Lalu setelah meminta tolong dari ustazah sebelah bilik darjah untuk memberitahu guru besar (masa tu dia tiada dalam pejabatnya)- aku mengatakan ada saudaraku meninggal dunia, dan aku perlu meziarahinya.
Kami bergegas ke Hospital Kulai. Telah ada beberapa sahabat handai dan saudaranya sedang menunggu dan kakak iparku sedang menyeka air matanya sambil berpelukan dengan ibuku.
Katanya - kak Andak berada di dalam wad kecemasan... antara 50/50.. Dan kemudiannya aku,adik, abangku serta abang long (abang kandung kakak iparku), kami bergegas ke Hospital Kota Tinggi untuk menuntut jenazah suami kak Andak tersebut. Sementara anak Kak Andak yang seorang (dia mengikut kedua ibu dan ayahnya sekali) dihantar ke HSAJB untuk dibedah kerana pehanya telah patah pula akibat kemalangan tersebut (baru sebulan yang lepas ia terlibat dalam kemalangan, kakinya patah).
Tiba di Kota Tinggi, kami perlu membuat laporan polis, sambil aku pergi ke belakang balai melihat kenderaan mereka yang terlibat dengan perlanggaran dengan lori dari Felda Keledang Kota Tinggi.
Sementara menunggu maghrib... kira-kira 6.50 petang, abangku menerima panggilan telefon dengan esak tangis kakak iparku... Kak Andak sudah pergi dijemput ILlahi. Dada menjadi sebak, mungkin fikiran terfikir dugaan bertalu-talu - bahawa menunggu satu keputusan mengenai sesuatu yang akan terjadi, akhirnya terjadi juga dengan qada' dan qadarNya.
Mungkin agaknya ALlah memberikan lelaki agar tidak mudah menangis (atau sekurang-kurangnya dapat menahan tangisannya) demi untuk menjadi penguat kepada mereka yang dalam keadaan lemah, untuk memberi kalimah SABARLAH DENGAN UJIAN...
Sambil merenung bubur lambuk dan makan perlahan-lahan (walaupun perut terasa lapar) ketika berbuka puasa, akal masih menerawang memikir nasib anak-anak mereka yang berempat sekelip mata menerima perkataan YATIM dan PIATU..
Kami sempat menyembahyangkan Allahyarham di bilik mayat dan jenazahnya dijemput pulang dan tiba di Felda Sayong kira-kira jam 11.30 malam.
Mereka - suami isteri dikuburkan di dalam satu liang lahad pada jam 9.00-10.00 pagi hari ini.
Aku memikirkan.. .. Di Bulan Ramadhan ini... dalam kegembiraan menunggu hari bahagia, ada
sahaja yang sedang menderita. Dengan siapa yang ditinggalkan itu akan bersalaman, tentu ada ruang yang kosong di sudut-sudut tertentu meninggalkan kenangan.
Bahawa - ALLah itu Maha Berkuasa untuk mengambil siapa sahaja tanpa meminta izin kepada kita... dan kita harus bersedia...
p/s : Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas ruh Kak Andak dan Abang Din, serta mereka yang telah meninggal dunia. AL Fatihah..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan