Aku masih teringat, kami ketika itu masih kecil. Belum kenal dunia besar yang bercorak-corak macam sekarang. Masa tu aku tak tahu apa itu derita, kesusahan, air mata, penat lelah. Hidup ini satu keseronokan. Yang aku tahu, setiap pagi mesti ada jemput-jemput atau sekurang-kurangnya lempeng yang dicicah dengan dengan gula dan terhidang di atas meja. Sedap. Tentunya sedap, tangan emak yang buat. tapi aku tak terfikir dari mana pulak datangnya tepung untuk dibuat jemput-jemput, lempeng yang sentiasa masuk ke dalam perut aku. Tak terlintas di fikiran aku, tentang keperitan, susah payah petani-petani menuai gandum dari pagi ke petang. Sebab masa tu asal perut kenyang sudah. Lepas tuh tidur atau bermain-main dengan kawan-kawan santak ke petang.
Aku duduk sekeluarga di rumah inilah, yang beratapkan zink, berdindingkan papan. Masa itu tahu apa, berak kencing, bergaduh, bermain, tidur, itu sahaja. Nasi yang kami makan pernah berlaukkan ikan kering, telur masin. Makanan itulah yang membesarkan kami, agar kami mengerti hidup ini susah. Siapa kata air mata aku tak pernah tumpah mengalir? Suatu ketika aku melihat emak mengalirkan air matanya melihatkan kami hanya makan nasi berlaukkan kicap. Emak teresak-esak. Apa yang kami tahu ketika itu? Jadi kami berkongsi air mata dengan emak. Tak salahkan menangis bersama-sama emak kesayangan?
Jajan? Haa..benda ini yang kami selalu rebutkan, merengek-rengek meminta emak supaya belikan atau sekurang-kurangnya airbatu sepuluh sen. Gembira. Cukuplah dengan jajan seperti itu, cukup meriangkan kami. Sampai akhirnya, emak berjual pula air batu sepuluh sen tu. “Untuk anak-anak” katanya.
Sampai masanya kami bersekolah. Abah ketika itu dah pencen, ‘pencen muda’. Duit pencen tu abah gunakan untuk membuka sebuah kedai runcit di rumah inilah. Bila orang tanya : “Wah Lan, berniaga apa engkau sekarang ?”. Abahku dengan senyumannya menjawab “ Alahh…berniaga main-main”. Jarak perjalanan kami dari rumah ke sekolah 17 kilometer jauhnya. Kalau ada trak askar ambil kami maka selesalah sikit. Tapi trak askar tu dah uzur. Selalu sangat ‘mc’ kami tak kisah itu semua. Jadi subuh-subuh lagi kami bersiap-siap membawa bekalan dari rumah. Belanja? 10 sen, kalau nasib baik dapatlah 30 sen. Emak tetap setia menghantar kami hingga ke seberang jalan. Tak lupa juga nasi lemak 50 sen untuk dijual ke sekolah atau 5 hingga 10 bungkus gula tarik untuk dimakan oleh rakan-rakan yang sudi membelinya. Lepas cium tangan mak, kami pun mulakanlah perjalanan. Aku yang ketika itu, baru darjah satu, tentunya mendapat tempat yang ‘special’. Kalau berjalan kaki ke sekolah tentunya naik basikal tua yang abah bonceng. Abang-abangku yang lain berjalan kaki. Biasanya kalau waktu-waktu ‘pagi buta’ beginilah, meremang bulu tengkuk bila lalu di kawasan orang yang dah meninggal. Kalau waktu hujan, alamat waktu maghriblah sampai ke rumah. Emak aku tentunya risau, tak reti nak duduk diam. Bimbang dengan anak-anaknya yang tak nampak batang hidung lagi.
Aku dan abang-abang aku bersekolah agama pada waktu pagi dan petang, bergantung pada sesi persekolahan. Murah masa tu yuran adelah dalam 12 ringgit setahun, buku agama pun ada pinjaman. Kain samping warna hitam semacam satu kewajipan, peraturan sekolah mewajibkan pelajar lelaki memakai kain samping warna hitam. Kain samping yang aku pakai dah macam peta dunia, bercapuk di sana-sini. Muka kena tebalkanlah. Tak mengapalah, kita ke sekolah untuk menuntut ilmu, bukan untuk menunjuk-nunjukkan?
Abang aku yang sulong masa tingkatan 3 dah bekerja sebagai ‘caddy golf’. Duit yang dia dapat adalah dalam 10 ringgit hingga 30 ringgit sehari, itupun kalau nasib baik. Kasihan jugak aku tengok abang aku, mana taknya, bahu dia merah kebiru-biruan, asal balik dari kerja mesti mintak mak urutkan. Aku tahu abang aku nak tolong ringankan beban keluarga. Dia gunakan duit tu untuk beli buku teks, buku rujukan, baju, seluar sekolah.
Hari raya merupakan hari yang ditunggu-tunggu. Sebelum kedatangan syawal, tentunya kami budak-budak yang sibuk nak beli baju, seluar baru. Siapa tak nak, Cemburu kalau lihat rakan-rakan yang lain memakai baju cantik, seluar, kasut baru. Lebih-lebih lagi saudara-saudaraku yang agak berada sedikit, mulalah nak menayang-nayang di hadapan kami. Tapi emak dan abah menyabarkan kami “Alahh…gilir-gilirlah ganti baju raya, yang tahun lepas punya
Abah, ketika kami hantar dia ke stesen keretapi Johor Bahru (sebelum bertolak ke
Aku sudah besar panjang kini, kata orang dah matang, betul ke aku dah matang ? apakah aku sempat membalas jasa-jasa emak dan abah atau sekurang-kurangnya menggembirakan hati mereka dengan kejayaan aku dalam bidang ilmu ini. Aku tak pasti. Atau kesusahan apa lagi yang aku bebankan di bahu-bahu mereka. Aku tak sanggup melihat mereka mengalirkan air mata kerana kejahatan aku. Bukan sebab itu tujuan mereka membesarkan aku, aku tak sanggup!! Apatah lagi adik-adik aku yang kecil masih lagi bersekolah. Namun aku tak lupa berdoa, kepada Allah aku rafa’kan agar kedua orang tuaku itu sentiasa sihat tubuh badannya, ditempatkan di kalangan orang-orang yang terpilih, dimurahkan rezeki, ditenangkan hati. Semoga doa aku diperkenankanNya dan menjadikan aku tabah dalam hidup ini. Aminnn….
5 ulasan:
reminded me of my own mum and dad.ever heard this one,'the first step of understanding your parents' love is to raise your own children'?i quite agree wif that statement.can't imagine myself being a parent.nevertheless,only Him alone who can reward their sacrifices on us.nothing in the world can be compare to their love and care.
Selagi mereka hidup, buatlah jasa. Walaupun kita tidak mampu membayar kesemuanya..
apa yang saya selalu ingatkan pada diri,walau apa pun keadaan mak ayah dulu,sekarang dan akan datang,saya kena banyak2 sabar dan memahami.itupun sebenarnya,masih sedikit kalau nak dibandingkan dengan segala yang mak ayah dah curahkan.satu lagi,kurangkan perangai n perbuatan yang menyusahkan hati mak dan ayah ;-)
AlhamduliLlah, jika ramai anak-anak begitu, kurang sedikit kerut di dahi ibu dan ayah :)
basah hati saya membacanya, sebagaimana basahnya pipi saya di sapa sendu kisah zaman silam.
Setiap manusia menyimpan seribu cerita suka dan duka ... dan Allah yang maha penyayang,pasti merawat setiap luka...
pengalaman adalah madrasah yang mendidik jiwa .... kekuatan dibina melaluinya...
Catat Ulasan