Sabarlah menghadapi cubaan dunia. Sungguh di dalam menjalani penghidupan di dunia, kita diberi pelbagai mehnah dan dugaan bagi menguji tulenkah iman kita. Dia menguji samada kita berpangkat atau tidak, kaya atau miskin, sihat atau sakit. Terkadang Dia mengambil nikmat yang selama ini diberikan kepada kita, mata yang jelas menjadi semakin kabur, entah terkadang hilang pula deria rasa, terbakar pula harta benda. Kembali pula orang yang disayangi ke pangkuan ILlahi.
Terkadang hati kita disakiti, dicemuh, difitnah, dilontar dengan pelbagai kata nista. Diadu domba. Hati menjadi bertambah perit dan hanya air mata yang mampu menjawab kepayahan yang dihadapi..
Firman Allah yang bererti : IAitu, orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata : Sesungguhnya kami kepunyaan ALLah dan kepada ALlah jualah kami kembali. Mereka itu ialah orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmatNya; dan mereka itulah orang-orang yang dapat petunjuk
hidayahNya - Al Baqarah : 156-157
Kita disuruh menyelusuri sirah para leluhur yang terdahulu. Ikutilah kisah para nabi dan Rasul yang sabar. Bandingkan kesabaran itu dengan diri kita - Kesabaran Nabi Yaakub apabila terpisah dengan Yusof dan Bunyamin, kesabaran Nabi Nuh di dalam menghadapi kaumnya dan anaknya pula telah menjadi kafir. Kesabaran Nabi Adam menerima kematian
anaknya Habil.
Cubalah perhatikan kisah para sahabat di dalam perjuangan.. Nanti engkau akan faham..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan