Selasa, 23 Oktober 2007

Dia tak nampak, Tapi Kita lagi Buat-buat tak nampak..

Turun dari bas Causeway Link Nombor 77 di Pejabat Pos Besar depan Pantai Lido.. Ada seorang insan istimewa yang buta matanya, entah kenapa dia memegang haler sambil bercakap dan orang-orang di sekeliling buat tak tahu.

Aku menjadi penunggu sebentar (bas berlalu macam kura-kura atau kekurangan bas - tidak dapat dikenal pasti). Aku lihat insan itu masih tercegat menunggu ditepi penjuru menunggu sesuatu.

Gamaknya - dia sedang menunggu bas (dalam fikiran tengah terdetik), lalu aku bertanya kepadanya "Pakcik nak ke mana nih", dia jawab "nak ke stulang laut, kalau tak pun ke tiram".

Loh, baru aku sedar rupa-rupanya pakcik nih juga penunggu sementara seperti aku, tapi kasihannya orang di sekeliling macam tak nampak insan ni perlukan bantuan. AlhamduliLLah, lepas 10 minit ada bas nak ke Tiram, dan teruslah tanganku memegang tangan beliau untuk menaiki bas.

Banyak kemungkinan (jika sangka baik) pada orang yang buat-buat tak nampak tu. Pada sangkaan burukku, dah kalau lama insan itu tercegat, kenapa mulut berat untuk bertanya, tahulah untuk memberi bantuan. Kita hidup nih pun belum tentu dapat melihat selamanya...

1 ulasan:

kelisa emas berkata...

Biar buta mata, jangan buta hati. Hehehe.