Sabtu, 20 Oktober 2007

Aku dan diri


Aku,

Adalah yang berada di dalam diri ini,

Yang selalu berperang dengan perasaan, hati, akal dan nafsu,

Aku yang duduk di dalam diri,

Menginap di dalam jasad yang satu ini,

Selagi ada aku, diri ini dapat bergerak mengikut apa mahuku,

Aku,

Biarlah menggunakan diri ini dengan sebaik-baiknya,

Menjaga tanggungjawab dan haknya,

Suatu masa engkau akan keluar sebentar,

Manalah tahu tika dikembalikan diseksa,

Syukurlah jika aman tempat persemadian,

Aku,

Selagi menumpang di jasad ini belajarlah berterima kasih,

Kerana tempat yang ditumpang akan ditinggal pergi,

Lalu kembali untuk bertemu Tuhan,

Entah bagaimana keadaannya ketika itu,

Gembira atau duka untuk menjawab dengan tenang,

Persoalan tentang diri….

Anak_Pejuang

8 Ramadhan 1426 Hijrah,

Kg Pandan Dalam

Tiada ulasan: