Pakcik yang kujumpa semalam, harini aku bertemu kembali. Dia menjual top up di belakang jubli intan, katanya dia tidak mahu menyusahkan orang lain. Hidup berdikari lebih baik dari meminta-minta .
Ceritanya lagi, ada juga manusia yang mengambil kesempatan di atas kekurangan dirinya ada yang mengadu kesusahan padanya. Padahal yang meminta tuh sempurna anggota badan, digunakan modal lidah untuk minta simpati. Dan satu cerita lain, ada seorang pemuda mengharapkan belas, katanya "ibunya baru meninggal dunia'. Lalu pakcik ini dengan kasih sayangnya memberikan duit sekadarnya. Dan boleh pulak datang sekali lagi pemuda yang sama (dia ingat pakcik tersebut tidak lupa suaranya) dan cakap lagi sambil menagih simpati dengan alasan yang sama "ibnunya baru meninggal'. Pakcik tersebut seraya memberitahuku "berapa kali ibunya meninggal dunia agaknya'.
Benar juga katanya, orang yang menipu akan lupa yang dia pernah menipu, dan akan menipu lagi. Dan pada fikirannya semua orang mudah ditipu.
KETIKA SUJUD KAKI DIRENGGANGKAN ATAU DIRAPATKAN ?
-
KETIKA SUJUD KAKI DIRENGGANGKAN ATAU DIRAPATKAN ? Soalan:Ketika sedang
sujud adakah kedua kaki direnggangkan atau dirapatkan. Mana satu cara yang
betul?Ja...
9 bulan yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan