Isnin, 3 Disember 2007

Perkenalan Indah Di Kuala Mu


Setelah berada di Kg Perjek (menginap semalaman) Pada pukul kira-kira 11.00 pagi kami bertolak menuju ke Pos Kuala Mu. Sekali ini, kami menaiki 3 buah pacuan 4 roda diketuai oleh Ustaz zainal (landrover).

Kami tiba di Kg Bersah di dalam kawasan Pos Kuala Mu kira-kira jam 12.45 tengahari dan melepaskan lelah di rumah ABIM (dibina kira-kira kos rm6000 bersama penduduk Kg Bersah). Kampung Bersah pada siangnya memang panas, tetapi bila tiba waktu malam sehingga pagi esoknya keadaannya amat sejuk kerana terletak di kaki Gunung Korbu.

Petang itu kami menziarahi penduduk Kuala Mu juga untuk menghayati keindahan alam di sungai yang terdapat di kampung tersebut.


Kuala Mu dari asal perteMuan di antara 2 sungai (satu sungai airnya sejuk dan satu lagi panas) - menurut penduduk kampung tersebut.



Sungai Kuala Mu

Antara kemudahan infrastruktur yang terdapat di Pos Kuala Mu :



Klinik Kesihatan Sekolah Kebangsaan




Dewan Orang Ramai




Rumah Orang Asli dengan bekalan kuasa solar

Pada malam hari, muslimin mendengar kuliah maghrib yang disampaikan oleh Ustaz Mat Som dan Ustaz Abdul Razak. Manakala Ustaz Ismail, Ustaz Zainal dan muslimat mengagihkan makanan kepada penduduk kampung Kg Bersah.




Juga pengislaman saudara baru, En. Daud serta majlis akad nikah mereka sekali.




Pengislaman oleh Ustaz Mat Som disaksikan oleh Ustaz Mohamad Zainal.
Isteri En. Daud duduk ditengah-tengah (bertudung ungu)


2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

grrrr~ membara tak dapat gi..hehe~next time bawak rehan arr!!~

Admin berkata...

:), Insya ALLah, sebenarnya sebelum pergi ke Kuala Mu nih (masa di kg sg Rual) kita dah adakan satu perbincangan yang serius dengan Datuk Dr Abdul Razak - banyak perkara perlu difikirkan. Dari segi tentatif, kemampuan, keselamatan, kekuatan anggota.

Jadi begitulah, yang dapat diberi 3 buah pacuan 4 roda, tuh pun bersesak macam sardin daaa...

Yang akandatang, nanti cuba kecek sama mainboard la yek, diorang dah dapat link. Juga senior yang dah poie ke sano. :)