
Dapatkan Mesej Bergambar di Sini
"BismiLlahir Rahmanir Rahim, Ingatlah, engkau duduk sekarang di sini kerana ada yang telah pergi"
Ramadhan rupanya akan meninggalkan kita buat sekian kalinya. Mudah-mudahan dipanjangkan umur untuk menghadiri madrasah Ramadhan pada tahun akandatang.
Ramadhan mengajar diri menjaga disiplin-disiplin yang telah ditetapkan oleh ALlah dan Rasul-Nya untuk diikuti dan dihayati. Perginya Ramadhan sebagai satu penilaian kepada diri kita samada semakin baikkah akhlaq yang selama ini dilentur ataupun natijahnya tetap juga sama apabila tiba sahaja bulan-bulan lain."Dan hendaklah kamu mencukupkan bilangannya dan hendaklah kamu mengagungkan Allah atas petunjukNya yang diberikan kepadamu, supaya kamu bersyukur.(Surah Al-Baqarah : 185)
Berpagi-pagi di Aidilfitri, mandi sunat aidilfitri, memakan kurma, pakailah pakaian yang terbaik (cantik dan kemas) dan bersegera menuju ke masjid. Apabila pergi lalulah di jalan lain, dan semasa pulang ikutlah pula jalan lain.
Dari Anas ia berkata : Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam tidak keluar pada waktu pagi Raya Fitrah sehingga ia makan terlebih dahulu beberapa biji kurma. Seterusnya Anas menceritakan bahawa Baginda memakan kurma itu dalam bilangan ganjil. (Hadits riwayat Al-Bukhari dan Ahmad)
Selepas habis sahaja mendengar khutbah selepas Solat Sunat Aidilfitri, bermaaf-maafanlah sesama ahli masjid, surau, ahli keluarga, sanak saudara, jiran tetangga, sahabat handai serta semua saudara seIslam. Begitulah, kita ini terkadang tersilap tafsir - bahawa meminta maaf setahun sekali, sedangkan sepatutnya apabila sahaja berlaku khilaf mintalah maaf sesama kita. Jika ada benci, buanglah sejauh-jauhnya. Hidup ini amat singkat hanya untuk bermusuh-musuhan.
Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam yang diriwayatkan oleh Al-Imam Al-Bukhari yang bermaksud:"Dari Abi Hurairah Radiallahuanhu dari Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam Baginda bersabda: Barangsiapa yang beriman dengan Allah dan Hari Akhirat maka hendaklah ia menghormati tetamunya dan barangsiapa yang beriman dengan Allah dan Hari Akhirat maka hendaklah ia menyambung silaturahim.
Jika hendak ziarahi kubur ikutilah adab-adabnya, beri salam, mendoakan ahli kubur, membaca al Quran (dan berdoa mudah-mudahan pahala dari bacaan al Quran dapat disedekahkan kepada ahli kubur). Jiruslah air di atas kuburan serta menaburkan dengan bunga dan dedaunan yang masih basah. Kepada wanita Islam yang beriman - tolonglah tutup aurat, bukan sahaja semasa solat, bahkan juga sepanjang masa yang wajib untuk menutupinya.
Dan elok juga diperingatkan buat diri dan semua umat Islam, marilah kita berpuasa enam hari selepas 1 Syawal.
Dari Abi Ayub Al-Ansari Radiallahuanhu, ia menceritakan bahawa Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda : Barangsiapa yang berpuasa pada bulan Ramadan kemudian diikuti dengan puasa enam hari pada bulan Syawal, seolah-olah ia berpuasa sepanjang tahun". (Riwayat Al-Imam Muslim)
Untuk Pengetahuan : Dalil-dalil yang disebutkan di atas dirujuk melalui laman web mufti brunei di dalam khutbah raya serta adab-adab menyambut Hari Raya Aidilfitri.
1. "Refutation of those who follow other than the four legal schools" ("radd 'ala man ittaba'a ghayr al madhahib al arba'ah"), by Imam Ibn Rajab al-Hanbali (Arabic)
2. "Non-madhabism: The most dangerous innovation threatening the Islamic Law" ("La madhhabiyyah: akhtar al-bid'ah tohaddidu al-sharee'ah al-islamiyyah"), by Shaykh Dr. Muhammad
Said Ramadhan al-Buti (Head of the dept. of Sharee'ah, University of Damascus) (Arabic)
3. "The legal status of following a madhhab", by Justice Shaykh Taqi 'Uthmani (Chief Qadi of Pakistan ) (English)
4. "The Four Madhhabs", by Shaykh Abdul-Hakeem Murad (English)
5. "Benefits of the sciences of jurisprudence" ("fawaa'id 'uloom al-fiqh"), introduction to "'ilaa ul-sunan", by Shaykh Kayranwi (Arabic)
6. "Meaning of the saying of the Muttalibi Imam: 'If a hadith is authentic, then it is my madhhab'", ("ma'na qawl al-imam al-muttalib: itha sahha al-hadith fa huwa madhhabi"), by Shaykh ul-Islam, Imam Taqi ul-Deen al-Subki (Arabic)
7. "Fatwa Concerning the Obligation of Following Rightly Guided Scholars", by Shaykh Murabit al-Haajj and Shaykh Hamza Yusuf (Arabic/English)