Ahad, 10 Ogos 2008

Sedih Melihat Segelintir Sikap Ilmuwan Agama


bismillah

Hari ini hati saya 'panas sedikit'. Sebenarnya telah lama melihatkan keadaan ini berlaku. Semenjak ada golongan yang mengatakan ingin mentajdid agama, dan mengatakan diri mereka sahaja yang mengikut al Quran dan Sunnah. Sedih melihatkan sesama saudara Islam bertelagah darihal perkara khilaf antara ulamak. Yang sorang sibuk datangkan dalil mengatakan amalan itu bid'ah, dan kononnya disertakan dengan takhrij hadith seolah-olah pendapatnya sudah betul-betul benar.

Apatah lagi mempertikaikan aqidah sesama umat Islam. Saya selalu melihatkan beberapa nick name di dalam beberapa forum yang sering mengadakan perbalahan dan 'tidak reti bahasa' di dalam mencari keharmonian. Perkara khilaf ulamak sepatutnya kita sama-sama merghormati dan berlapang dada.

Jika tidak bersetuju dengan hujjah ulamak yang membolehkan amalan bacaan yasin 3 kali di dalam nisfu sya'ban terpulanglah dan tidak perlu membid'ahkan pendapat ulamak lain. Sekiranya tidak bersetuju dengan mereka yang menerima bid'ah hasanah terpulanglah, maka kerana itu tidak perlu berlagak juga dengan kalam ulamak lain untuk menghukum sesama Islam dengan gelaran sesat, duduk dalam neraka. Seolah-olah hujjah sudah menjadi qot'ie (secara pasti) bahawa hujjah yang dibawakan orang lain (disertakan dengan dalil dan hujjah) adalah tertolak. Hebat bila ada yang mengatakan ulamak tersilap, tersalah.. Dengan kalam siapa katakan ia tersilap dan salah? Adakah dengan ilmu kita yang tidak sampai pun sejengkal kaki ulamak yang direndah-rendahkan tersebut.

Sedangkan bila dikaji semula antara para muhaddith pun mereka ada berkhilaf tentang kekuatan darjat sesuatu hadith sebagaimana juga ahli ilmuwan hadith seperti albani yang ada kalanya dahulu dia mendhoiefkan hadith yang sahih dan mensahihkan hadith yang dhoief (ini juga telah ditegur sendiri oleh dr Yusof al Qardhawi di dalam feqh muassarohnya).

Menghukum Saudara Islam Masuk Neraka Dengan Khilaf Ulamak

Yang hanya pandai menghukum amalan orang lain sesat, masuk neraka. Adakah sudah pasti kita berada di mana? Adakah amalan kita sendiri tidak sesat apabila menyesatkan sesama umat Islam yang jelas sudah mengadakan dalil dan hujjah. Tak perlu nak bicara tentang latarbelakang ilmu orang lain. Tetapi belajar dulu AKHLAQ di dalam berbicara.

Yang rajin benar membawakan perbahasan ulamak dengan kata ini batil, ini salah. Adakah sudah faham tentang feqh waqi'? Sedar atau tidak siapa yang membaca di dalam artikel, yang mendengar, melihat? Ada di antara mereka yang ingin belajar, mahu mengenal Islam, mahu melihat keindahan ukhuwah antara sesama Islam. Tetapi apa yang telah tunjukkan dengan perasaan emosi. Di mana diletakkan akhlaq yang sudah ditunjukkan di dalam AL QURAN DAN HADITH SAHIH? Atau letakkan di hujung-hujung kaki sahaja kerana kononnya ilmu lebih utama? Apa dahulu tidak diajar RasuluLLah bagaimana berakhlaq sesama saudara seIslam?

Memahami Perbezaan Dari Petunjuk Sirah

Apakah tidak belajar sirah bagaimana rasuluLLah menanggapi khilaf antara sahabat? Tunjukkan bukti bahawa RasuluLLah berwenang mengatakan sesat kepada para sahabat yang berselisih faham dalam ijtihad terutamanya ketika ada sahabat yang solat asar sebelum bertolak dan ada yang solat asar selepas bertolak ketika hendak menghadapi kaum yahudi yang melanggar perjanjian piagam madinah.

Sedangkan dalil2 sudah diberi, dan sibuk pula mempertikaikan ulamak lain. Tidak belajarkah ijtihad yang benar akan diberi 2 pahala, dan ijtihad yang yang silap diberikan 1 pahala. Lihat bagaimana ketika ada 2 pendapat antara Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar mengenai tebusan Badar. Kita nak perlekehkan yang mana satu? Banyak lagi perselisihan ijtihad dan amalan baru yang tiada di zaman RasuluLLah tetapi ada di zaman sahabat, tabi'ien dan tabi;ut tabi'en. Sedangkan mereka semua mengikut al Quran dan Sunnah jua!! Ada sesiapa nak pertikaikan?

ALlahu ALLah....

Bila mereka yang hebat2 ini mengatakan ulamak itu tersalah, tak betul. Kemudian pada masa yang lain pula telah gunakan kalamnya kerana ada pendapatnya yang sama dengan pendapat sendiri. Maka adakah ini bermakna kita sedang MENGGUNAKAN HAWA NAFSU UNTUNG MENANG?

Maka pendapat saya - dari belajar feqah dan hadith yang tinggi dan mendalam tetapi akhlaq tiada. Baiklah belajar akhlaq dahulu.

Syaitan sudah ketawa lagi... orang yang memusuhi Islam bergelak ketawa lagi...


Sila rujuk link ini agar sama-sama kita dapat belajar akhlaq - bagaimana beradab dengan khilaf ulamak.

http://mufti.penang.gov.my/khilaf.pdf

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

salam

pernah dgr x pasal pemuda kahfi ...any comment...penerangan diorang mengenai al quran logik tp terdapat certain perkara yg different dgn ape yg saya blajo kat skolah

Tanpa Nama berkata...

"Jika tidak bersetuju dengan hujjah ulamak yang membolehkan amalan bacaan yasin 3 kali di dalam nisfu sya'ban terpulanglah dan tidak perlu membid'ahkan pendapat ulamak lain"
-->tertarik dengan petikan saudara di sini.. Ingin saya kemukakan soalan, apakah hujjah ulamak yg membolehkan maln bacaan yasin 3 kli tersebut. sdangkan setahu saya, bacaan yasin 3 kali tiada nas didalam Islam, dan ia ternyata satu bid'ah.. Dan ternyata ulama'2 sekarang bukanlah memerangi sesuatu masalah yang khilaf, tetapi memerangi masalah bid'ah, dan mereka cukup memahami bahawasanya khilaf dan bid'ah adalah satu perkara berbeza. Boleh saudara jelaskan?

IbnuNafis berkata...

BismiLLah

Persoalannya di sini - membaca yasin 3 kali tersebut baik atau tidak? ada sesiapa yang mengatakan ia adalah wajib?

sekiranya nak membaca surah atau ayat al Quran lain ada sesiapa yang menghalang?

Berdosakah sekiranya ada segolongan umat Islam yang memang suka membaca surah yasin pada malam jumaat, pada malam nisfu sya'ban tanpa mengatakan ia adalah wajib? Kerana yasin juga ada kelebihannya di samping juga surah al mulk, al kahfi, bahkan seluruh al Quran itu sendiri.

bagaimana pula sekiranya ada orang yang suka menghabiskan satu al Quran setiap malam? Adakah ia menjadi bid'ah?

Jawapan mengenai pendapat ulamak itu ada di sini :

http://bahrusshofa.blogspot.com/2006/09/nishfu-syabaan-2-syaikh-ahmad.html

Terkadang terfikir juga - membaca al Quran menggunakan internet adakah ia bid'ah juga? Bagaimana pula dengan mendengar mp3, mp4?

semoga dijauhkan daripada hukuman bid'ah sesat tanpa hak.

ALlahu ALlah.

Seruling Senja berkata...

Alhamdulillah, hujah dan penjelasan anda mengenai perkara ini cukup bernas. Mungkin satu soalan perlu ditanya kepada golongan yang suka membidaahkan orang ini. Contohnya seperti amalan membaca yasin 3 kali pada malam nisfu syaaban. Ada tak mana-mana dalil yang menghukumnya sebagai haram?

Mohd. Abd. Rashid Bin Yah berkata...

Saya telah copykan artikel ini ke dalam blog saya kerana ia cukup menarik dan bernas sekali. Terima kasih.