Peniaga kita juga ke tu yang menggunakan cara kotor nak melariskan perniagaan, digantung tangkal penuh di depan kedai, diburuk-burukkan nama orang yang sama-sama nak carik makan? Kita juga yang kata zaman sekarang zaman millennium, zaman pembaharuan, zaman kemodenan. Tapi kenapa perangai masih macam zaman jahiliyyah yang hilang ketamadunan ? Lagi-lagi orang kita juga yang selalu mukanya terpampang di dada-dada akhbar, yang ditangkap khalwat berdua-duaan, yang dituduh merogol, mencuri, menyeleweng duit rakyat. Yang berjasa mencipta nama membantu manusia boleh dikira, tapi yang berjasa membuat kejahatan tak terkira. Siapa lagi, orang kitalah tu.
Orang-orang kita, cuba cermin-cerminkan diri kita ini, berapa banyak lagi kita nak solek muka agar orang tak nampak kehodohan wajah kita yang sebenarnya, kalau muka dah tua pun akhirnya bocor rahsia juga apatah lagi bila berhadapan denganNya. Berapa banyak lagi hati orang yang kita nak main-mainkan padahal mereka satu bangsa juga dengan kita, mereka itu seagama dengan kita, bersaudara !!. Malulah sikit dengan malaikat kanan kiri, yang selalu mencanting di bahu kiri juga bukan bahu kanan. Kalau dengan makhluk di kiri kanan pun kita tak malu apatah lagi dengan Tuhan. Insaflah… sampai bila kita nak jadik macamni ? takkan sampai nafas di tenggorokan atau matahari terbit dari barat baru nak sedar diri….sedarlah, bila lagi ?
2 ulasan:
Assalamualaikum..nampaknya anda menulis berdasarkan kepada keadaan semasa. terima kasih tulisan ini. buat orang "terasa" dan berfikir. isi menarik dan seolah2 masalah dikupas satu persatu..mungkin penyampaian boleh ditingkatkan dan diperbaiki lagi.. :) semoga anda sentiasa dalam rahmatNYA dan teruskan perjuangan. tak semua dikurniakan bakat menulis. ada sesetengah yang banyak dalam minda tapi tak tahu mengeluarkan..tahniah kepada anda kerna terpilih.. :)
wa'alaikumussalam, terima kasih atas saranan dan teguran. Ada masanya akan digunakan juga kata-kata yang menyentuh hati, dan ada juga yang secara berterus terang. Maklumlah jalan hikmah itu terlalu luas.. :)
Catat Ulasan