Remaja lelaki kitakah itu, yang bergaduh hanya kerana berebut perempuan, mati katak di tengah jalan. Sedangkan emak menyabung nyawa nak melahirkan. Remaja kitalah juga yang sanggup berembun jantan, membawa anak dara orang ke
Remaja perempuan kita sanggup bermekap tebal tak cukup pipi, untuk dipandang-pandangkan kepada lelaki. Mreka juga yang melaung-laungkan serata alam menuntut persamaan hak dengan lelaki. Tapi kehendak syariat tak pernah dipenuhi. Merekalah juga yang menangis sampai lupa diri, hanya kerana putus cinta., teman lelaki dibawa lari, kononnya dulu nak hidup semati.
Majlis perkahwinan orang kitalah tu, yang sanngup perhabis duit. Katanya sekali seumur hidup, kemudian berhutang hingga 7 keturunan pun tak cukup. Lagu karaoke, artis-artis mereka hidangkan. Bukannya bacaan al Quran atau sekurang-kurangya lagu yang bermesej baik jadi santapan. Kononya itulah kemodenan.
Siapakah yang membina kubur begitu indah? Dihiasi dengan batu marmar hingga tak mahu kalah? Kuburan
Orang kita juga yang dulu mengaku bersaudara, bila yang miskin sudah berharta, lalu berbondong-bondong datang ke rumah membawa buahtangan, kononya nak eratkan tali persaudaraan. Tapi bila datangnya kesusahan, yang namanya saudara sedarah sedaging pun tak mengaku bersaudara. Sebab saudaranya hanya kerana harta bukan kerana lillahhita’ala.
Orang politik kita juga tiba-tiba sibuk ingin menolong orang miskin masa berkempen. Jalan tanah yang becak sehari pun boleh bertar dalam sekelip mata. Yang kelulusan doktor turun
Orang kitakah itu yang berpakaian seperti Britney Spears dan Christina Angluiera di lorong-lorong gelap. Jalannya seperti seorang model yang berpendapatan tetap Katanya mencari rezeki halal, tapi dengan menukar jantinanya, lelaki kepada pondan, pondan kepada perempuan. Sayang suaranya tetap jantan juga Cuma kali ini perangainya tak berlebih kurang macam binatang. Katanya itu sudah taqdir. Allah juga disalahkannya. Orang kita juga yang namanya Salim ditukar kepada Sally. Kasim kepada Kamisah. Nama elok-elok pulak tu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan