Aku katakan kepada mereka, apabila menjadi pemimpin bila sudah besar nanti, jadilah seorang pemimpin Islam yang berjiwa besar.Takut kepada ALLah.. Jadilah seperti Umar bin Abdul Aziz, lihat pada zuhudnya bila keluar sahaja setelah dilantik menjadi khalifah. Bukan ia ketawa kegirangan, bukan disambut sorak sorai. Beliau keluar dari singgahsana pemerintah tanpa diiringi oleh pengawal dan dayang-dayang, tidak juga dengan pakaian kemegahan, atau kereta kuda untuk dibawanya pulang ke rumah.
Beliau menangis, ya… seorang amir al mukminin telah menangis kerana dipilih oleh pemerintah. Di hadapan isteri, air mata lelakinya mengalir deras. “Mengapa engkau menangis seperti ini?” lalu dijawab empunya diri “Oh! Malangnya wahai Fatimah, aku diberi tugas mengurus umat seperti ini. Yang mengganggu fikiranku adalah nasib si miskin yang kelaparan, orang yang merintih kesakitan, orang yang terasing dinegeri ini, tawanan, orang tua yang tidak berdaya, janda yang sendirian, orang-orang yang mempunyai tanggungan keluarga yang besar denan pendapatan yang kecil dan orang yang senasib dengan mereka di seluruh pelusuk negeri ini, baik di timur mahupun di barat, di utara ataupun di selatan!
Aku tahu…. Allah S.W.T akan meminta pertanggungjawaban kepadaku pada hari kiamat kelak.. sedangkan pembela-pembela mereka yang menjadi lawanku nanti adalah rasuluLLah S.A.W
Aku betul-betul takut tidak dapat mengemukakan jawaban di hadapanNya. Itulah sebabnya maka aku menangis!..Jelas Umar bin Abdul Aziz.
Aku telah memberitahu mereka, apabila menjadi pemimpin, di kiri kanan kamu sudah ada orang yang menunggu untuk menarik –narik di hari kiamat. Jika mereka dijatuhkan vonis ke dalam neraka sedangkan kamu sebelah kaki sudah berada di dalam syurga. Maka mereka akan memberitahu kepada Allah : “wahai Allah, mengapa kami dimasukkan ke dalam neraka dan orang ini dibiarkan masuk ke syurga. Dialah dahulu sebagai pemimpin bila melihat kejahatan kami tidak pernah menegur, kejahatan kami disimpannya”. Maka mungkin aku dan kamu akan bersama-sama mereka dicampak ke dalam api neraka yang amat pedih azabnya.
Aku beritahu lagi kepada mereka, jika kamu jadi pemimpin, jadilah pemimpin Islam yang tidak memandang harta. Kerana di dalam jiwa kamu sepatutnya bukan mementingkan perkara itu, jangan dibuka harta baitul mal sesuka hatimu. Jangan digunakan harta rakyat buat untuk kepuasan dan kesenangan diri. Bukankah kamu melihat pemimpin di zaman ini bagaimana mereka telah menyalahgunakan duit orang-orang yang fakir, janda-janda yang kehilangan suami, pelajar yang dahagakan ilmu memerlukan bantuan, orang-orang yang tidak berpakaian untuk membina mahligainya sendiri. Keretanya besar, lalu dibuat perkara yang dirancangnya yang hanya mengorbankan sekian besar harta milik rakyat tanpa berfikir terlebih dahulu.
Pada suatu hari, ada seorang ahli keluarga terdekat Umar bin Abdul Aziz dating mengunjunginya. Ditemuinya Umar bin Abdul Aziz di sudut rumahnya sedang berjemur di panas matahari, sedangkan seluruh tubuhnya diselimuti kain. Orang itu menyangkan bahawa amirul Mukminin sedang sakit. Oleh sebab itu ia bertanya :
“Kenapa engkau wahai Amirul Mukmini?” Oh tidak apa-apa, aku uma menunggu pakaianku yang sedang dijemur”, jawabnya tenang. “Pakaian engkau yang mana”. Kemeja, baju luar dan sarung” jawabnya lagi.
Mengapa tidak engkau ganti dengan pakaian yang lain? Lalu beliau menjawab “dulu, aku punya satu lagi, tapi kini sudah robek”. Ditanya lagi “mengapa tidak menggantikannya dengan yang lain pula”.
Sekali ini dijawab oleh beliau dengan menjawab dengan diselang selangi dengan tangisan sambil mengulang-ulang perkataan Allah…
Ertinya : Negeri akhirat (yang telah diterangkan nikmat-nikmatnya) itu, Kami berikan bagi orang-orang yang tidak bertujuan hendak mendapat pengaruh atau kelebihan di muka bumi, dan tidak ingat henda melakukan kerosakan, dan kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertaqwa.(surah al Qasas : 83)
Ya Allah… aku telah sampaikan kepada mereka…
Tiada ulasan:
Catat Ulasan