjadi kwn sy but not anymore, tp sy sdh gak.. psl my kwn karib dah jadi kwn karipap... he became my worst enemy...tp xpe... I'm happy...tp sdh gak...psl selalu bersama susah senang tp bila aku dekat dgn The Only One, die x ikut...die tkm aku ckp2, pastu we became ... 'dulu isi ngan kuku' 'skrg kuku xde isi berdarah'... kesian kambing jiran aku xde kuku..
and by the way... I'm glad that it happened... sebab die bkn kwn aku... die sepasukan ngan musuh utama dlm hdp aku, 'Iblis'.bla..bla

Admin berkata...

later.. selamat datang dan terima kasih kerana berkunjung ke blog saya..

dalam hidup ini memang kita perlu sentiasa ingat kepada ALlah, dan akan ada orang yang akan memandang serong bila kita hendak jadi baik. Sebab itu zaman sekarang ni amat susah untuk mencari kawan yang dapat menunjukkan jalan yang lurus. Ramai yang nak kita jauh dari ALLah.

Apapun jangan berputus asa dan banyakkan bersabar. Sebab seorang Islam yang hebat akan sentiasa berusaha memperbaiki dirinya. Bahkan ALLah bersama-sama dengan orang yang bersabar.

Saya mendoakan agar saudara/ri akan dapat bertemu dengan sahabat yang lebih berkualiti dari dahulu.

Tanpa Nama berkata...

assalamualaikum later....
Izinkan saya memberi sedikit komen mengenai tulisan anda di atas. Saya rasa anda mempunyai kecelaruan mencari identiti diri sendiri. Anda tidak dapat menetapkan matlamat hidup anda kerana anda begitu taksub dengan satu2 benda. Fikiran anda cuba merasionalkan setiap apa yang anda lakukan tetapi anda tidak mampu untuk mengikut rasional itu disebabkan keegoaan anda yang terlalu tinggi.
Sebagai rakan siber anda, izin saya berpesan agar cuba ruangkan sedikit masa untuk melihat diri kita jauh-jauh. Turunkan ego kita seketika dan renungkan apa yang telah berlaku terutama dalam isu kawan yang telah anda nyatakan. Belajar membaiki diri kita setiap hari dan sentiasa bersabar dengan kata-kata yang ingin kita ucapkan kepada orang lain.
Saya pasti mungkin tulisan ini akan membuatkan ego anda melenting dan akan mengatakan 'eelllehhhh......lantak aku la nak buat apa' tapi satu pesan saya yang kehidupan kita ni tak lama. Kerana perjalanan terbaik seseorang insan adalah MENCARI MATI YANG SEMPURNA.

ikhlas dari rakanmu. Maaf kalau tersinggung.

norazlansarmudan@yahoo.com