Jumaat, 9 November 2007

Aku dan Sesuatu

Aku

Tolehlah ke belakang,

Tenung dengan akalmu yang panjang

Adakah hadirmu benar-benar diundang

Aku

Kurnia Illahi memberi

Seribu erti buat bonda dan ayahanda

Memikul janji,

Aku

Dari sebesar tiga jari

Hingga engkau dipuncak tinggi

Terbalaskah budi..

Jika kejayaan ini,

Hanya untuk dirimu sendiri,

Aku

Sampai susah waktunya

Engkau perlu bersemuka,

Dengan kewajibanmu

Pada bonda dan ayahanda

Aku

Apakah nasib

Apalah khabar

Mereka berdua

Di pinggir sana

Aku! Tolehlah ke belakang

Masih ada hutang

Yang wajib engkau tebus

Sebelum mereka berdua

‘DIJEMPUT PULANG’ (Nukilan Aie 99 - Majalah Aku dan Sesuatu)

2 ulasan:

s.arnina s.hussein berkata...

ko rindu kat mak ayah ke ? sian nyer. blajaq mana ni ?

Admin berkata...

:), apa yang ada sebagai peringatan diri :)