Boleh jadi sangkaan dan dugaan dirasakan amat hebat oleh orang-orang yang beriman pada awal penyebaran Islam di Mekah, ada di antara mereka yang dibunuh, sekeluarga di seksa, ada yang diseret pada cahaya matahari yang terik ditambah pula dengan batu-batu besar. Pelbagai
musibah, cubaan dan azab dirasakan oleh mereka. Tiadakah jalan keluar untuk menghadapi seksaan yang amat memeritkan ini...
'Alif, Laam, Miim. Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata : "Kami beriman," sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? Dan Demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta. Al Ankabut: 1-3
dan di antara manusia yang menyembah ALlah dengan sikap dan pendirian yang tidak tetap; iaitu kalau ia beroleh kebaikan, senanglah hatinya dengan keadaan itu; dan kalau pula ia ditimpa fitnah kesusahan, berbaliklah ia semula (kepada kekufurannya). (dengan sikapnya) rugilah
ia akan dunia dan akhirat, itulah kerugian yang terang dan nyata. Al Hajj:11
Cubaan yang Allah berikan ke atas ahli-ahli dakwah adalah untuk membezakan antara golongan-golongan ini dengan golongan Mukmin yang lain. Juga untuk membuang segala golongan keji dan kotor dari barisan mereka sebagaimana kita membuang karat daripada besi.
KETIKA SUJUD KAKI DIRENGGANGKAN ATAU DIRAPATKAN ?
-
KETIKA SUJUD KAKI DIRENGGANGKAN ATAU DIRAPATKAN ? Soalan:Ketika sedang
sujud adakah kedua kaki direnggangkan atau dirapatkan. Mana satu cara yang
betul?Ja...
9 bulan yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan