Ahad, 28 Oktober 2007

Bagaimana menyentuh hati ?


1.Proses pengenalan di mana sahaja kita berada, bila jumpa kawan yang baru, berusahalah menghafaz nama sahabat kita yang baru. Atau setidak-tidaknya nama panggilan manjanya. Cth : Fatimah - timah, Hafizah - pijah, Ridwan - max,

RasuluLlah s.a.w bersabda yang bererti : termasuk sifat angkuh adalah seorang yang masuk ke dalam rumah temannya, lalu dihidangkan kepadanya makanan, ia tidak mahu memakannya; dan seorang lelaki yang bersama-sama lelaki lain dalam perjalanan, tetapi ia tidak menanyakan namanya dan nama orang tuanya (riwayat ad Dailami)

2. Jika bertemu berilah salam, memberi salam itu sunnah. Akhir zaman ini, orang Islam memberi salam pada orang yang dikenalinya sahaja. Budaya memberi salam tidak lagi menjadi keutamaan, sedangkan di dalam ucapan salam itu mengandungi pelbagai hikmah dan kebaikan..

3. Jika teman sudah lama tidak kelihatan, maka ambil tahulah khabarnya. Untuk meningkatkan perasaan ukhuwwah, kita perlu mengambil sikap peduli kepada teman2 kita. Terkadang kedatangan dia kita perlu raikan - bertanyakan khabar (walaupun terkadang persoalan kita itu
dijawab dengan soalan menjengkelkan seperti : Kalau aku tak sihat takdalah aku kat sini). Apapun kita faham mengapa kita perlu mengambil berat. Sebab mencari sahabat yang baik itu susah, mencari musuh amatlah mudah.

4. Jika dia sakit, maka jenguklah. Sahabatku, antara yang menyebabkan kita akan selalu terkenangkan kebaikan seseorang itu adalah sikapnya yang suka menziarahi, apatah lagi sekiranya sakit. Walaupun sebenarnya dia tidak ingin sebarang pembalasan, kita harus faham berbasa basi.

Dari Abu Hurairah r.a RasuluLlah bersabda : Barangsiapa menjenguk orang sakit atau mengunjungi saudaranya sesama Muslim kerana Allah, maka malaikat akan berseru kepadanya, "kamu dalam keadaan baik dan baik pula tempat tujuanmu,kamu pun akan ditempatkan di syurga (riwayat Muslim)

Tiada ulasan: